14 Dec 2013

December Giveaway by Fatin Diana

Posted by with 2 comments


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

9 Dec 2013

BLOGGER's BIRTHDAY SEGMENT

Posted by with No comments
Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 25 JANUARY 1996

8 Dec 2013

Hujan dan Tidur

Posted by with No comments
Assalamualaikum uolls.

Whatcha doing? As for me, I'm sleeping. Because of the weather. Ya know, mendung dan angin sepoi sepoi sangat menggoda untuk tidur. I spent about 8 hours a day hanya untuk tidur. 

Okay, dah. Stop kejap pasal tidur.

Iolls nak tanya pasal holiday ni. Uolls cuti ni pi mana? Ceq tak pi mana pun lagi. Lifeless sangat rasa stay kat rumah. Haih, orang lain semua pi sana sini. Sepatutnya lusa iolls akan depart to Singapore with my friends but the trip kena postponed to another suitable date due to the recent flood. Stress k. 

Iolls ada jugak survey sana sini. tengok tengok mana place yg rasa macam best je nak pergi. And sekarang ni, kalau orang tanya iolls nak pi mana, straight away iolls akan cakap, iolls nak pi Penang. Oversea? Kalau area Asia Tenggara ni, iolls nak pi Bandung. Iolls nak shopping. Kalau jauh sikit, nak pi Korea. Tak pun Australia. Euro? Iolls nak pi London. Banyak pulak duit kau kan Wawa. Tulah, ingat nak mintak sponsorship. LOL.

Kerja? Yeah, iolls sekarang ni tengah prepare nak start online business dengan my cousin. Selebihnya ingat nak kerja dengan uncle. Tu pun kalau ada kerja kosong lah. Hee~

Ni, iolls nak cakap sikit. Iolls sebenarnya rindu nak pergi sekolah. Boring lah stay kat rumah. Iolls rindu cikgu cikgu, kawan kawan and so on lah kan. Kalau sekarang ni Cikgu Anita nak bagi latihan Add Math banyak banyak pun, iolls sanggup. Iolls dah tahu dah macam mana nak buat. Sengal kan, before SPM dulu, tak faham banyak sangat. Bila dah habis SPM ni baru rasa macam senang je Add Math tu. Iolls rindu 'gula gula' from Cikgu Nanee. Rindu nak dengar Cikgu Norhana panggil iolls 'anakanda'. Takde dah dapat KitKat from cikgu lepas ni. Tahu tak sekarang ni tengah rindu sekolah. Tengah rindu moments dalam kelas. Kalau kat whatsapp pun, those princesses pernah juga mangadu rindu sekolah. Hakikat k. Iolls rindu sangat. Ni terasa macam nak nyanyi lagu 'Rindukanlah by Encik Mimpi'.

For those yang masih berada dalam alam persekolahan ni. Akak nak pesan sikit. Hargailah zaman yang paling menyeronokkan tu. Jangan jadi macam weolls ni.


Thanks for reading this entry.

27 Nov 2013

isi masa lapang

Posted by with 2 comments
Assalamualaikum.. Hye uollsssss.. Wawa dah bebas. Dah free. SPM dah tamat for students aliran sains tulen. Ya Allah, tak dapat nak digambarkan dengan kata kata betapa happynya iolls. Actually seram jugaklah sebab result tu weyyy. Ticket nak masuk IPTA. Haih, takpe. Kita lupakan dulu pasal SPM apa semua tu. So, since kita berada dalam mood holidays. Why not uolls baca story SEINDAH DUNIA ni. Just click je link episod yang uolls nak k.

27 Oct 2013

Pinocchio, lagenda budak hostel, kepenatan!

Posted by with No comments
Assalamualaikum.. bertemu kembali kita dalam rancangan.... eh eh, apa benda kau merepek ni Najwa. Haih. So, first and foremost, iolls nak habaq kat hangpa semua ni. Last week, iolls pi holiday kat IIUM. Apa pulak lah IIUM ni. Hahaha, UIA tahu? Ha, bagus bagus. 
So, iolls pergi sana sebab ada program Puncak Jaya Fasa II. Masa yg first phase dulu tu buat kat Gambang. Yang kali ni, depa pihak pihak AJK Puncak Jaya pilih IIUM, Gombak. Best gilaaa. Apa yang best sangat tu? Sebab kat sana iolls jumpa banyak Pinnochio. Tahu tak pinnochio tu apa? Ha, meh click HERE. Hehehe, sila google sendiri ye.


Dah, dah, tak kuasa aku nak mukadimah banyak sangat. uolls baca je k apa yang iolls story ni. Hee~


17 of October. Bertolak ke IIUM, Gombak. Kena pakai baju colour orange yang dapat masa fasa 1 hari tu. So, iolls pun puas lah menyelongkar wardrobe cari baju orange tu. Nasib baik jumpa.  Then, iolls bawa bekal roti tuna tau nak pergi sana. Save money k, masa singgah kat R&R Temerloh tu, memang dah planned awal awal nak berjimat sebab lot of things nak kena beli nanti. Yelah kan, dengan dinner pengawasnya, trip to USS lagi. Kan banyak duit nak kena guna. Even my parents bagi duit pun, still nak save juga. Hehe. Along the journey, weolls enjoy watched KL Gangster 2. Tepat tepat k. Sampai IIUM, movie habis. Dah punggah barang, check in bilik, makan, tukar baju apa semua, bermulalah kehidupan sebagai seorang budak hostel. Cehh, macam cerita Lagenda Budak Hostel kekonon. Masa first day tu, weolls naik bas lah. Lepas tu, harammmm. Jalan kaki je. Haih, memang sesi men’slim’kan badan betul. Agak-agak berat iolls dah turun beberapa kilo. (Perasannnnn lebihhhh) Lepas jalan tu makan, lepas makan jalan balik. Macam takde beza pun. Malam tu balik hostel, basuh muka, gosok gigi and tidurrrrrr. Iolls dah mengantuk sangat time tu memang tak fikir apa dah. Letak kepala atas bantal, terus krohh krohh. Actually kan, tipu je. Masa otw nak sampai ke hostel tu, kepala otak iolls dah fikir pasal macam macam ‘benda’. Tambah pulak ada lah sorang my acquaintance ni tetiba malam tu tegur iolls kat Facebook and story pasal IIUM yang a bit scary. Cis, memang kambing gila lah kan story macam tu kat aku. Dah lah tengah ketaq lutut time tu.

Good Morning! It’s Friday! Iolls bangun pagi k. Hm, pukul 4.30 pagi tu pergi mandi. Hangpa semua faham faham je lah level kesejukan air time tu. Tapi heaven k mandi time tu. Takde orang sangat. So, tak berebut toilet. Sempat je sabun, shampoo apa semua. Selamba basahkan rambut sebab tahu masa awal lagi. Rambut sempat je kering. Lepas tu pergi surau sebab pagi tu ada ceramah. Then, pergi buat senaman sikit. Lepas tu pergi Dewan Selera, sarapan. Lepas tu jalan lagi pergi KAED. Nampak tak berapa kali jalan. That’s why iolls cakap boleh kurus. Hahaha. Oh, btw, KAED tu stands for Kulliyah of Architecture and Environmental Design! Haha. Cantik sangat decoration kat banggunan tu. Weolls belajar how to sit for an interview apa semua. Lepas tu, lunch. Lepas tu pergi masjid UIA. Masha’Allah, masjid tu cantik sangat. Petang tu weolls ada ceramah. Mula mula kan, iolls ada lah kan terfikir apa kes buat ceramah time petang macam tu, sah lah aku tidur. Tapi bila tengok penceramah dia, perghhh memang sumpah takkan mengantuk. Sebab? Professor Izzi Haji Ali, the famous motivator with tagline ‘Renung-renungkan dan selamat beramal’. Dia memang awesome. Best sangat ceramah tu. Tapi dia tak macam penceramah sangat, gaya macam remaja sebaya iolls je. Hahaha, sebab the way dia act semua tu serious macam remaja. Habis sesi ceramah, ada explorace. So, as usual pun memang iolls je dengan leader of ITALY, Shahaidi tapi iolls panggil dia kambing gurun. Hahaha. Suka hati iolls je kan. Malam tu pulak, sesi bercucuran air mata. Sedih woi, dia cerita buat lagu sedih apa semua.

The last day, iolls dapat masuk dewan konvokesyen IIUM. Besaq mak ai. Lepas tu, sesi dialog dengan tokoh anak Pahang. Diorang semua berjaya. How I wish I can be like him. Banyak sangat berdialog, laparrrrr gila. Lepas tu sesi makan makan. Lepas tu ambik gambar. Lepas tu naik bas. Hehe, berapa banyak lepas tu tahu iolls ni. Haih! Naik je bas, terus mengantuk gila. Bas masuk highway, iolls tertidur rasanya. Iolls sedar bila bas dah sampai kat Temerloh. Iolls turun bas, jalan jalan and suddenly I met Kamal Adli. Yang paling havoc, penuh k R&R Temerloh dengan jersey kuning. Baru teringat, malam tu ada match between Pahang and Sarawak. After 30 minutes, weolls gerak balik Kuantan. Otw nak balik tu, layan cerita KL Zombie. Sampai je kat SMKTPPTM. Panjang sangat nama sekolah iolls ni, terus call ibu suruh fetch.

Sampai rumah memang iolls flat k. Penattttt. Dalam kepala memang fikir tidur je. Lepas tengok bola apa semua and Pahang pun menang. Yeay! Boleh tidur dah.

Conclusionnya, cehh kesian uolls penat je baca panjang panjang padahal iolls siap bagi conclusion lagi. Kat IIUM, iolls jumpa ramai sangat Pinocchio. Hidung semua mancung k. Sebab semua orang timur tengah.  Orang Melayu ada je tapi tak ramai sangat. Diorang balik cuti sem kot. Apa apa pun, best sangat dapat pergi sana.

Hidung depa takdak lah mancung lagu ni. 


5 Aug 2013

Bebelan sebelum raya

Posted by
Aisehhhman dia punya title entry sumpah tak boleh blahhh.. Hahaha. 

Eh, eh lupa pulak nak bagi salam. Adoi. Okay, Assalamualaikum. So, kita ni dah berada di hujung hujung bulan Ramadan. Sedih kan. Belum tentu next year kita dapat kembali bertemu dengan Ramadan ni. Hopefully semua panjang umur. Amin~~

Selalunya bila nak dekat raya ni, confirm lah kan semua balik kampung. Merantau jejauh mencari rezeki yang halal or maybe mencari ilmu, at last balik kampung jugak sebab mana best raya kat bandar. Seriously tak best! Kau tak payah lah nak bet ke apa dengan kengkawan kau cakap raya kat bandar lagi best, memang confirm kau kalah. So, every time raya, balik kampung, jumpa dengan parents, siblings, cousin and relatives. Happy je kan. Tapi instead of that, pernah tak uolls terfikir for those yang tak bernasib baik. I mean here for those yang family dia ada yang terlibat dengan accident on the way nak balik kampung tu. Kesian kan. Wawa kesian sangat. Rasa sedih sangat. Yelah, raya ni nak happy happy tapi lain pulak jadinya. Tapi kita kena ingat jugak semua tu ketentuan Allah. Dah tertulis takdir macam tu, siapalah kita nak menghalang. 

Whatever it is, ni Wawa nak pesan kat uolls. Bila dah balik kampung tu, dah jumpa dengan sedara mara semua, keselamatan jangan lupa. Mercun semua tu jangan buat macam barbie doll. Kecik ke besar ke, still bahaya. Even bunga api tu pun bahaya. Malang tu odourless k. Hancur pribahasa. LOL. Yang terasa diri tu perempuan, pergi lah busy kan diri kat dapur tu. Tak pun, tolong pasang langsir ke, isi kuih dalam balang ke. Lepas tu, kawal sikit nafsu tu. Tahulah raya, banyak makanan. Jangan kau bantai makan semua. Puasa boleh je tahan makan sampai maghrib, bila raya, tak sempat tunggu balik sembahyang raya, kau dah menyemak kat dapur. Minum air je buat basah tekak dah lah. Tak payah lah sampai kau menghadap sepinggan nasi minyak. Memang tak pergi sembahyang raya lah cerita dia. Dok terpukang depan tv jelah nanti. Siapa yang terasa diri tu form 5 tahun ni, jangan nak mengada terlebih. Ingat sikit trial SPM tak lama dah. Tak sampai sebulan pun lagi. Rerajin lah menghadap buku. Even me myself pun dah ready stock buku nak balik kampung ni. Haih. Sadis k raya iolls tahun ni. Nasib ada my friend ni janji nak teman iolls. Baik sangat. Thanks ye awak. Hehe.

This year kan, iolls mencemar duli k. Haha, iolls buat kuih lah. 

SS: Kenapa rajin sangat?
Wawa: Sibuk je. Memang aku rajin k.
SS: Yelah tu. Kuih apa?
Wawa: Cornflakes madu.
SS: Sedap ke?
Wawa: Sedap ahh, kata aku yang buat.
SS: Puii!

Menyemak je kan SS ni. Hisy, hilang mood aku nak menaip. 

Hm, tahun ni Wawa raya kat Rompin. Second day raya tu baru balik Pekan. 

Panjang pulak dah Wawa membebel. Hahaha. So, last but not least,



Disebabkan budaya hantar kad raya macam dah pupus je. Wawa bagi kat sini je lah ye. Padahal aku bagi je kat kengkawan aku. Sorang je yang balasnya. Yang lain haremmm. Banyak pulak tu alasan dia bagi. Memang aku dapat kad raya through social networks je lah cerita dia. Sadis k.

P/s: Packing baju sambil dengar lagu raya. Feeling raya wehh. Serious. Tak sabar nak balik kampung. Ibu siap pesan suruh burn lagu raya dalam cd. Hahaha. Mesti nak dengar time otw balik kampung nanti. 

30 Jul 2013

Cooking Time ~ [Cute chocolate cupcakes]

Posted by
Assalamualaikum. 

Okay, hari ni Wawa nak share recipe. Sebenarnya, tak plan pun nak update tapi dah kawan kat twitter suruh share kat blog and Wawa pun free. (Sebenarnya tak free, sesaje buat buat free)

Yes, kalau tanya Wawa suka buat apa. Wawa akan cakap Wawa suka duduk kat dapur main masak masak tapi till now Wawa tak pro memasak. Sadis k. Hmm.

And Wawa pun tak plan nak buat. Haritu tengah tension. My mom pulak suruh iolls pergi kedai beli barang barang nak masak. So, dah alang alang iolls bershopping tu, jenjalan kat bahagian bahan-bahan buat kek. Secara tak sengaja tangan mencapai serbuk koko etc etc. So, next time kalau tengah tension jangan shopping, banyak pulak barang yang dibeli nanti. (Peringatan kepada diri sendiri)

Bila dah terbeli kan, takkan nak simpan buat perkasam. So, Wawa pun sengaja gegatal tangan berblogwalking. (Padahal memang kerja wajib setiap hari :p) Click sana click sini, tadaaa, Wawa terjumpa lah resepi chocolate cupcakes. Thanks ye kak FL sebab sudi share resepi. Hehe

Pic without flash

Pic with flash

Yang first picture tu Wawa tak decorate dengan badam lagi. Yang second tu dah siap decorate. Hehe. 

Bahan bahan nak buat cupcakes yang cute ni adalah seperti berikut...

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara-cara nak buat....

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 


Overall memang Wawa tiru resepi FL bulat bulat tapi modified lah sesikit sebab bahan takde. Wawa tak letak chocolate chips sebab masa tengah tension tension pergi shopping tu, tangan ni tak tercapai pulak chocolate chips. Hahaha. 

So, tu je lah untuk entry ni. See you next time. 

P/s: Hampir semua cupcakes tu iolls bagi kat kengkawan. Hehehehe. Banyak sangat. 

28 Jul 2013

The Savior! Whoaa!

Posted by
Assalamualaikum... Wahh, Wawa ni apa kes update entry hari hari ni? Takde kerja lain dah nak buat? Tak sedar diri ke trial tinggal lagi berapa hari? Haa, okay okay, Wawa realise semua tu k tapi ada story kebaboom punya interesting ni to be shared with uolls. Hahaha. Apa yang interesting sangat tu? Ha.. meh meh scroll bawah.

Hari tu kan, ala haritu, Wawa ajak my mama teman Wawa pergi pasar malam. Okay, mama here stands for my friend bukan my mom k. Wawa panggil my mom as ibu k. So, janji dengan dia pukul 5.30 ptg tapi tunggu punya tunggu batang hidung pun tak nampak. Rasanya dia dah dapat lesen motor and kereta last week. Haih. --' Takpelah, Wawa decide pergi ambik dia sebab last minute dia whatsapp Wawa and told me her father guna motor and her mother didn't allow her to drive. Haha, k. That's it. Memang tersangat tepat lah langkah yang Wawa ambik tu. Bijak sangat k. Dah ambik dia semua, weolls pun menuju ke pasar malam. Lepas tu Wawa park kat area Kota Ria tu. Malas nak park kat area IM 1 sebab takut nanti banyak sangat kereta and iolls susah nak keluar. Almaklumlah, Wawa kan tak pro lagi bawak kereta. Hahaha.

So, lepas park tu, nak lintas jalan ahh ni, tetiba dengar bunyi meowww, terus kepala terteleng-teleng mencari dari mana arah suara itu. K tak berapa nak skema duhh ayat iolls. Cari punya cari still tak nampak pun kucing. Weolls pun blah je lah. Dah dapat apa yang weolls nak, weolls pun went back to the place yang Wawa park kereta tadi. Dah sampai kat situ, weolls dengar lagi bunyi meowww. Wawa dongak kepala tengok atas pokok and you know what, memang ada kucing k kat situ. Lahaii, kesiannya. Macam mana nak turun tu. Aduhai, you know iolls kan takut kucing. So, takut takut je nak hulur tangan kat kucing tu, konon konon macam nak suruh kucing tu terjun lah. Mama pulak, heh, dia memang penyayang sangat dengan kucing, kat rumah dia pun beribu kucing dia bela. K tipu je, takde ah sampai beribu, berapa ekor entah, tak kira pulak masa datang rumah dia hari tu. Yang aku tahu, every time aku pergi rumah dia, memang rasa macam masuk kandang rimau kau tahu. Tempat paling selamat? Bilik dia sebab kucing tak berani masuk. Haha. Padahal malu nak lepak kat luar sebab abang dia semua handsome. Kbye. :p

Eh, melalut pulak dah. K, sambung balik pasal kucing tu tadi. Hmm, masa tu adalah sekumpulan budak budak motor ni dok park kat situ, nak lepak kot. Tak tahu lah dia. Malas nak campur urusan orang. So, Wawa and Mama pun suruh lah diorang tolong turunkan kucing tu. Usaha demi usaha. Finally, kucing tu berjaya diselamatkan. Yang Wawa nak highlightkan kat sini, the way diorang selamatkan kucing tu memang patut dipuji k. Awesome, sanggup tu pijak handle bagai. Fuhh, Wawa pun tak sanggup nak buat macam tu. Besar betul pahala diorang dapat, dah lah bulan puasa. 

Di manakah kucing?
Sorry, lupa bawak camera time ni, tak expect pun benda ni nak jadi. So, captured guna camera phone je. 

P/s: Nasib budak budak motor tu ada, kalau tak, confirm Mama yang pergi panjat. Hahaha. Matlamat tak menghalalkan cara k ma. :p

27 Jul 2013

Fenomena Shopping Di Bulan Ramadhan

Posted by
Assalamualaikum. Yes, seperti yang anda dah baca kat title tu, tu lah tajuk discussion kita pada hari ni. 

Pada hari rabu yang lepas, jam 3 petang bertempat di sebuah shopping mall di Kuantan, Pahang. Saya dan keluarga ber'shopping. Haha, habis skema dah ayat. Hmm, kalau bulan puasa, biasanya memang Wawa and my family akan shopping waktu siang. Okay, ramai yang akan tanya dan soalan-soalannya:
  1. Tak penat ke duhh shopping waktu siang?
  2. Kenapa tak pergi malam je?
  3. Bukan biasanya shopping siang ramai orang ke?
So, itulah. So far lah kan, weolls suka shopping before puasa. Means tak nak kacau bulan puasa dengan activity shopping bagai lah tapi yelah kan, mesti ada juga barang yang kita akan beli nak dekat raya. Menjawab soalan yang pertama. Tipu lah kan kalau tak penat tapi takpelah disamping dapat exercise boleh elakkan kita daripada tidur. Biasanya, kalau bulan puasa, kat rumah confirm tidur. Betul tak? Tipulah kalau tak. Hahaha. Next question. Kenapa tak pergi malam? Okay, here, I would like to ask a question. Kalau malam, masa bulan puasa, apa yang uolls akan buat kat rumah? Tak kisah lah apa pun jawapan uolls tapi kalau family Wawa, adik and ayah akan pergi masjid, solat tarawikh. Me and my ibu buat kat rumah je. Ha.. ada faham? Last one, siang ke malam ke ramai je orang. Jammed je jalan tu. Tension tahu tak duduk dalam kereta yang tak gerak gerak. Huh. 

So, masa shopping haritu, I bought a pair of jeans. Lepas tu pergi ambik baju kurung yang ditempah before puasa lagi. Hmm, yang Wawa happy sangat sebab both my parents gave me a watch. Hee~ Ibu suruh pilih jam mana yang Wawa suka. But me species yang tak suka beli something else instead of baju and seluar. Yelah, setakat jam, fuctionnya nak tengok masa kan. So, murah ke mahal ke sama je. Beli jam yang harga beratus ratus buat apa. Hello, harga jam tu, aku boleh beli lagi berpuluh blouse and jeans k. So, that's what I told my 'Puan Sri'.
"Ibu, no need lah memahal sangat, baik beli baju je, pump shoes ke?"
 And my mom pun jawab.
"Beli jam murah nanti cepat rosak. Sebab tu awak beli jam 2 3 4 kali setahun."
Fineeeee, orang dah offer jam mahal kan, ambik je lah. Aku ni pun mengada sangat nak refused bagai. Huh. So, selepas memilih dan memilih dan memilih. Lama sangat memilihnya. Of course k sebab Wawa ni fussy sikit. Hahaha. Wawa suka jam yang tali dia made of leather tapi tak banyak choice. Sadis. So, memang terpaksa lah kan pilih tali besi. I mean stainless steel. Yang banyak di'display'kan semua tali colour silver. Ohh, sangat sangat lah tak menepati citarasa. Wawa pun terus memilih dan memilih dan memilih till satu part tu, my eyes terpandang satu utas jam tangan ni. Okay, memang tali dia stainless steel tapi bukan colour silver. Tali dia colour hitam metallic gitu. So, hati Wawa terpaut lah. Rasa boleh dah ni buat decision nak beli yang mana. Hahaha. Wawa pun panggil ibu and tunjuk kat dia jam tu. Konon muka excited ahh ni tapi tengok price tag, fuhh, patah seribu. RM445! Kau gila. Memang tak ah aku nak waste kan duit beli jam harga macam tu. Kalau aku beli jam yang harga RM60 tu, I could spend the rest of the money beli baju, handbag, pump shoes, accessories, personal things semua. Wawa pandang ibu and ..
"Mahalnya harga dia. Tak nak lah. Baik beli baju apa semua."
Ibu pun terus panggil salesgirl tu and suruh keluarkan jam yang tersimpan rapi dalam peti kaca. Tak respond pun. So, aku pun bersuara 
"aa..."
Belum sempat aku nak cakap. Ibu pulak mencelah.
"Ambik je lah dah ibu offer ni. Tutup tawaran kang mula lah bising nak jam, nak jam."  
"Yelah, yelah. Akak ambik jam tu." 
Hehe, bangang tak aku ni. Duhh, orang offer tu ambik je lah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. At last, jam jenama Crocodile tu jadi milik aku. Thanks my precious.


So, tu je lah yang Wawa nak story kat uolls. Hehehe. Till we meet again in next entry. Lots of love~ Wawa

P/s: Wawa pakai jam tangan kanan and menulis pun guna tangan kanan. :)


26 Jul 2013

Coconut cookies

Posted by
Assalamualaikum uolls. Salam Nuzul Quran. Hari ni dah sampai hari ke 17 kita berpuasa. Sekejap je kan. Macam baru semalam je kita start puasa. Apa-apa pun Wawa harap sempat lagi nak ucapkan selamat berpuasa.

The main thing yang Wawa nak share dengan uolls harini pasal Coconut Cookies. Ceh, sejak bila pulak aku bukak business ni? Hahaha, tak lah. Wawa saja nak tolong my aunties popularkan business dia. 



Nampak macam sedap kan? Bukan setakat nampak k. Memang sedap! Satu balang tu harga dia RM12 je. Dalam tu ada 30 biji. So, kalau terasa nak tempah boleh lah pm Wawa kat facebook. https://www.facebook.com/wawaNNajwaa

P/s: biasalahkan bulan puasa, mesti busy pasal kuih raya.

12 Jul 2013

Cooking Time ~ [HomeMade Popiah]

Posted by
Assalamualaikum uolls. Eh, kenapa lah Wawa ni rajin sangat nak update blog ni? Hmm, biasa lah kan. Masa bulan puasa ni, Wawa terlebih rajin nak masak. So, the main reason mengupdate blog sebab nak show off kat uolls lah. Hahaha, hari ni Wawa buat popia tau. Ibu request nak makan popia. So, Wawa pun buat lah.

Kalau uolls rajin nak masak, try lah. Wawa nak share recipe ni.

Bahan-bahan:
  • bawang besar *
  • bawang putih *
  • ikan bilis *
  • carrot
  • timun
  • sengkuang
  • tauhu
  • sedikit minyak 
  • garam
  • spring roll

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan yang bertanda *
  2. Tumis bahan yang diblend tu. 
  3. Carrot, timun, sengkuang tu jangan lupa hiris nipis nipis.
  4. Lepas tu campurkan je dengan bahan tumis tu.
  5. Garam secukup rasa.
  6. Angkat dan sejukkan sebelum uolls gulung.

Hasilnya~~


Ha, sedap tak? Terliur tak? Uolls boleh lah try buat nanti bila free.

P/s: Esok kita buat buah melaka pulak lah. Hmm, sedapnya..

26 Jun 2013

Giveaway Kiyomi Teddy Store

Posted by


Assalamualaikum. 

So, today, tujuan Wawa update blog sebab nak join competition. Competition apa? Well, click here. Dah click? Dah baca? Dah tahu? So, join lah. Hadiah dia awesome! Siap boleh hadiahkan untuk someone lagi tu. Hee~



Hmm, my friends yang sweet ni tak nak join buat kiyomi competition ni Hana and Eijat.

P/s: Menang kalah adat pertandingan. Tapi nak menang. Peluk patung kucing tu. Lena tidur. Zzzz~

23 Jun 2013

19 Jun 2013

Betrayer? Hello, I'm a helper!

Posted by
Assalamualaikum readers yang disayangi. Well, actually perkara yang Wawa nak story kat uolls ni dah lama pun berlalu tapi since masa Wawa sangat lah beharga untuk dibazirkan, jadi tak berkesempatan lah jemari ini nak menari-nari mencoretkan patah kata. LOL. 

Sebenarnyakan, Wawa tak tahulah Wawa ni jahat ke apa ke tapi haha, Wawa kan actually masa masuk Panglima ni, Wawa dah didaftarkan under rumah sukan Bendahara. Memang setiap tahun kehabisan suara lah menyokong Bendahara kalau time hari sukan tapi for this year. Just this year, tahun 2013 ni je, Wawa macam berpaling tadah sikit lah. Bukan betrayer! Jangan salah faham pula. 

Apa jadi actually? Semua nak tahu kan? Hmm, Wawa join perbarisan rumah Temenggung. Hee~ Motif? Sebab, tema diorang lah. Wawa rasa macam awesome je. Tema apa? Hmm, ala ala Japanese gitu. So, kena pakai kimono and since my mother pun ada kimono tu, Wawa pun pinjam je lah dengan ibu. In fact, kimono tu colour biru, dah memang trang tang tang sesuai dengan Temenggung. Why not kan? Masa masa macam ni lah nak kena pakai. Takkan nak pakai kimono pergi rumah orang kahwin. Sumpah orang kata kita gila. 

Couple of days before the big day, Wawa turun padang tolong my friends ajar budak budak perbarisan ni berkawad. Haha, since diorang baru form 1, memang semangat lah. Comel je. Lepas tu ada juga tolong set up barang untuk perbarisan semua. Serious masa tu sampai 10 kali fikir, 'aku ni sebenarnya under Bendahara ke Temenggung, macam terlebih sangat menolongnya.' Tapi takpelah kan, dapat pahala kalau tolong orang.

Plus, all those Bendaharian bukan peduli pun. Entah-entah diorang tak perasan pun Wawa ni actually Bendaharian. So, during the big day, Wawa datang dengan make up ala ala geisha. Konon macam gadis Jepun lah kan. Sampai sampai je, Wawa terus pergi make up kan Jaynina and Mimi. Diorang pun pakai kimono juga. Lepas tu Iqram pakai baju macam samurai tu. Ha, kata tema Japanese. Dengan payung, kipas, pedang bagai. 

Yang Wawa nak highlight kat sini, house club yang lain especially Laksamana sibuk je nak kutuk konon weolls sekarang ni kat Malaysia bukan Jepun. Lahai, apa lah salahnya kita tukar style sikit. Takkan nak buat style yang sama je setiap tahun. Kan boring. Tapi my own house club, Bendahara pun awesome juga. Dengan tandunya. Lepas tu ada pula yang jadi 'Yang Dipertuan Agong'. Ceh, lagi awesome rupanya. And that's it. diorang menang perbarisan terbaik. Rumah Syahbandar pun not bad. Princess Fiona gitu. Cute you. Laksamana? Apa yang Wawa nampak, hmm, butterfly. Tu je. 

Yang kelakarnya, Wawa pergi tolong rumah Temenggung pun, end up Bendahara juga yang menang. Tapi puas hati sebab perbarisan weolls third place. Okay lah tu kan. Hee~ 

me in kimono

P/s: lepas ni kalau ada event, memang terasa macam nak join lah.

11 Jun 2013

me, myself and I

Posted by
the one and only daughter, the eldest, the victim of SPM. above all, a girl who is really sensitive and I'm not like someone you ever knew

Assalamualaikum everyone. Wish uolls semua baik baik je. So, motif meng'update blog sebab biasalah kan. Banyak story yang nak di'story'kan. Banyak betul English words yang kau Melayukan ye Wawa. LOL. Wawa memang lah, suka membaikpulihkan bahasa. 

Dan baca ayat warna maroon kat atas tu. Hmm, actually'kan, Wawa tengah mencari diri sendiri. Pelik kan? Wawa entahlah, rasa macam dah tak kenal siapa Wawa. Wawa rasa Wawa lain sangat. Wawa tension. Semua yang Wawa buat macam serba tak kena. I made lot of mistakes. Tapi Wawa ni spesies yang memang susah sangat nak mengaku kesalahan Wawa. Only if Wawa 100% sure and realize that is mine then I will say sorry. Yes, ego tinggi mengalahkan gunung Everest. 

Wawa tak suka dengar pendapat orang lain. Wawa rasa Wawa je yang betul, orang lain semua salah. Wawa selalu underestimate orang. Yeah, I know that is not a good thing tapi hmm, entah lah. I need to change. Somehow, jadi diri sendiri lagi bagus. Haih. Susahnya lah. 

Mungkin sebab Wawa the one and only daughter, anak pertama dalam family, Wawa turn up to be someone yang nakkan everything dalam hidup, jadi someone yang my parents can proud of. Wawa jadi contoh untuk adik-adik. Wawa dapat pegang jawatan head girl. See, I have lot of responsibilities. 

And my personalities sentiasa berubah-ubah. Maybe because I was born in January, the first month, Wawa jadi someone yang err I don't know the perfect word that can describe me. Wawa seorang yang tegas, sampaikan ramai yang takut nak tegur, even the prefects pun tak berani. My siblings pun cakap Wawa ni garang and Wawa pernah menang award Pengawas Paling Garang. Tu semua pandangan orang. Only few yang betul betul kenal and faham Wawa je tahu Wawa ni macam mana. 

Just now, Wawa tersentuh sangat sebab I heard something yang entahlah, agak mengguris perasaan juga lah. Malas lah nak fikir. Buat serabut kepala je. 






7 Jun 2013

Shut up and drive

Posted by
Assalamualaikum 

Hye uolls, Wawa happy sangat ni. Kenapa? Teka lah. 

Okay, macam yang Wawa dah story in previous entry, last Monday, Wawa kena test JPJ in order nk dapatkan lesen P and syukur Alhamdulillah, Wawa lulus. Hee~ 

Bila dah lulus tu. Memang gila semangat terlebih lah. Sampai je rumah, tak menyempat, rasa nak terjah terus kereta tu. Haha. 

Okay, now, Wawa nak story sikit apa yang jadi masa Wawa test tu. So, Wawa punya turn, sesi kedua, nombor 15. Lama gila tunggu. Nasib lah Wawa ni tergolong dalam kategori orag yang penyabar. K, Wawa tipu je. Masa turn bukit tu, matahari betul betul atas kepala you. Memang panas gila lah. Dah lah bukak tingkap. Fuhh, berpeluh-peluh. Unfortunately, first trial gagal. Kereta terundur. Entah apa lah problem. Clutch macam bangang gila. Angkat sikit tak gerak. Kang, kalau angkat semua mati enjin pulak. Hisy, susahnya lah. At last, disebabkan yang first tu gagal, yang second tu, sebab dah geram gila dengan kereta tu, Wawa tekan minyak and maintain sampai 6. Dasyat tak dasyat lah. Sebab tak nak kereta tu terundur. Kalau terundur nanti gagal. And that's it. Kereta tu pergi smooth je. Smooth lah sangat, macam nak terbang. Tak kisah lah terbang ke berenang ke asalkan tak terundur.

Next are parking and 3 pejuru. I have no idea kenapa nama dia 3 penjuru. LOL. So far, yang tu semua okay. Takde mistake pun. Yeay, Wawa dah lulus first stage!

Lepas tu kena tunggu lagi sampai pukul 3 macam tu, test jalan raya pulak. Yang tu senang  je. Lagi pulak, traffic light semua baik gila dengan Wawa. Hijau je sepanjang jalan. Yang last je merah. Lepas tu pakcik JPJ kat sebelah tu baik je. 

So, since dah lulus, dah dapat lesen. Memang awesome lah. Haha. Semalam ayah ajar drive kereta sebab selama ni drive manual tapi kat rumah ni mana ada kereta manual, semua auto. Bila ayah ajar tu, takdelah susah mana. Simple je. 

Petang tadi, Wawa pergi rumah my friend. Nama dia Aishah tapi Wawa panggil dia Mama. Sebab? Cari lah sendiri. Rumah dia kat IM 3. Lepas dah fetch dia, weolls perdi McDonald. Jalan nak keluar from IM 3 tu gila sesak. Ya Allah, memang berjuta kali bismillah. Siap pesan kat Mama, bawak lah Yassin ke, boleh baca dalam kereta while I'm driving (Nampak sangat insecure) :p . Last last dia cakap, dia nak bawak mak dia sekali. Kalau jadi apa apa, boleh mintak ampun terus. K, Wawa pun bantai gelak je lah. 

Overall okay je masa drive tu. Tak boleh nak show off sangat sebab Wawa bawak kereta auto. Tak challenging. Kalau bawak manual baru best. Ni pun, still tak biasa dengan auto. tangan asyik nak pegang gear je, kaki kiri pun still rasa nak tekan kelas. Haha, action betul Wawa ni kan. LOL.

Dream car!

P/s: Kalau rasa belajar takat nak tak nak, tak payah berangan nak drive BMW Z4