Kereta
Chevrolet Aveo milik Fareez sudah tersadai di hadapan Villa Mentari.
“EJ,
jom lah ikut aku. Ade orang nak jumpa kau?” Fareez memujuk EJ untuk
mengikutinya bertemu Nelly.
EJ
yang masih ralit dengan PSP miliknya mengerling sekilas ke arah Fareez. Fareez
mengeluh melihat EJ yang masih berdegil.
“Sejak
bila kau jadi pekak ni? Takkan lepas frust terus kurang daya pendengaran kot” Fareez
sengaja membakar hati EJ.
EJ
terkejeut mendengar kata-kata sahabat baiknya. Mencerlung matanya memandang
Fareez.
“Kau
nak rasa penumbuk aku ke bro?” soal EJ geram.
Fareez
tersengih. Dia bergerak ke arah EJ. PSP milik EJ dirampas. Ternganga EJ dengan
perlakuan Fareez.
“Cepatlah
bersiap sementara aku main ni.”
EJ
mengeluh lemah. Arahan Fareez diturutinya.
************************************************************************************************************
EJ
memandang Fareez geram. Fareez tayang muka selamba. Enjin kereta dimatikan.
“Weh
bro, ape kes kita datang sini?” EJ bertanya.
Fareez
masih mendiamkan diri. Dia membuka pintu kereta.
“Kau
nak keluar ke tak? Aku nak jumpa Fazz. Ikut je lah.” Fareez menahan tawa
melihat wajah EJ yang berkerut-kerut.
EJ
tidak punya pilihan. Dia mengikuti langkah Fareez.
Hampir
jatuh rahang EJ melihat tulisan pada pinggan kertas yang digantung pada kanopi
di taman banglo milik Aireen, Dania, Nelly dan Fazz.
‘SORRY EJ!’
Dia
memandang ke arah Nelly yang sedang menatang dulang berjalan menuju ke arahnya.
“Sorry,
EJ!” Perlahan sahaja suara Nelly menampar gegendang telinganya.
Ash
dan Dania sudah tersengih-sengih.
Ash
bergerak ke arah EJ lalu memeluk bahu lelaki itu.
“EJ,
kesian Nelly. Penat dia buat cupcakes untuk kau.” Ash berkata.
EJ
tayang muka tiada perasaan. Akhirnya dia tersenyum. Senyuman yang tersimpan saribu
erti.
“Okay,
I’ll forgive you only if kau suapkan aku cupcake ni.” EJ masih beriak selamba.
Nelly
sudah resah. Dulang yang dipenuhi kek cawan diberikan kepada Dania. Dia
mengambil kek cawan yang tertera bentuk love.
“Eh,
kejap. Aku nak kau rasa dulu. Mana tahu kau letak ape-ape ke kat dalam tu.” EJ
mengambil kek ditangan Nelly lalu disuakan kepada Nelly.
“Aku tak jahat sampai macam tu sekali lah.”
Nelly berkata. Geram dengan ayat yang dituturkan EJ.
Teragak-agak
dia membuka mulut. Namun, EJ lebih pantas. Kek cawan yang disuakan kepada Nelly
ditarik kembali lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Nelly
mengetap bibir. Terasa EJ kecil sahaja di matanya. Kalau diikutkan hati, ingin
sahaja dia membelasah EJ.
EJ ketawa
melihat telatah Nelly.
‘Mesti
dia bengang gila kan.’ Fikirnya.
Nelly menjeling EJ lantas duduk di atas bangku. EJ yang melihat
tersengih. Segera dia mengambil tempat disebelah Nelly.
“Sorry.” Ucap EJ. Perlahan.
Nelly memandang. Tersenyum dia seketika mengenangkan seseorang yang
ego tinggi seperti EJ meminta maaf.
EJ mengambil kek cawan di atas meja.
“Ni aku punya kan. Kau buat untuk aku kan?” Dia bertanya kepada
Nelly.
Nelly mengiyakan. EJ meminta Nelly menyuapkannya kek cawan
tersebut. Nelly hanya menurut. Bahagia.
“Ash,
jom makan cupcakes.” Dania memanggil Ash yang sedang berbual dengan Airil.
Ash
kemudiannya bangun lalu duduk berhampiran buah hatinya. Dania tersenyum. Kek
cawan yang dipegangnya disuakan ke arah Ash.
“Nah,
makan lah.” Ucap Dania.
“Lah,
you suaplah.” Ash berkata. Manja.
Dania
mengambil semula kek cawan yang dihulur kembali oleh Ash lantas didekatkan ke
mulut Ash. Belum sempat Ash membuka mulut.
“Nia.”
Ash bengang.
Dania
ketawa melihat mulut dan pipi lelaki itu dipenuhi krim. Segera dia berlari ke
arah kolam renang. Ash menyapu mulutnya dengan tisu. Segera dia menuju ke arah Dania.
Dania sudah angkat tangan tanda mengalah. Namun, masih tidak reda tawanya.
“Sorry,
Ash. Please.” Dania merayu.
Ash
tidak peduli dengan rayuan Dania. Segera dia mengangkat Dania. Bushh!
“Tolong!
Ash! Uhukk… Ash!” Dania sudah tenggelam timbul di dalam air. Aireen yang
melihat ternganga.
‘Aik,
bukan Nia terror berenang ke.’ Berlegar-legar persoalan dimindanya.
Ash panik.
Lantas dia terjun ke dalam kolam. Segera dia berenang ke arah Dania. Bahu Dania
dirangkul. Pantas dia membawa Dania ke tepi kolam. Sesaat kemudian, perlakuannya
terhenti apabila terdengar Dania ketawa.
"You tipu I eh?" soal Ash tidak puas hati.
Dania mengangguk dengan tawa yang masih bersisa.
“Reen,
jom lah terjun sekali.” Aireen yang sedang duduk di atas kerusi di tepi kolam
segera menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.
Tersenyum
dia melihat Dania dan Ash di dalam kolam. “Tak nak lah.”
Fareez
dan Fazz yang sedang duduk di atas rumput tidak jauh darinya dipandang. Dia
kemudiannya memandang EJ dan Nelly yang sedang rancak berbual.
“Reen.”
Dia menoleh memandang Airil
“Jom
teman Ril mandi kolam.” Ril bersuara perlahan.
“Reen
duduk kat tepi kolam je lah. Tak boleh nak join.”
Airil
terseyum seraya mengangguk. Terus dia terjun ke dalam kolam. Aireen yang
melihat sudah menggeleng.
DSLR
di atas meja diambil. Aireen mencelupkan kakinya ke dalam kolam. Airil bergerak
merapati Aireen. Aireen mengambil gambar Dania dan Ash yang beraksi comel.
Kemudian, dia menghalakan DSLRnya ke arah Nelly dan EJ serta Fazz dan Fareez.
“Awak
lapar tak?” soal Fazz kepada Fareez.
Fareez
mengangguk.
“Jom,
pergi dapur. Saya masak something.” Fazz sudah berdiri. Fareez menghulurkan
tangannya. Fazz menarik tangan Fareez.
‘Fuhh,
berat jugak dia ni.’ Ucapnya dalam hati.
Fazz
tersalah langkah. Dia tidak mampu menarik Fareez supaya berdiri.
“Ahh!!”
Fazz terjerit. Fareez yang masih belum stabil terdorong ke belakang. Fazz jatuh
di atas Fareez.
Sunyi
seketika keadaan ketika itu.
“Woi,
tak nak bangun ke? Best sangat ke jatuh?” EJ mengusik Fazz dan Fareez.
Wajah
Fazz sudah merona kemerahan. Segera dia berlari ke dalam rumah.
Fareez
buat tidak dengar sahaja usikan EJ. Segera dia menapak ke dalam rumah mencari
Fazz.
Belum
sempat kakinya mencecah pintu.
“Buat
benda kat dalam rumah tu? Dah lah berdua je.” Ucap EJ selamba. Seketika
kemudian dia mengaduh perlahan. Tangannya mengusap tempat yang dicubit Nelly.
“Kau
jealous kan bro. Cakap je lah.” Fareez membalas sebelum menghilangkan diri ke
dalam rumah.
Okay, done part 13. Hahaha.. part ni macam sweet je kan. Ramai yang tanya Danial tu siapa. Danial tu Ash lah. Nama dia, Danial Ashraff. Get it? So, as usual comments or questions?
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment