Puan Hazirah memandang pelik ke arah Aireen. Beberapa keping
kertas di atas meja Aireen membuatkannya musykil.
‘Banyak sangat kertas atas meja si Aireen ni. Aku rasa aku
bagi 3 keping sorang je. Ni macam terlebih je.’
Segera dia menghampiri Aireen. Aireen yang masih kusyuk
menjawab soalan simple test ditegur perlahan.
“Aireen Idzreena!” Aireen mengangkat muka saat terdengar
namanya disebut. Tercengang dia seketika melihat Puan Hazirah berada di
hadapannya.
‘Aik, kenapa cikgu ni. Tiba-tiba je berdiri kat sini. Dah tu
siap sebut nama penuh aku lagi.’
Puan Hazirah mengambil beberapa keping kertas yang berada di
atas meja Aireen lalu memeriksanya. Terjegil matanya melihat kertas-kertas lain
yang tidak sepatutnya berada di situ. Dia menunjukkan kertas tersebut kepada
Aireen.
“Ha!” Ternganga Aireen melihat kertas yang ditunjukkan. Dia langsung tidak tahu
tentang kewujudan kertas itu di atas mejanya. Beberapa saat kemudian, matanya
kembali terarah kepada Puan Hazirah yang masih menantikan penjelasannya.
Aireen mengeluh perlahan.
Fikirannya sarat dengan pelbagai masalah. Selepas berjumpa dengan Puan Hazirah,
dia dikehendaki berjumpa dengan guru disiplin berhubung kesalahan yang
dilakukan. Sudah puas dia membela diri. Namun, usahanya sia-sia.
************************************************************************************************************
Dania, Fazz, dan Nelly masin setia menunggu Aireen. Beberapa
minit kemudian, pintu kereta dibelakang pemandu dibuka dari luar. Wajah sugul
Aireen dipandang menyapa pandangan mereka bertiga. Simpati melihat keadaan
Aireen.
Tepukan perlahan dibahu membuatkan Aireen tersedar daripada
lamunannya. Perlahan dia cuba mengukir senyuman namun hambar.
Fazz yang berada di dalam 7E
sedang memilih komik yang ingin dibelinya. Baru saja dia ingin membuat bayaran,
matanya terpandang kea rah deretan coklat. Pantas tangannya mengambil beberapa
keping coklat yang disukai oleh Aireen. Teringat pesanan Dania dan Nelly yang
menyuruhnya membeli slurpee. Selepas mendapatkan semua barang yang diperlukan,
Fazz segera begerak ke kaunter pembayaran.
************************************************************************************************************
“Hari ni aku ade latihan bola baling lah. Korang balik dulu
lah. Petang nanti aku call.” Fazz memberitahu rakan-rakannya tentang latihan bola
baling yang akan dihadirinya.
Nelly mengangguk perlahan. Patutlah tadi dia ternampak Fazz
membawa lebih daripada satu beg. Pastinya dia membawa baju untuk petang ini.
Fazz berjalan sendirian menuju ke surau sekolah.
“Weh, Sofea. Kau tahu tak haritu, aku nampak Aireen kena
panggil dengan Puan Umairah. Dia ade buat salah kot.” Mimi mula bercerita.
Sofea tersenyum sinis mendengar.
“Seperti yang dirancang.” Desisnya.
“Eh, kau ni Sofea. Kenapa tersenyum pulak ni?” soal Yuni.
Hairan melihat tingkah Sofea.
Sofea kemudiannya menceritakan perkara yang sebenar kepada
Yuni dan Mimi. Sangkanya tiada sesiapa yang akan mendengar kerana waktu
persekolahan telah tamat. Namun, jangkaannya meleset. Fazz yang bersembunyi di
sebalik dinding sudah mendengar segala-galanya.
************************************************************************************************************
Fazz resah seorang diri. Android miliknya disentuh beberapa
kali.
“Time time ni lah battery nak habis. Hisy.”
Chevrolet Aveo yang berhenti di hadapannya manambahkan resah
dalam hatinya.
‘Siapa pulak lah ni. Ya Allah, jangan lah berlaku ape-ape
yang tak baik.’ Fazz berdoa dalam hati.
Pintu tempat duduk pemandu terkuak. Buntang mata Fazz
melihat Fareez Ikhwan. Kapten pasukan bola sepak SMKPJ. Senyuman Fareez dibalas
hambar.
“Buat apa kat sini sorang-sorang? Kenapa tak balik lagi?
Kawan-kawan awak mana?” Bertalu-talu soalan daripada Fareez membuatkan Fazz
tersentak.
Fazz berkira-kira untuk menjawab.
“Erm, saya baru lepas habis training bola baling. Minggu depan
ade match. Diorang semua dah balik. Sepatutnya saya call Aireen suruh dia fetch
tapi battery phone habis.” Ramah Fazz menjawab setiap pertanyaan Fareez.
Fareez menawarkan diri untuk menghantar Fazz pulang.
Melihatkan hari yang semakin gelap, Fazz bersetuju.
“Hmm, dah sampai. Tak nak singgah dulu?” soal Fazz.
Fareez menggeleng perlahan.
“Sokay, dah nak masuk maghrib ni. Next time lah.” Balas Fareez
sambil tersenyum.
Fazz mengangguk perlahan. Selepas mengucapkan terima kasih,
dia segera berlalu ke dalam rumah. Chevrolet Aveo milik Fareez sudah meluncur
pergi meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
Pintu rumah ditutup perlahan. Baru dia berpusing untuk naik
ke kamarnya di tingkat atas. Tiga pasang mata sudah menikam pandangannya. Fazz
tersengih.
“Lepas ni aku cerita.” Segera dia memanjat tangga sebelum
disoal siasat oleh Nelly, Aireen dan Dania.
0 compliments:
Post a Comment