6 Dec 2015

Speak up man!

Posted by with No comments
Assalamualaikum.

Hye guys, of course the points of writing are to share my feelings and thoughts. 

1st: Sedih
2nd: Frust
3rd: Benci
4th: Malas
5th: Jealous

You can conclude. Anything you wish to. Maybe you nak cakap, Najwa ni gedik, mengada, sibuk je nak update itu ini. Najwa ni semak lah, sibuk je nak update status. Najwa ni poyo gilaa. Najwa itu, Najwa ini. What else? Yes, you may. 

Anything you would like to because I never give a damn. Oh, anyway. Please as I already stated in my previous entry. If you dislike me, if you hate me then do not treat me as I am your best friend. If you got unsatisfied things to deal with me then speak up man, I dont mind. Thats better than you keep and start to create rumours about me. I penat okay nak hadap assignments, projects and all sorts of thing, lepas tu you nak main main macam ni. Dah besar kot. We enjoyed our matrics life together kot, takkan nak end macam ni. Please! Dah janji nak jadi kawan sampai mati, dah janji nanti kalau nak kahwin kena jemput. Dah janji we're friends till the end. So, kenapa? why? (Please answer me!)

Kenapa semua orang layan I macam I takde hati, takde perasaan. Why? Am I a doll, puppet? Am I?? Okay, semua orang layan I macam I ni tak wujud kat dunia ni kan. Okay, but do not question me why. I'll do as you wish but never ask me why. NEVER! 

Even I am a pure mechy girl. But I am still a girl. So, do not treat me like we share the same gender, Yes, I went to statics class, I went to fabrication lab and all but still I am a girl. I still wear heels, I still put on makeup, I still wear skirts and dresses. But i left my routine by wearing shoes and flats, by put on only baby johnson's powder, by wearing jeans, shirts and blouses sometimes because I realised that I am a mechy girl. Why should I dress up like i am going to shopping mall. But the most important thing is I still cover my head and hair. Still own a fragile heart, Still the old Najwa. I cried a lot but I tell no one. 


Despite the busyness I am facing, I still make some time for you. So, why dont you try to do the same. 

Or this sounds too much? Okay, just ignore my existence and I'll do the same. Dont worry. In fact, all this while, I am not the one who started everything, I guess. 

You live the life you long for and I'll do the same

23 Nov 2015

Barang yang wajib bawa masuk library.

Posted by with No comments
Hye, Assalamualaikum.

Tak jawab dosa, jawab sayang, 

Okay, terima kasih sebab sayang :P,

Hmm, you guys tahu tak sekarang ni Wawa tengah stress. Haaa,, T_T Stress dengan all sort of things. Dengan test, assignments, projects and semualah. Benci gilaaa dengan diri sendiri sebab tak mampu nak overcome stress ni. 

Lepas tu kan guys, Wawa sekarang ni tak tahulah tengah happy ke tengah sedih ke tengah rasa nak bunuh diri ke, rasa nak terjun tasik ke. Tak tahulah, tapi yang Wawa tahu rasa nak bercuti je sekarang ni. Nak legakan mind yang tengah serabut ni. Nak pi travel dekat dekat sini je. Ada idea tak guys. Pulau yang cantik cantik ke ada tak agak agak?

Okay, sebenarnya tengah nak siapkan assignments ni tapi otw tu tiba tiba idealess pulak, so, apa lagi cursor pun melilau lah dok pi bukak blog and terus jari jemari dengan lajunya menaip. perghh. hahah. okay tak cool pun. i know. :P

Ouh, okaylah ni Wawa nak story ni serba sedikit perangai Wawa bila pi library. 

Hmm, Wawa kalau pi library ni, macam angkut storage box pun ye juga. Hehehe, motif? Hmm, sebab Wawa tak datang sini lenggang kangkung tau. I'll make sure kalau Wawa datang sini, Wawa akan bawak air. Of course it's a must sebab tengah study nanti tetiba blurr tak faham, nak kena add on oxygen dalam badan. So, kenalah minum air. Lepas tu kan, Wawa suka pakai lotion or body serum sebab yelah dalam library ni kan air conditioning. Memang confirm kering kulit kot kalau stay lama lama dalam ni. Therefore, bila dah dekat sejam dalam library ni, rajin lah apply serum to moisture our skin. 

Selain tu, Wawa bawak matric card. Yang ni wajib lah satgi nak pinjam buku susah kalau takde. And Wawa kan belajar kat utm, nak masuk library kena scan card. So, mmg kena bawak lah. then Wawa selalu bawak laptop. Motif? sebab nak download lagu ke movie ke. Haha, *peace. 

And of course tak dilupakan, pencil case yang dalam tu penuh dengan khazanah Malaysia.
Rasanya tu je kot.

tapi ada satu benda ni yang Wawa betul betul nak share ni guys tapi ala Wawa rasa better nope. 

Oh, before i end this entry, Wawa nak cakap sikit.

 'Selagi dia tak cakap apa apa. Jangan assume apa apa.'
Wawa harap you guys faham lah kiasan Wawa ni eh. Hahaha, okay guys, Wawa nak sambung siapkan assignments yang banyak gilaaa nak mati ni. Thank you tau tau sebab luangkan masa baca entry Wawa. Sayang korang. :P 

20 Nov 2015

kemengadaan Najwa

Posted by with No comments
Hye guys. Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Haaaa..

Okay, sekarang ni Wawa nak cakap yang Wawa penat sangat. Rasa nak demam. Tadi jalan pun hampir nak collapse. Roomate cakap muka Wawa pucat. Tapi gigih jugak keluar pagi tadi tengok Hunger Games Mockingjay Part 2. Hehe. Hmm, tapi balik tadi terus rasa penat gila. Rasa nak baring je atas katil, malas nak buat semua kerja, Tapi malam ada discussion so nak tak nak kena struggle lah, gigihkan diri menapak pi arked. 

Hmm, lepas tu kan Wawa laparr gila tau tapi makanan yang dijual semua tak kena dengan selera. Memang confirm lah ni nak demam, sebab simptom nak demam Wawa ni senang je nak detect, memilih gila nak makan apa, taknak makan benda yang biasa makan, nak makan benda yang extraordinary sikit. Lepas tu tak makan and the result is gastric yeayyyyy. --' Tadi teingin sangat nak minum yogurt drink tu ha, sanggup kot pi beli. Lepas tu kan biasanya kat area foyer kat kolej Wawa ada jual bubur, tapi harini takde. Sobs sedih gila. Dah lah teringin nak makan. Haih. perangai mengada dah mai dah diri sendiri pun tak sanggup nak layan. Ni kalau story kat ibu, confirm kena bebel lah ni dengan ibu, mesti ibu suruh makan ubat, tapi you all pun tahu kan. Wawa ni gilaaaa tak suka makan ubat. Sebab? Weh ubat tak sedap k. Tell me siapa je yang suka makan ubat. 

Anyway, ni Wawa nak tanya, kalau ada orang yang care pasal you? You suka tak? Of course lah suka kan. Hmm, tu je nak cakap. 

Sorry lah Wawa sebenarnya banyak benda nak share tapi haih malas lah nak menaip. Wawa stop kat sini boleh? (Perasan macam ada banyak readers je) Okay, whatever. Malas nak layan.

Thanks for reading. Muahhh. :p



31 Oct 2015

1% of life

Posted by with No comments
Assalamualaikum gais.

Hari ni Wawa nak cakap sikit pasal satu perkara. Entah kenapa semalam tiba tiba rasa sentap pulak dengan seseorang. Bukan semalam je lah. Few days ago pun sentap jugak. Kenapa sentap? Wawa ni sometimes mengada terlebih, gedik, emotional tiba tiba. Wawa tak suka kalau orang yang Wawa layan baik baik treat me like i am no one. I mean yeah at least care lah sikit pasal your friend ni. Kau dah tahu kan dia ada problems. Dah tu yang mendatangkan problems tu pun kau jugak. Ni tak. Haih. 

Takpelah, yang tu kita tak payah fikir lah. Remember what goes around comes around. Teruskan buat baik dengan manusia, though they don't treat you like what they should do. Wawa tak suka nak panjang panjang story. Kalau gaduh tu, kalau boleh nak habis kat situ jugak. Taknak drag pi mana mana. 

Fake friends? I really hope this kind of manusia will never exist in my life ever again. Penat lah nak menghadap fake friends ni. Cukup cukup lah dulu. Wawa tak suka nak marah marah okay. Zaman jadi ketua pengawas dulu lainlah. Memang pantang ada salah lah, ha, satgi confirm dengaq Wawa bising. Tapi tu dulu. Ni sekarang ni, semua dah besar, dah boleh fikir kot. Stop being selfish lah. Stop take things for granted, stop semua nawaitu nak buat benda untuk kesenangan diri sendiri. Please lah, can you at least jaga perasaan orang, think about other's feelings too. Ni tak, Buat baik dengan orang semata-mata nak dapatkan kesenangan untuk diri sendiri. 

"Ooo, yea  this girl got car, kawan dengan dia lah sem ni, free ride kot."
"Pandai duhh dia ni, boleh tiru assignment dia kot. Lepak dengan dia lah."
"Eh, anak orang kaya kot dia ni. Boleh belanja aku ni, my type of friends."
"Cantik lah dia ni, boleh dapat attention ni kalau date dengan dia."

Weh please lah Wawa sumpah lah menyampah gila dengan orang macam ni. Pleaseeeee lah wujud lagi ke manusia macam ni. Ingat kan zaman sekolah je. Seriously, macam mana lah nak cari kawan yang betul betul boleh buat jadi kawan through out the years. 

Ni, ayah dah offer kereta untuk next semester. Tak tahulah berapa ramai nak mengaku yang Wawa kawan dia lepas ni. Sebab tak sampai satu semester lagi kat sini, dah boleh nampak siapa yang fake, half fake, yang betul betul real tak jumpa lagi. Bila lah nak jumpa. Ima dah lah jauh nun ni KTHO. Wuuu, T_T

Anyway, Wawa nak cakap. Lepas ni kalau tak ikhlas nak bagi hadiah or apa apa kat Wawa jangan bagi. Jangan pura pura bagi. And jangan pretend baik, layan Wawa baik baik padahal takde rasa macam nak layan pun. Sebab Wawa terkejut gila last week, bestfriend kot, mintak swap hadiah yang dia bagi dengan alasan yang Wawa rasa macam duhh, aku ni bestfriend kau tau tau. How could you do this to me? Bracelet yang dia bagi tu Wawa jaga kot. Pergi mana apa semua pakai. Kalau misplaced tu memang meroyan lah mencari sampai jumpa. And finally bila dapat tahu yang that bracelet tu bukan dia punya pun at the first place and mintak swap dengan other things, I was speechless. Sampainya hati buat macam ni. Sedih kot. Sedih gila. Maksudnya selama ni Wawa pakai bracelet yang takda makna pun. Yang Wawa dah anggap as symbol of our friendship. Haih, I should be more careful after this. So, lepas ni Wawa harap you gais, kalau tak suka Wawa, benci gila dengan Wawa, menyampah gila dengan Wawa, please lah straight forward je. No need kot nak acah acah depan Wawa baik, belakang Wawa entah apa apa yang you gais cakap. And please jangan PURA PURA okay. Sebab nanti kalau Wawa tahu the exact story, Wawa akan jadi benci gila dengan you. 

So, tu je lah nak cakap. Panjang pulak story hari ni. Ni kes lama tak berblogging lah ni. 
Okay gais, thank you for reading this entry. See you. Bye bye. 

singaPURA. singa pun knows how to pretend, haih.


15 Sep 2015

Suffer! Help me!

Posted by with No comments
Assalamualaikum gais. Eh, apa khabar semua? Hyeeeee, Guess what? I am in Johor sekarang ni. Okay, can we just stop talking about haze. Yeah i know the condition of the air currently but ala ni nak story pasal me lah. 

Okay, chuolls taknak tahu ke why i'm in Johor? I dapat further studies here in UTM. UTM stands for Universiti Teknologi Malaysia. OMG! Do you know how happy I am? How proud I am? Haih. of course lah babe. My first choice kot. At least dapat cover half of the frustration i felt during the UPU's intake for SPM level last year. Hmm. 

But gais, 2 or maybe 3 weeks as a mahasiswi, I encounter lots of difficulties. A lot!! Inded! How stressful i am gais? If only you could feel me. Huh. With the transportation problems, i was late for my statics class. Fortunately, my very charming lecturer didnt scold us. Ouh, if he read this, i guess he'll add on extra marks for my assignments just because i describe him as charmingggg. :P 

Nahh, i am joking. Hahaha. Okay, I am the only one who laugh here. But who cares. So, nothing much to talk about my life here in the university since i havent explore the whole UTM yet. This campus is big enough. Even one day is not enough for me to wander around. Plus, I walked a lot and will keep walking after this. Since, i need to go to many places. Classes are everywhere. But, here we got elevator. :P anyway, i lost many kilos jugak okay, Sebab banyak sangat berjalan lah tu. :p

Moreover, i got a very understanding roommate so far, updated, open minded and so on. And i am grateful enough sebab dia pun mechy jugak. Yeay, I suffered my matrics life sebab roommate semua account stream. I am the one and only yang ambik science. Nevertheless, now I am here as the student of UTM and soon to be an engineer. Whoa, susah bhaiii course I ni, I rasa nak nangis. Hari hari I balik bilik and cried. T_T I still cannot adapt with the surrounding, living style and everything lah. InshaAllah will try to overcome everything. 

Nanti next entry I story lagi banyak banyak pasal my life in UTM okay gais. Sebab ni pun I curi masa gilaaaa nak update ni. And if you thought of contacting me through twitter, I am sorry sangat gais sebab i already uninstalled my twitter on my phone. Addictive sangatlah social network tu. Thats why lah. However, you still can whatsapp me, wechat, or facebook messenger (noob gila still dengan fb kan. k wtv). I am still using those. 

Last but not least, I hope sangat chuols can pray for me. May I live in barakah, may Allah ease my way and may victory be mine. Thank you in advance gaisss.. 

Hye, meet my friend Sue.

First day sampai fakulti dia punya semangat dia perghhh.

Eyebag ya Allah. Biasalah lack of sleep


8 Aug 2015

Kisah kebuluran zaman sekolah

Posted by with No comments
Yawwww Assalamualaikum teman teman. Ya khabarin kalian semua? hendaknya bagus bagus sahaja ya. Ya, aku di sini baik baik aja. Wadduh, kamu gimana sih bicaranya indonesia sih. Lol.

Okay, kita balik semula to the original Wawa ye. Hahahaha, apa korang ingat Wawa dah tukar nationality ke. Tak lah, Of course no. I love my country though lots of catastrophe happened. Okay, can we just put those matters aside. I got lots of better things to be shared with you alls here in this entry.

As you know back then I was studying in SMKTPPTM kan. Hmm, dulu dulu Wawa jarang update story about my classmates kan. Perasan tak? hahaha. After kitaorang graduate. Masing masing got own life. Ada yang further foundation, matriculation and ada yang ambil diploma. So, since semua dah ada arah tujuan hidup memasing, jarang gila lah berjumpanya. Tapi petang tadi hahaha, tiba tiba rezeki dapat jumpa walaupun masa limited gila. Ya Allah rasa nak cecubit je si kawan sorang ni bagi tahu lambat sangat. She's not staying in Kuantan anymore. Therefore, susah gila nak jumpa. Sebab tu bila dapat jumpa ni macam excited gilaa.. datang je terus macam macam benda nak share uolls.


wawa, diba, hana, fiqa, yg belakang tu sha and ani. 


Diorang semua ni memang kira paling rapat ahh masa zaman nak ambik SPM dulu and grad with flying colours gittew. Ada yang nak jadi doktor lah, nak jadi engineers lah, (wawa lettew). Hahaha. Tak kisah lah nak jadi apa, jadi orang cukup. Asalkan bukan hantu or buaya, Eh? 

Masa zaman kebulur dalam kelas sebab rehat pukul 10, balik pukul 2.30. Kau ghase? Tu belum campur hari yang ada kelas tambahan apa semua. Lapar bangattt. Tapi tu semua cerita lama, Hahaha. Yang terbaru semua tengah berdebar tunggu result UPU. Doakan weolls k. :)

Lepas ni next entry pasal diorang mesti post pasal khawin pulak kot sebab semua dah besar dah matang. Hahahaha matang lah sangat kan perangai kalau jumpa, budak budak pun pelik tengok. Lol.

p/s: Muka flawless sebab filter camera 5 inci. Kalau datang face to face wehh, kawah bulan penuh. Hahaha. 

18 Jun 2015

Recipe: Caramel Pudding

Posted by with No comments
Assalamualaikum

Hye semua, perasan tak kenapa 2 3 hari ni Wawa rajin sangat nak berblogging ni kan. Hahaha, Well actually bukan apa. Sebab before ni asyik busy je kan. Ni lah masanya nak have fun depan lappy. Blogwalking and all. okay, points of nak menulis hari ni adalah disebabkan nak share resepi. Hmm, okay wait kalau nak tahu kena tengok gambar ni. (eh, mengada pulak kan)


So, ada rasa mcm terliur tak? Nampak macam sedap kan? Usually kita dengar orang buat pudding ni dengan telur kan? But this time Wawa nak share how to make one yang without telur punya.

Okay, first and foremost you need 

  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Next! Bahan-bahan semua dah ready kan, So, lets start!

Memula buat gula hangus macam biasa, Taburkan gula pasir dalam loyang, Guna api kecil untuk masak gula sampai dia hangus. Tapi jangan over hangus pulak. Agak-agak warna gula dah perang tu, boleh tutup api. Don't forget untuk ratakan. Kira the whole loyang tu is covered with gula hangus tu lah. 

Okay dah siap yang tu boleh letak tepi. Sejukkan dulu. 

Satukan 1 paket agar agar serbuk, air, gula kastor. susu cair, susu pekat, tepung kastard, esen vanilla. Dah bersatu apa semua, Start the flame. Small flame je. Lepas tu kacau. Jangan stop kacau sebab takut tepung kastard tu bergentel nanti tak jadi pulak pudding kita. 

Bila dah menggelegak tu and adunan nampak macam sedikit pekat. Tutup api. Ready nak tuang dalam loyang yang ada gula hangus tadi but REMEMBER one thing. Tapis dulu adunan tu. 

Sejukkan sebentar before masuk dalam peti ais. 

Selepas penat bersabar menahan nafsu. Tibalah masanya untuk makan pudding. Jangan lupa terbalikkan pudding. 

*Tips: Pudding ni sesuai lah dibuat juadah selepas solat terawih. Selamat mencuba. :)





16 Jun 2015

What I've been waiting for..

Posted by with No comments
Assalamualaikum.

Guys, we're going to enter a month full of barakah. Yes, RAMADHAN AL MUBARAK! So, hopefully everyone is fully ready and well prepared.

If you ask me what are my preparations? I'll say that I am not going to change 360 degree but I wanna try to be a better muslimah. Maybe in this one month time, there will be no 'SELUAR JEANS KETAT', 'TUDUNG SINGKAT' etc InshaAllah. Not that I wanna be hypocrite or what. I just wanna learn how to change. Ramadhan is a good way to start right?

But here I strictly wanna say that after Ramadhan end and you could see me back like my old days. Please do not bash. Please pray for me instead. InshaAllah who knows Allah will grants your prayer.

Here I would share something which I think good enough for us to practice or apply throughout Ramadhan.  

  • Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T supaya memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
  •  Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.

  •  Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.
  •  Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
  •  Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.
  • Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.
  • Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
  • Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
  • Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
  • Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
  • Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaran terutama yang melibatkan anngota panca indera kita
  • Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.


Hopefully Allah will grants us courage which can help us to go through this Ramadhan and grants us pahala too. 

Well actually I've been scolling my album to seek for last year picture of Ramadhan. But sadly I couldn't found any. Probably in other album. 

So here, I just wanna share this..

Jangan lupa baca niat tau. 

Okay, so far thats all I wanted to share with chuolls. Dont forget to grab as much pahala as you can. 
Thanks for reading this entry. 

14 Jun 2015

Saya Pelajar KMP! Part 2

Posted by with No comments
Assalamualaikum.

Yes, it's been a while I havent post anything rite. Hmm, well actually bukan taknak. It was just you know lack of time nak bukak laptop and typing all day long since we got smart phone kan nowadays. I tak suka taip panjang panjang kat phone fyi.

So, yea currently tengah mereput kat rumah. Why?? Sebab dah habis program matrikulasi. And dah dapat result pun. So, i can breath happily. Before ni hardly breath kot. Tercungap-cungap sekejap. Okay, harini I just nak share dengan chuolls few pictures of my friends while I am in KMP. Nak tengok tak? Jom lah tengok... I ni student Modul 2 tau. Those guys in Modul 2 agak woww jugak tau. Hahaha. No, I am not praising. Not at all. Just telling the truth. 
Ni lelaki and perempuan paling pandai in Modul 2. Yang perempuan tu tak tahulah, dalam kuliah tidur. sometimes je focus. Yang lelaki ni dalam kuliah main COC. Tapi result gempak. =='

This is the most handsome guy in Modul 2 katanya. his name is Ahmad Murtadha.

Ni during celebration birthday Amir. Well, Ima quite nakal. haha

Meet Haziq Dean. 

M2T4 againnnn. with our Chemistry teacher. Miss Malyana and Puan Yulinar

Ni kawan kawan yang paling syaitonirrojim sekali. Hahaha, but they always there for me. 

Bros Before Hoes katanya. Well, we got Chick before Geek. 
This is my best buddy. The one whom I share my problems with. 
Chemnight!! M2T4 won the second place. Without proper preparation. Awesome kan?? 

Sometimes when they are having fun with their friends, they forgot to behave. 

The whole students in modul 2.

With few lelaki utagha. I look extra fat. Okay, just forget it. 

See, told yaa right. Semua handsome kan. They are my friends. Yang non stop buat lawak dalam kuliah.

Last but not least .. To those juniors yang teragak agak nak join program Matrikulasi, here I nak share sikit. Takde istilah tak pandai, takut, nak leisure, kena lelong. NO! BIG NO! My friends time SPM, result dia biasa je tapi masuk KMP, 3.9. Padahal everytime cuti pergi vacay dengan kawan kawan. Langkawi, Penang, Kedah. semua tempat dah jejak. You kena pandai bahagikan masa. And then please, focus. Jangan tinggal solat! Mintak restu parents. InshaAllah you'll succeed. Okay guys?

Thank you for reading this entry. See you soon!

6 Apr 2015

Vacation to the isle

Posted by with No comments
Hello everyone. macam yang wawa janji haritu. nak sambung story kan. Okay, ni je lah masa yang ada wawa nak update blog. kalau tak memang terus bersawang lah blog ni. Tak bersentuh sampai lah wawa grad matrics. And today, nak story pasal vacation to Pulau Langkawi. Since, belajar pun kat Perlis kan. Dekat sangat dah dengan Langkawi. Naik feri kat jeti Kuala Perlis terus straight sampai Langkawi. Here I would like to give some infos lah kalau nak pergi Langkawi through jeti Kuala Perlis. Dekat area jeti tu ada kedai makan tau jual laksa. Terbaik! Serious sedap. Tak tipu. 

Ni masa nak naik ferry. Muka excited tak pernah naik ferry sebelum ni. 
gedik kan.. mentang mentang kedai makan tu provide cermin. tapi cermin dia tak clear sangat. 

Ferry will depart every hour and bayaran RM18 for adult. Infant and kids, wawa not sure lah sayang. Tak sempat nak tengok pun haritu. Sebab kalut sangat. Kitaorg naik feri pun pukul 7 malam. The last feri yg akan depart to Langkawi. Homestay apa semua wawa ready siap siap kat matrics lagi. Google and call apa semua. Jumpa lah satu homestay ni. RM650 for 3 days and 2 nights. Murah lah juga sebab sekali dengan kereta Avanza tau. Plus dah lah masa tu cuti merdeka. 

Sampai je Langkawi masa tu terus ambik kereta and pergi masuk homestay. Homestay dia terbaik bakhangg. Dengan 3 bilik got aircond lepas tu tv sony bravia dengan astro siap channel HBO, MTV apa semua. Serious macam taknak bagi kitaorg blah drpd rumah tu je. Malam tu kita full kan perut dulu. Makan besar lah apa lagi. Hambikk kau dengan siakap apa semua memang terbaik lah. Lepas tu jalan jalan sikit. Balik rumah semua terbongkang. Gain energy lah. Esoknya nak travel 1 Langkawi. Hahaha.

And the next day kitaorg pergi naik cable car. Best. Before ni rasa naik cable car kat Genting je. Rasa 700 metres dari aras laut tu mmg terbaik lah. Sejuk je bila angin menderu tu. Cuma cuaca lah. Faham faham lah stay kat Malaysia kan.

Acah acah selfie pakai monopod dalam cable car.

masa ni dah sampai peak. angin sejukkk. best!

pantang betul nampak cermin. mesti nak selfie.

Kat bawah tu. Besar juga lah tempatnya and wawa beli bag. saja beli sebab lawa lepas tu guna bag tu bawa pi kuliah. :p Harga makanan kat situ melampau sikit. So, rasa rasa budget sikit jangan lah makan kat situ. Better cari tempat makan lain.

Lepas dah penat tu, Kitaorg pergi Beras Terbakar. Solat zohor and asar kat situ. I have no idea why nama tempat tu macam tu. Wawa lupa shade. Tertinggal kat Kuantan. So,beli lah yang baru. Lepas tu beli barang barang yang ibu pesan.


new shade. tehee..
Okay, lepas tu. Malam tu kita lepak lepak area Dataran Lang. Sebab esoknya kan MERDEKA! So, have fun lah kan. Compulsary lah untuk berjimbaa. 



The next day,

Before balik tu kita capture moment dulu.
Setiap masa nak posing.. 
Tengah buat street dance ala ala kpop gittu.

Acah acah nak rehatkan badan. Mandi lulur, padahal mano sompat wehh, dah lewat. Kang ada yg tertinggal feri.
Wandering around Chenang Street 

Lepas tu, around pukul 2 lebih tu memang kelam kabut pergi jeti sebab tiket feri pukul 5. Ramai gila bakhanggg orang kat situ. Biasalah, kitaorg vacay time cuti. Kena hadap lah semua ni. Hahaha. So, lepas dah selamat naik feri apa semua. Semua tertidur. Penat sangat. Sampai Kuala Perlis around 6 lebih macam tu. Solat and dinner lepas tu baru balik matriks.