18 Jun 2015

Recipe: Caramel Pudding

Posted by with No comments
Assalamualaikum

Hye semua, perasan tak kenapa 2 3 hari ni Wawa rajin sangat nak berblogging ni kan. Hahaha, Well actually bukan apa. Sebab before ni asyik busy je kan. Ni lah masanya nak have fun depan lappy. Blogwalking and all. okay, points of nak menulis hari ni adalah disebabkan nak share resepi. Hmm, okay wait kalau nak tahu kena tengok gambar ni. (eh, mengada pulak kan)


So, ada rasa mcm terliur tak? Nampak macam sedap kan? Usually kita dengar orang buat pudding ni dengan telur kan? But this time Wawa nak share how to make one yang without telur punya.

Okay, first and foremost you need 

  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Next! Bahan-bahan semua dah ready kan, So, lets start!

Memula buat gula hangus macam biasa, Taburkan gula pasir dalam loyang, Guna api kecil untuk masak gula sampai dia hangus. Tapi jangan over hangus pulak. Agak-agak warna gula dah perang tu, boleh tutup api. Don't forget untuk ratakan. Kira the whole loyang tu is covered with gula hangus tu lah. 

Okay dah siap yang tu boleh letak tepi. Sejukkan dulu. 

Satukan 1 paket agar agar serbuk, air, gula kastor. susu cair, susu pekat, tepung kastard, esen vanilla. Dah bersatu apa semua, Start the flame. Small flame je. Lepas tu kacau. Jangan stop kacau sebab takut tepung kastard tu bergentel nanti tak jadi pulak pudding kita. 

Bila dah menggelegak tu and adunan nampak macam sedikit pekat. Tutup api. Ready nak tuang dalam loyang yang ada gula hangus tadi but REMEMBER one thing. Tapis dulu adunan tu. 

Sejukkan sebentar before masuk dalam peti ais. 

Selepas penat bersabar menahan nafsu. Tibalah masanya untuk makan pudding. Jangan lupa terbalikkan pudding. 

*Tips: Pudding ni sesuai lah dibuat juadah selepas solat terawih. Selamat mencuba. :)





0 compliments:

Post a Comment