16 May 2017

friends

Posted by with No comments
Hye awak semua. Eh, lupa nak bagi salam. Assalamualaikum. Haritukan Wawa 'membersihkan' laptop. So, Wawa jumpa banyak gambar gambar time Matriks dulu. Jom kita tengok nak tak?
















Ni lah antara gambar gambar zaman muda matriks dulu. Hmm, diorang semua ni kawan baik wawa tau. Kawan susah senang time matriks dulu. Kitorang yang pergi bercuti sampai ke Langkawi, Penang Kedah semua. Ya Allah rindu sangat. Hmm. 



12 May 2017

What goes around comes around.

Posted by with No comments
Hye, assalamualaikum. Tak jawab dosa tapi kalau jawab hmm sayang. 

Lama gila kan Wawa tak update entry baru. Ala, sorry la. Wawa busy sangat. Wawa janji nanti Wawa upsate semua story Wawa pergi vacation kat Jepun. Oh ye dengan resepi Japanese Cotton CheeseCake yang konon kononnya sedap sangat tu. Yup, undeniable memang kek tu sedap. Masa kat Jepun tu Wawa rasa yang brand Rikuro. Memang superb la rasa dia. Tak cukup satu slice. :p

Anyway sayang sayang ku. Wawa dah nak dekat dengan final semester 4 ni. So, memang banyak sangat projek nak kena hadap. Mula dah perangai mengada-ngada keluar. Homesick lah semua ada. Hmm, lepastu menangis sorang-sorang. Bila masa tah nak happy ni.

Hmm, Wawa nak tanya ni, korang setuju tak dengan frasa ‘What goes around comes around’ hm?? Lepastu kan Wawa nak tanya pernah tak bila semua kebaikan yang korang buat, balasan yang korang dapat tu tak sama pun macam kebaikan yang korang buat? Eh apasal eh nak bermadah sangat Wawa ni. Haa, senang cerita macam ni la. Bila korang dah selalu tolong orang kan tapi time korang susah, time korang ada problems, orang takde pun nak tolong korang or at least ada untuk korang have fun. Ada untuk korang lepak ke apa. Pernah tak macam tu?? Takdelah, bukan nak ungkit apa apa ke or apa lah tapi Wawa nak tanya je. Pernah ke tak. And if yes? Boleh tak share dengan Wawa apa yang korang buat? Serious ni Wawa nak tau sangat. Kalau boleh kan. Korang email la jawapan tu. Jangan comment kat bawah ni. Kita make it private.  Dah lama Wawa tak interact dengan kawan kawan kat blog kan. Wawa perasan ada yang selalu comment kat entry Wawa yang lepas lepas tu. Wawa nak bagi tau ni. My Phone number is private and confidential tau. So, sorry memang Wawa tak bagi lah untuk yang mintak tu. Kalau nak kawan or nak tanya apa apa. Email je Wawa. InshaAllah I will reply okay. 

Next is. Hmm sekarang ni kan dah nak dekat bulan Ramadhan. Korang dah prepare? Eh bukan prepare baju raya maksud Wawa. Adoi. Prepare lah apa yang patut. Iman tu dah upgrade ke belum? Mana yang belum habis ganti puasa tu? Ceh Wawa ni cakap kat orang pandai. Dia tu? Hmm, Wawa pun banyak yang lopong sana sini ni cane ni ea?? Okay, sama sama kita prepare okay nak jemput Ramadhan kali ni kan. Harapan Wawa?? Hmm, harapan Wawa kalau boleh taknak missed solat tarawikh. Nak make it full sebab bukan selalu kan. Solat ni dalam setahun yang ada 12 bulan tu. sebulan je yang ada. So, kalau mampu, cukupkan lah sebulan. 


Baju raya? Amboi, baru perenggan ke berapa ni. Cepatnya cakap pasal baju raya ea. Padahal hmm puasa pun belum. Haha, takde lah ni Wawa saja je nak bercanda kat sini. Okay Wawa ada banyak pilihan colours and yang confirm on warna pink. Kenapa pink? Sebab entah mood nak jadi perempuan sikit kot tahun ni. Tahun sebelum  ni hmm lelaki ke?  Hahaha. Takdelah Wawa gurau je lah. Ni satgi ada dok whatsapp ceq habaq mai la awat hang gedik lagu tu kat blog aih.. Okay okay tak Wawa gurau je. 

Hmm, dahlah cukup lah kot sampai sini je Wawa membebel. Banyak banyak pun bukannya korang sanggup nak baca. Hmm, jadi apa kata kalau kita stop kat sini. Ye Wawa janji nanti Wawa share resepi okay.


Bye for now. 
Thanks for reading. 

6 Feb 2017

judgemental

Posted by with No comments
Hye and assalamualaikum.

Awak semua buat apa tu? Rindu dengan Wawa tak? Apa? Tak Rindu? Serious? Okay! Dah oleh kot slow slow tekan button (X) kat atas tu. Dah sila lah pergi meninggalkan laman blog Wawa ni. Tak payah menggedik nak datang sini. 

Okay buat yang merindui, amboi gediknya lah ayat kan. Hehe, takdelah betul lah kan, buat yang merindui, terima kasih. So, harini ni sempena first entry in 2K17. Wawa nak wish korang ni, HAPPY NEW YEAR. Mohon jangan kecam k, dah ni first entry, tak kisah lah 1st of Jan ke ataupun dah hari keberapa. Anyway haritu kan hmm, ye awak 25th of Jan haritu birthday Wawa. Thanks kepada semua yang wish, seriously Wawa hargai sangat semua wishes daripada awak semua. Yang bagi hadiah tu terima kasih sangat. Serious terharu kot. Sebab both hadiah yang Wawa dapat, semua surprise. Nak tahu tak Wawa dapat hadiah apa??

 My ICE CREAM cake!
Unexpected Parcel I received from someone. :)

Ayah bagi :*

So, yg ice cream cake tu Wawa bake sendiri. Another 2 pictures tu baru hadiah yang Wawa dapat. Terharu sangat and Wawa suka dua dua. Oh, haritu masa birthday Wawa ada juga buat makan makan kat rumah. Saja saja ajak kawan kawan datang. Buat kecik kecik je, mana yang Wawa tak sempat jemput tu Wawa mintak maaf sangat okay. 

And disebabkan dah 21 tahun ni kan. Hmm, Wawa harap sangat kehidupan semakin baik, tenteram, bahagia. Dijauhkan daripada orang yang tak tahu menghargai dan dijauhkan juga dari yang mengkhianati. Dilimpahkan rezeki. Dikurniakan kawan kawan dan seseorang yang mampu buat Wawa ceria setiap hari. Takdelah nak emo selalu kan. :p


Ye, perasan cantk kan. Okay, kita sedar diri lah kita tak cantik. Hmm.

Oh perangai Wawa ni, Wawa suka selfie kadang kadang. Hahaha. Kadang kadang je okay. Bila rasa makeup on point, brows on fleek. Okay dah. Anyway, semalam kan, Wawa pergi lah post kan barang barang customer Wawa. Oh, lupa nak bagi tahu, Wawa business okay. Wawa jual MARY KAY. Nak tahu apa MARY KAY nanti pm Wawa okay. Wawa explain semua benda. 

Ye cakap pasal business. Kenapa Wawa business. Sebab Wawa ni jenis yang kaki shopping. Kalau boleh semua benda yang cantik tu Wawa nak beli. Kalau boleh lah, Kalau tak boleh tak payah lah beli. And though Wawa dapat sponsorship and ayah bagi Wawa duit poket tapi Wawa jenis yang tak suka nak guna duit tu untuk have fun sana sini kan. Separuh drpd duit biasiswa Wawa simpan dalam tabung haji. Kenapa? sebab Wawa rasa dalam hidup ni kita perlu buat investment sikit lah. Untuk kesenangan di hari tua. Ni ayah yang ajar. Alhamdulillah Wawa puas hati dengan hasil tabungan Wawa. Ye Wawa tau ramai yang cakap cakap belakang kan bila nampak Wawa shopping itu ini. Wawa beli barang barang makeup mahal kat SASA. Wawa pergi beli baju kat H&M. Yes, Wawa tau je ramai yang cakap Wawa boros lah, itu ini. Tapi, sokay, ramai yang tak tahu perkara sebenar. Ramai yang tak tahu kerja keras Wawa cari duit untuk shopping tu semua. Even trip to Japan tu, total RM3000 Wawa confirm dengan lecturer nak join once duit biasiswa masuk sebab Wawa taknak mintak dengan parents. Last minute sangat masa tu. Dah siapa suruh biasiswa masuk lambat. Tu pun Wawa bayar secara installment. Orang tak nampak apa yang Wawa korbankan. Masa kereta Wawa rosak. Wawa bayar dengan duit sendiri. Even ayah tanya Wawa ada duit ke tak nak bayar, Wawa cakap je Wawa ada duit. RM500 lesap macam tu je. Tapi orang tak nampak semua tu. Orang cuma nampak bila Wawa shopping itu ini, diorang cakap Wawa itulah inilah. Sokay, tak salahkan korang pun tapi kalau boleh lepas ni kan, kalau nak melemparkan tuduhan yang tak berasas tu tolong lah siasat dulu. Sebab Wawa tau nak simpan duit. Perangai Wawa bila dapat duit, Wawa akan simpan. Wawa akan simpan dulu satu amount yang Wawa rasa Wawa puas hati dengan amount tu, and balance tu baru Wawa boleh guna untuk apa apa je. And Wawa suka bergaya, Wawa suka semua tu walaupun Wawa student engineering, Wawa selamba je pergi kelas pakai high sole, Wawa suka semua tu. And Wawa takkan ubah semua tu just because ada orang cakap cakap kat belakang Wawa, even direct on my face pun. So, if you think your words will bring me down then you are wrong. Because I dress not to impress. Wawa pakai apa je sebab Wawa selesa pakai macam tu, Wawa rasa confident.  



Wawa malas lah nak cakap banyak. Wawa tak reply pun tweet akhir pasal retiss tu. Sebab Wawa rasa statement tu tak matang sangat. Oh, Wawa tak tahupun kedai spec kat dunia ni jual shade ke sunglasses ke or any type of cermin mata untuk retiss je. Rakyat biasa ke yang bukan retiss ni semua tak layak pakai semua tu. Wawa tak tahu pun. Baru ni Wawa tahu. Hmm, tak kisah lah. Macam Wawa cakap lah, oarang tak tahu dan tak faham masalah yang kita lalui. Diorang hanya tahu condemn dan kutuk. Sokay anyway. Tpi ni Wawa nak bagi explanation. Baca dan hadam. Mata Wawa ni silau dengan cahaya. My sight boleh jadi berbalam kalau nampak cahaya. Sebab tu Wawa pakai spec. Wawa rabun tapi tak over pun. Wawa still boleh nampak je kalau jauh tapi pandangan Wawa terhad. Kalau Wawa pandang ke arah cahaya tu, Yes Wawa nampak ada orang, Wawa nampak ada kereta, motor lalu ke whatever tapi Wawa tak nampak pun plat number and siapa orang yang lalu tu. So, please lah jangan nak cakap Wawa sombong tak tegur korang. Wawa menggedik nak pakai shade ke apa. Wawa pakai tu sebab Wawa nak drive. So, macam susah lah nak drive kalau pandangan terhad kan. Tak clear nampak the whole view yang kita patut nampak and bahaya. Sebab tu kalau panas ke, waktu malam, wawa akan drive pakai spec. Bukannya saja saja nak pakai. Ingat murah ke pergi tempah spec tu semua. Kalau ikutkan duit tu boleh je guna untuk benda lain tapi since haritu macam ada something happened, terus Wawa pergi tempah spec. 

Okay lah semua, mesti korang menyampah kan baca entry Wawa. Membebel je. Haha. Okay sorry. Nanti Wawa share pasal benda lain k. Bye

Thanks for reading.