Sepanjang
hari persekolahan, masing-masing fokus dengan pelajaran. Pagi ke sekolah,
petang dan malam mengulang kaji pelajaran. Peperiksaan Pertengahan tahun
tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
Petang Sabtu itu, Aireen, Fazz, Nelly dan Dania berjogging di Tasik Ampang Hilir bagi menghilangkan tekanan.
“Freshnya
rasa. Tenang sikit dapat jogging.” Nelly bersuara sambil mata tidak lepas
memandang sekeliling.
“Lepas
tension lah, asyik mengadap buku je.” Fazz menyampuk.
"Jom, sambung jog." ucap Dania yang sudah berdiri. Bersedia untuk menyambung larian.
Selepas berjogging, mereka duduk berehat sambil menikmati udara
segar.
************************************************************************************************************
“Hye
bro, buat ape kat sini?” Ash mengambil tempat di hadapan EJ manakala Airil
menarik kerusi di sebelah.
“Baru
balik dari Ampang Point. Cari buku kat Popular. Korang ni dari mana?” Fareez
membalas pertanyaan Ash.
“Tadi
ade latihan ragbi. Ade match lepas mid term.”
Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan menghantar minuman yang dipesan.
EJ
memandang Airil yang tersengih memandang Blackberry Torch di tangannya.
“Weh,
Ril.” Dia menegur. Airil menjongketkan kening. Namun, mata tidak lepas daripada
memandang skrin Blackberrynya. Bibirnya mengukir senyum.
“Macam
mana kau boleh sangkut dengan Aireen.”
Airil
memandang EJ. Spontan dia tersenyum. “Kenapa?”
“Jawab
je lah.” EJ tidak puas hati apabila soalannya dibalas dengan soalan juga.
“Entah,
aku tak pernah jumpa perempuan macam tu. Masa mula mula aku kenal dia. Tahun
lepas. Garang bukan main. Takut aku tapi bila dah kenal…. Lain sangat perangai
dia. Macam langit dengan bumi.” Airil menerangkan sebab musabab dia jatuh hati
pada Aireen.
EJ
mengangguk tanda mengerti dengan penjelasan AIril.
“Kau,
Ash.” Dia menoleh ke arah Ash.
Terkesima
Ash dibuatnya. Neslo ais dihadapannya disisip.
“Entah,
susah nak explain.” Mudah Ash menjawab.
“Seriouslah
bro, kau kan tak pernah suka perempuan. Terkejut jugak aku bila kau cakap kau
minat Nia.
"Nasib baik kau cakap macam tu. Kalau tak memang aku ingat kau ni
homo.” Tersedak Ash dengan komen EJ. Airil dan Fareez ketawa.
Penumbuk
ditunjukkan kepada EJ. EJ hanya tersengih.
“Agak
lah kau, aku normal lah. First time aku jumpa Nia. Aku rasa lain. Aku pun tak
tahu kenapa. Tapi best what couple dengan dia. Kepala lebih kurang aku jugak.”
“Kau
Fareez, kenapa?” Fareez juga tidak lepas daripada menjadi mangsa.
“Ha,
dah kau rampas girlfriend aku. Aku cari lah yang lain.” Selamba Fareez
menuturkannya.
EJ terkejut dengan jawapan Fareez.
“Kau
tak puas hati lagi ke beb. Sorry lah. Sofea yang approach aku. Mana aku tahu
dia kau punya.” Perlahan EJ berkata.
Fareez
tersengih. Bukan senang nak tengok EJ yang memang sudah terang lagi bersuluh
meminta maaf.
“Relax
lah, aku bersyukur jugak benda tu jadi. Sofea tu bukannya baik sangat. Banyak
sangat scandal.”
EJ mengeluh lega.
Airil
dan Ash setia mendengar. Lama mereka melepak di situ. Gamat suasana dengan
suara mereka.
************************************************************************************************************
Aireen
duduk disebelah Airil. Tersenyum Airil melihat Aireen. Fazz dan Fareez sedang
berbual.
“Ash,
tangkap.” Terkejut mereka berempat mendengar suara Dania.
Tercengang
mereka melihat Dania dan Ash. Dania membaling kacang Nips lalu disambut oleh
Ash dengan menggunakan mulut.
“EJ.
Nah, rasa lah!” Nelly menghulurkan bekas yang berisi kuay tiaw goreng kepada
EJ.
EJ
tersenyum.
‘Haih,
asyik senyum je. Lemah jantung aku macam ni.’ Getus hatinya.
“Sedap.
Kau masak ke?” EJ bertanya.
Nelly
mengiyakan. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Kelibat Airil dan Aireen yang lalu dihadapannya langsung tidak
dipedulikan. Ralit memerhatikan EJ menyuap kuay tiaw goreng ke dalam mulut.
“Eh, korang,
Fareez ajak kita pergi Genting lah lepas exam ni?” Fazz bersuara memecahkan
kesunyian.
Terhenti
seketika Nelly yang baru ingin meneguk air. Aireen yang leka dengan buku
ditangan juga segera memandang Fazz. Dania beriak selamba. Langsung tidak
terkejut.
“Ash
ade bagi tahu aku.”
“No
wonderlah dia buat tak tahu je.” Aireen menggumam perlahan.
Fazz
diserbu dengan pelbagai soalan daripada Nelly. Dania dan Aireen hanya
mendiamkan diri. Namun, tetap mendengar perbualan Fazz dan Nelly.
“Bila
Fareez bagi tahu kau?” soal Nelly.
“Kat
sekolah tadi, masa rehat.”
Nelly
mengangguk. Pandangannya dialihkan ke arah buku yang dipegang sedari tadi.
************************************************************************************************************
Ash mendengus. Handphone diatas meja disisi
katil diambil.
‘Siapa
yang call aku ni. Nak tidur pun tak boleh.’ Getusnya.
Berkerut
dahinya melihat nombor yang tertera.
“Hello,
siapa ni?” garau suara Ash menampar gegendang telinganya.
Mimi
tersenyum. Segera punat merah ditekan.
Tercengang Ash seketika. Handphonenya diletakkan kembali di atas
meja di sisi katil.
0 compliments:
Post a Comment