Tasik Ampang
Hilir. Jauh dari hiruk pikuk kegiatan manusia. Tempat yang aman dan tenteram.
Sesuai untuk beriadah.
Dania
menanggalkan topi keledar yang dipakainya lalu dihulurkan kepada Ash. Kemudian,
dia mengatur langkah. Memandang tasik yang luas sudah mampu membuatkan dia
berasa tenang.
“Nia.” Dania
terkejut. Suara Ash kedengaran begitu dekat dengannya.
Dania bergerak
ke arah bangku. Ash turut berbuat demikian.
“Nak main
something tak?” soal Ash. Dania memandang Ash. Pelik.
“Okay. What is
it?” Dania memberikan persetujuan.
Ash
kemudiannya menuju ke arah ducati miliknya. Semakin hairan Dania dengan tingkah
Ash.
Ash kembali
dengan sesuatu di tangan. Dia menghulurkan kotak tersebut kepada Dania. Buntang
mata Dania melihat kotak jingsaw puzzle yang Ash berikan.
‘Demam ape Ash
ni. Nak suruh aku jadi budak tadika semula ke.’ Dia bermonolog.
Ash tersenyum
melihat reaksi Dania.
“Susun puzzle
ni.” Ash berkata perlahan. Cukup untuk didengari oleh Dania.
Dania tercengang.
Dia mengeluarkan kepingan-kepingan puzzle. Ash mengeluarkan plastik lutsinar
daripada jaketnya. Dia membentangkan plastik tersebut.
“Okay, nanti
susun atas plastik. But before that, jangan lupa cabut dulu double-sided kat
belakang tu.”
“Hah! Ade ape
ni actually. Siap dengan double sided bagai.” Soal Dania tidak puas hati.
“Buat je lah.”
Ash menyuruh Dania menyusun kepingan puzzle tersebut.
Dania mengeluh.
Pantas tangannya bergerak. Menyusun kepingan puzzle. Dia pelik melihat
huruf-huruf di belakang kepingan puzzle tersebut.
‘Mesti ade
something ni.’ Dania mengomel perlahan.
Setelah siap
menyusun puzzle tersebut. Dania mendongak. Ash yang masih lagi memandangnya
mengangkat kening.
“Dah siap.”
Soal Ash.
“Yup.”
“Okay. Come,
see this.” Ash menterbalikkan plastik tersebut. Dania terkejut. Huruf-huruf
pada kepingan puzzle tadi membentuk satu ayat.
‘Be mine? I want you to complete me!’
“I tahu you
terkejut dengan semua ni. But seriously, for the first time in my life. When I
look at you, I feel peace. I tak pernah rase semua ni dengan any other girls.
You’re the first.” Ash meluahkan semua yang terbuku di hatinya.
Dania sudah
tidak terkata apa-apa. Dia rasa bahagia tapi pada masa yang sama dia takut
untuk meneruskan.
“Nia, puas I
bagi hint kat you tapi you still buat tak tahu. You’re very unpredictable. You
macam main-main dengan I.” Ash berkata lagi apabila Dania hanya mendiamkan
diri.
“Ash, I
terkejut. I ingat selama ni you were making jokes. I can’t figure out your
hints. Tapi I tak boleh tipu yang I happy bila you datang dalam hidup I.”
“So, what’s your answer?” Ash bertanya nakal.
“Eh, dah petang
ni. Jom lah hantar I balik.” Ringkas jawapan Dania. Ash mengerutkan dahi. Cuba
mencerna makna disebalik ayat tersebut.
Dania sudah
memakai kembali jaketnya. Ash akur.
Sebaik tiba di
hadapan banglo miliknya, Nelly, Fazz dan Aireen. Segera dia turun. Sewaktu
menghulurkan helmet kepada Ash. Dania berbisik perlahan. Cukup untuk didengari
oleh Ash seorang.
“I wanna be
yours and complete your life”
Hampir jatuh
helmet ditangannya. Segera dia memandang Dania. Dania tersenyum lantas menuju
ke arah pagar yang sudah terbuka. Ash membalas senyuman Dania. Terasa dunianya
indah.
************************************************************************************************************
“Aireen, nak
pergi sekolah ke? Ade ape kat sekolah petang-petang macam ni?” Ramah Mak Idah
bertanya. Dari tadi dia melihat Aireen. Ralit dengan phone ditangan. Turun saja
dari tingkat atas, sudah bergerak ke dapur. Memenuhkan botol airnya. Kemudian
naik semula ke tingkat atas. Turun bersama beg galas dan set catur.
“A’ah. Ade
perjumpaan kelab chess.” Aireen membalas pertanyaan Mak Idah. Setelah pasti dia
tidak tertinggal barang. Segera dia melangkah ke pintu.
“Aireen pergi
dulu ye.” Pamitnya.
Mak Idah yang
sedang menonton tv mengangguk perlahan.
Aireen
tercengang. Pondok catur kelihatan lengang. Hanya ade seseorang.
‘Aik, mana
pergi semua orang. Bukan hari ni ade latihan catur ke. ‘ Aireen garu kepala. Dia berjalan
menuju ke pondok catur.
‘Eh, tu macam
Airil.’ Getus Aireen perlahan.
“Hye Reen!”
Airil menyapa.
“Ouh, hye Ril.
Mana ahli kelab yang lain? Bukan tadi Hannah cakap ade meeting ke?” Airil
menahan gelak mendengar soalan Aireen.
“Hmm, memang
hari ni ade meeting. Hannah ade bagi tahu tadi tapi last minute cancel. Dia ade
pesan kat Ril suruh bagi tahu Reen.” Jelas Airil membuatkan Aireen hampir jatuh
rahang mendengar penjelasan Airil.
‘Cis, buat
penat je datang.’
“Kenapa tak
bagi tahu tadi.” Aireen mengeluh. Geram melihat Airil.
“Dah Reen tak
tanya.”Airil ketawa lepas.
Airil berhenti
ketawa saat melihat Aireen sudah memasamkan muka. Tiba-tiba dia rindu akan
senyuman Aireen.
“Jom lawan
catur dengan Ril.” Buntang mata Aireen mendengar ajakan Airil. Namun, laju saja
dia bersetuju. Dia beranggapan Airil hanya tahu beraksi di padang.
Tetapi
ternyata tanggapannya meleset.
“Check mate!”
Ini kali ketiga Airil menuturkan perkataan yang menjadi tanda kemenangan dalam
perlawanan catur. Sekali lagi Aireen terkedu.
“Nak lawan
lagi?” Airil bertanya sinis.
‘Nak buli aku
lah tu. Macam mana dia boleh terror gila ni. Hisy.’ Hatinya berkata.
Aireen
menggelengkan kepala tanda dia tidak mahu meneruskan. Airil ketawa. Aireen
sakit hati dengan perlakuan Airil.
“One more time
please. Mana tahu lepas ni Reen pulak menang.” Airil memujuk.
Aireen
akhirnya mengalah. Mereka bermain sekali lagi. Kali ini, Aireen lebih berhati-hati.
Selepas beberapa ketika. Dia mengerutkan dahinya. Lantas dia memandang Airil.
Airil tersenyum seraya mengangguk.
Aireen
terkedu. Buah buah catur di atas papan menunjukkan sesuatu. ‘king’ putih milik
Airil mewakili huruf ‘I’. dua ‘pawn’, dua ‘rook’ dan ‘king’ hitam kepunyaan
Aireen mewakili huruf ‘U’. manakala bentuk love ditengah papan diwakili oleh
‘knight’ , ‘bishop’, ‘queen’, dan lebihan ‘pawn’.
“Reen.” Airil
bersuara perlahan. Aireen masih menekur memandang lantai. Tidak percaya dengan
apa yang baru saja terjadi.
“Reen, Ril
serious ni. Ril memang sayangkan Reen.” Pantas Aireen mendongak memandang
Airil. Dia dapat melihat jalur keikhlasan dalam mata Airil. Dia cuba untuk
tersenyum namun hambar. Seketika kemudian, bayangan wajah arwah Rayyan Hakimi
melintas di hadapan matanya. Segera dia bangun.
“Reen
nak balik.” Sepantas kilat dia berlari ke arah Honda Civic kesayangannya.
Terkesima Airil dengan kelakuan Aireen. Dia cuba untuk mengejar. Namun, kereta
milik Aireen sudah meluncur pergi.
“Nia, hari ni
kau drive eh?” Aireen menghulurkan kunci kereta kepada Dania.
Nelly dan Fazz
pelik melihat Aireen. Sejak semalam dia berkelakuan aneh. Sebaik sahaja pulang
dari menghadiri perjumpaan kelab catur, dia menguncikan diri di dalam bilik.
Sepanjang sesi pembelajaran tadi, Aireen hanya mendiamkan diri. Sebelum ini,
Aireen sering bertanya tentang soalan yang kurang difahaminya.
Aireen membuka
pintu kereta Honda Civic miliknya. Belum sempat dia memboloskan diri. Airil
menghalang. Aireen cuba untuk menarik kembali pintu yang berada dalam keadaan
separa tutup. Namun, tenaga Airil lebih kuat. Aireen langsung tidak mampu
menggerakkan pintu yang sudah dipegang kejap oleh Airil. Menghalangnya daripada
masuk ke dalam kereta.
“Reen,
please.” Airil merayu. Aireen memandang Airil.
Dania, Fazz
dan Nelly terkejut. Pelik dengan adegan di hadapan mereka. Belum sempat Nelly
bertanya. Airil terlebih dulu meminta mereka pulang. Dia menawarkan diri untuk
menghantar Aireen. Pada mulanya, mereka masih mahu menunggu Aireen tetapi
melihatkan kesungguhan Airil. Mereka akur.
“Kenapa Reen?
Ril betul betul sayangkan Reen. Kenapa tak nak terima Ril?” soal Airil.
Aireen masih
membisu. Kelu lidahnya untuk menjawab.
“Sorry, Ril.
Reen…”
“Reen masih
sayangkan arwah Rayyan Hakimi?” Belum sempat Aireen menghabiskan ayatnya,
pantas Airil mencelah.
Terkejut
Aireen mendengar kata-kata Airil.
“Ril tahu. Ash
pernah cerita pasal arwah Rayyan. Rayyan meninggal masa tengah race kan? Motor
dia terbabas.” Aireen terkedu. Dia tahu Ash adalah rakan lumba Rayyan. Tapi itu
dulu, selepas Rayyan terlibat dalam kemalangan, Ash sudah tidak terlibat dalam
perlumbaan haram.
“Bagi Ril
peluang. Memang Ril tak mampu nak ganti tempat Rayyan dalam hati Reen tapi
please.” Airil melutut di hadapan Aireen. Berkerut Aireen melihat pelakuan
Airil.
“Reen
sayangkan Ril juga.” Tutur Aireen perlahan antara dengar atau tidak. Dia tidak
berani memandang wajah Airil. Wajahnya dipalingkan ke kiri.
Airil terkejut
dengan jawapan Aireen. Namun, dia bersyukur dan gembira dengan jawapan itu.
“Jom lah
balik. Panas ni.” Selamba Aireen menuturkan. Padahal dia sudah resah dengan
pandangan mata Airil.
Airil membuka
pintu kereta Toyota Hybridnya. Aireen tersenyum dengan gelagat Airil.
************************************************************************************************************
Okay. Part ni memang panjang gila. Penat sangat tulis and part ni pun macam berat je. So, questions or comments?
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment