Sebaik sahaja loceng tamat persekolahan berbunyi. Pelajar
kelas 5S1 berpusu-pusu keluar. Yang tinggal hanya Aireen, Nelly, Dania dan
Fazz. Mereka kelihatan sibuk membincangkan sesuatu.
“Jom lah pergi tengok siapa punya Mitsubishi Evo tu. Suka hati je dia pergi
park kereta dia kat situ.”
“Okay.” Serentak Nelly, Dania dan Fazz bersuara. Menyetujui ajakan Aireen.
Laju langkah disusun ke tempat letak kereta yang sering kali digunakan untuk
memarkir Honda Civic Aireen. Mitsubishi Evo masih tersadai di situ. Selepas
beberapa minit, kelihatan tiga orang jejaka popular SMKPJ iaitu EJ, Ash dan
Airil menghampiri kereta tersebut. Terlopong mereka berempat melihat EJ menekan
punat pada alat kawalan automatik. Lantas Aireen menuju ke situ.
“Kereta siapa ni?” Tanya Aireen sambil
jari telunjuknya dihalakan ke arah kereta tersebut.
Terhenti seketika perlakuan EJ yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta.
Teragak-agak menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan Aireen.
“Kereta aku lah. Siapa lagi?” Selamba EJ menjawab.
“Kau tahu kan EJ, ni tempat kita orang park kereta. Kenapa kau park kat sini?”
belum sempat Aireen membalas, Nelly mencelah sambil bercekak pinggang.
“Suka hati aku lah.” EJ bersuara sinis sambil membaling-baling kunci keretanya
dan kemudian disambut kembali.
“Next time park lah kat tempat lain. Ni place kita orang lah.” Dania membalas
tenang sebelum Nelly mula bersuara.
Terkesima Ash dibuatnya apabila Dania membuka mulut.
Langsung ego yang ditunjukkan seketika tadi jatuh merudum dalam sekelip mata.
“Sorrylah Nia, EJ ni memang kepala batu. I dgn Airil dah bagi tahu dia tadi.
Dia buat tak tahu je.”
Hampir terduduk EJ dan Airil mendengar
suara Ash. Belum pernah Ash ni berlembut sebegini dengan perempuan kecuali
ibunya. Bukan tidak ada perempuan yang cuba memikatnya. Namun, Ash langsung
tidak ambil peduli. Sering kali dia terdengar rungutan peminat Ash mengenai
sikapnya yang sering kali bercakap kasar dengan perempuan daripada
teman-temannya. Peristiwa beberapa hari yang lalu di rumah Ash kembali menerjah
kotak fikirannya. Tanpa disedari bibirnya mengukirkan senyuman.
Seketika kemudian, Fazz sudah mencelah. Menyuruh mereka berbincang. Sepanjang
perbincangan berlangsung, mata Ash tidak lepas daripada memandang wajah Dania
membuatkan gadis itu tidak senang duduk. Fazz dan Aireen bertindak menenangkan
Nelly manakala Airil duduk di sebelah EJ bagi memastikan perang dunia ketiga
tidak meletus.
************************************************************************************************************
Dania melabuhkan badan di atas tilam empuk miliknya.
Terlintas wajah Ash di mindanya. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyuman.
Fazz sedang sibuk mengemaskini fail Kimia. Sesekali dia menyanyi mengikut lirik
lagu yang didengarinya ketika itu.
“Reen, aku nak share something ni?” suara Nelly memecah kesunyian.
Aireen yang masih ralit dengan novel di tangan memandang sekilas ke arah Nelly
dengan isyarat menyuruh Nelly menyambung bicaranya.
Seketika kemudian, Nelly menceritakan perangai Jimi yang berubah. Aireen yang
tadi ralit membaca novel lantas meletak novel itu di atas meja studinya. Dia
kembali ke katil saiz queen miliknya. Duduk berhadapan dengan Nelly dan
mendengar setiap patah bicara yang diceritakan oleh Nelly. Sepenuh tumpuan
diberikan kepada Nelly.
“Are you sure babe? So far aku tak pernah nampak dia buat
hal tapi haritu aku ade ternampak dia dengan sorang perempuan kat KLCC. Aku nak
pergi Kinokuniya cari novel. Then, err.. dia dengan perempuan. Maybe cousin or
kawan. So, aku buat tak tahu je lah.”
Berubah air muka Nelly saat Aireen
menceritakan perihal dia terserempak dengan Jimi dan seorang perempuan.
Belum sempat Aireen menyambung bicara, Nelly terlebih dahulu mengatur langkah
ke bilik peraduannya. Terkedu Aireen dengan tingkah Nelly. Perlahan dia
menggaru kepala yang tidak gatal.
*********************************************************************************
Kebiasaannya hari Sabtu, Aireen, Nelly, Fazz dan Dania akan
keluar menonton wayang atau berkaraoke. Disebabkan, minggu
berikutnya, Puan Hazirah ingin memberikan simple test kepada semua pelajar
kelas 5S1. Hasrat untuk keluar menonton wayang terpaksa
dibatalkan.
Meja makan sudah berselerak dengan pelbagai jenis buku
rujukan Fizik dan beberapa helai kertas. Tekun Aireen, Nelly, Dania dan Fazz
mengulangkaji pelajaran. Tumpuan mereka sedikit terganggu dengan kedatangan Mak
Idah yang menghantar minuman dan makanan buat mereka. Selepas mengucapkan
terima kasih, mereka berempat meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.
Jam sudah menginjak ke angka 5. Empat sekawan masih lagi
leka dengan buku rujukan, kalkulator, dan sebagainya. Apabila ditegur oleh Mak
Idah supaya mereka menunaikan solat Asar terlebih dahulu, barulah masing-masing
tersedar sudah agak lama mereka berada di situ.
“Hmm, you all, lepas solat ni kita pergi jogging nak? Malam
karang kita sambung study?” Dania bertanya.
“Okay. Aku no hal. Eh, aku naik dulu lah.” Pamit Aireen
sebelum berlalu ke tingkat atas.
Dania memandang ke arah Nelly
dan Fazz. Meminta persetujuan. Anggukan daripada Nelly dan Fazz membuatkan
Dania mengukir senyuman nipis.
************************************************************************************************************
Semua pelajar kelas 5S1 sudah berada di tempat masing-masing
kerana simple test Fizik akan bermula sebentar lagi.
Kertas sudah diedarkan. Ternganga Nelly memandang soalan
yang tertera.
‘Simple test lah sangat. Complex test lagi ade. Gila susah.
Fuhh’ Fazz berkata perlahan.
Aireen sudah berkerut-kerut memandang kertas soalan di
hadapannya. Seperti ade sesuatu yang tidak lengkap. Segera dia menuju ke
hadapan untuk berjumpa dengan Puan Hazirah.
‘Yes, perangkap mengena.’ Sofea sudah tersenyum sinis.
Perangkap? Siapa nak perangkap siapa? Nak tahu siapa yang kena perangkap. Don't forget to check out the next chapter. Anyhow, thanks for your comment and all. Thank you.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment