Aireen, Nelly, Fazz dan Dania
sudah berkumpul di bilik Nelly. Pelbagai kelengkapan make-up diletakkan di atas
meja studi. Sesudah menunaikan solat maghrib, mereka semua bersiap.
Aireen yang sudah siap bersolek
segera beredar ke biliknya untuk menukar pakaian diikuti Dania dan Fazz.
Phone Dania berbunyi. Lantas
Dania menjawab. Seketika kemudian, dia menuju ke tingkap bilik. Melihat ke
luar.
BMW 3 series tersadai megah di
hadapan bangle miliknya. Segera dia turun. Dia tersenyum tatkala disapa Mak
Idah.
Perlahan dia menapak ke arah Ash
yang sudah bersandar pada BMW 3 series.
“Wow, Beautiful!” Ternganga Ash
melihat Dania yang sedang menuju ke arahnya.
Dania tersenyum malu. Segera dia
meloloskan diri apabila pintu kereta di bahagian belakang dibuka.
“Kereta papa you ke?” Dania
bertanya.
Ash tersenyum sebelum menjawab.
“Yup, I pinjam dengan papa, sekali dengan driver I pinjam. Takkan nak bawa you
naik ducati dengan baju macam ni.”
Dania ketawa perlahan. Ayat
terakhir Ash dirasakan kelakar.
Fareez mengerling wajah Fazz
disebelahnya. Keadaan gelap di dalam Chevrolet Aveo miliknya menyebabkannya sukar
untuk melihat wajah Fazz dengan lebih jelas. Fazz yang perasan Fareez mencuri
pandang ke arahnya berdehem bagi menghilangkan resah.
“Hmm, Fazz.” Fareez bersuara
memecahkan kesunyian.
Fazz segera menoleh.
“Awak
nampak cantik malam ni.” Terpana Fazz mendengar pujian daripada Fareez. Dia
bergerak sedikit membetulkan kedudukannya. Selebihnya bagi menghilangkan resah
yang semakin kuat dirasakan.
Rakan-rakannya sudah menuju ke
Hotel Concorde. Nelly teringatkan Mr Z.A.
Tidak lama kemudian, dia
terdengar Mak Idah memanggilnya. Segera dia turun ke bawah.
Terkejut melihat EJ
sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.
“Pergilah Nelly. Nanti lambat
pula.” Mak Idah bersuara. Pelik melihat Nelly yang berdiri kaku.
“Jom.” EJ mengajak Nelly.
Terkesima Nelly mendengar suara EJ. Tidak kasar seperti selalu.
Bagai dipukau. Nelly mengikut
sahaja langkah EJ. Pintu Mercedes Kompressor c230 dibuka. Nelly
hairan melihat telatah EJ.
“Masuklah. Nak suruh aku dukung
kau ke.” Hilang terus sikap gentleman EJ. Nelly tersedar.
‘Ceh, aku ingatkan dah berubah
jadi Prince Charming.’ Gerutunya dalam hati.
“Okay, kita dah sampai.” Airil
memandang Aireen disebelahnya.
Aireen memaut lengan Airil.
Mereka berjalan seiringan. Saat tiba di pintu masuk Grand Ballroom. Pantas
Aireen meletakkan topeng Masquerade di mukanya. Airil sudah menyarungkan topeng
sebelum keluar dari kereta. Flash kamera membuatkan kepalanya pening.
“Reen, jom. Ril nak kenalkan
kawan-kawan Ril.” Aireen mengikut langkah Airil menuju ke arah kawan-kawannya.
Aireen hanya memandang tatkala
Airil meyapa rakan-rakannya.
“Reen, ni Hakim, Fikri, Hirdy,
Iskandar and last one I think you already know him, Fatimi.” Terkejut Aireen
melihat insan di hadapannya. Dia memandang Airil.
Airil tersenyum seraya berbisik “I
know everything about you, sayang.”
“Guys, ni the one and only Aireen
Idzreena. My love.” Airil memperkenalkan Aireen kepada rakan-rakannya.
Aireen cuba untuk mengukir
senyuman namun hambar.
“Hye, Kak Reen.” Fatimi menegur.
Aireen kaget. Namun teguran
Fatimi tetap dibalasnya. Airil disebelah tersenyum melihat kedua-dua insan di
hadapannya.
Airil kemudian mengajaknya duduk.
Lantas mereka bergerak menghampiri meja nombor 5. Kelihatan Ash dan Dania sudah
berada di situ. Begitu juga Fareez dan Fazz.
Seketika kemudian, EJ dan Nelly
tiba. Hampir jatuh rahang mereka berenam melihat dua manusia tersebut.
Dania menegur Aireen yang berada
disebelahnya. “Bukan dia nak pergi prom night ke? Ape kes boleh melepas sampai
sini. Dengan EJ pulak tu.”
Aireen angkat bahu.
EJ tidak punya pilihan. Hanya ada
satu tempat kosong iaitu disebelah Fareez.
Majlis sudah bermula. Fareez
memandang pelik ke arah EJ.
‘Dah break ke dengan Sofea?’
Hatinya bertanya.
EJ yang perasan Fareez sedang
merenungnya hanya buat tidak tahu. Beberapa minit kemudian, dia mencuri pandang
ke arah Fazz.
‘Ni bukan ke kawan Nelly.
Girlfriend baru dia ke?’ getus hatinya.
“Aku ingat kau datang dengan
Sofea.” Fareez bersuara. EJ terkejut. Dia tahu Fareez membencinya kerana dia
merampas Sofea. Tidak sangka Fareez akan menegurnya.
“Aku dah clash.” Fareez tergelak.
Dia sudah mengagak jawapan yang bakal keluar dari mulut EJ.
“Aku tak hairan pun kalau kau
dengan dia still together sebab aku dah ade orang lain.” Fareez menjelaskan
perkara sebenar.
Sofea. Sebaris nama yang
membuatkan persahabatan yang terjalin antara dia dan EJ putus begitu sahaja.
Namun, hari ini dia nekad untuk mencantumkan kembali hubungan yang telah
terbina sejak mereka masih kecil lagi.
EJ mengeluh. Dia kemudiannya
menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Fareez. Fareez menyambut.
Tersenyum kedua-duanya. Airil dan Ash berpandangan sesama sendiri. Akhirnya
mereka tersenyum.
************************************************************************************************************
“Perhatian semua. Okay, malam ni kita ade sesi
karaoke. So, anyone yang nak menyumbang or mensumbangkan lagu boleh membuat
penyertaan di meja urusetia.” Suara pengacara pada malam itu kedengaran.
“Saya nak pergi gents kejap.”
Fareez berkata kepada Fazz. Lantas, dia bangun meninggalkan Fazz yang
terkulat-kulat memerhatikannya. Keadaan Grand Ballroom yang agak gelap
menyukarkan pandangannya. Kelibat Fareez hilang begitu sahaja.
Beberapa minit kemudian,
terdengar muzik lagu Percaya Padaku dimainkan. Semua mata terarah ke pentas.
Hampir jatuh rahang Fazz tatkala melihat Fareez sudah berada di atas pentas
dengan mikrofon di tangan.
Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
Lampu utama pentas
terpadam. Kemudian, spotlight dipancarkan ke arah Fazz yang masih terpaku di
kerusinya. Seketika kemudian Fareez muncul dengan sejambak bunga di tangan. Dia
menyerahkan kepada Fazz. Fareez menyambung nyanyiannya sambil matanya tidak
lepas memandang wajah Fazz.
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
************************************************************************************************************
Seriously nak pengsan bila taip part Fareez ni. Sweetnya! Okay, behave you all. behave! Hmm, so, how? Puas hati? Ni, Wawa ade sertakan sekali lagu dia.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment