Perlahan sekali gerak langkah mereka bertiga. Seperti
pencuri saja lagaknya. Nelly, Dania dan Aireen sudah tersenyum sesama sendiri.
Ketukan di pintu bilik mengejutkan Fazz yang sedang melukis.
Pintu bilik dibuka perlahan. Terjengul wajah Nelly, Nia dan Aireen.
“Tadi cakap nak story pasal petang tadi kan? Hah, jangan nak
mengelak. Story cepat.” Aireen berkata sambil mata tajam menikam pandangan mata
Fazz yang tersengih mendengar arahan Aireen.
Nelly dan Dania mengambil tempat di atas sofa bed di sudut
bilik. Manakala Aireen sudah meniarap di atas katil sambil memangku kepala
dengan kedua belah tangannya. Buntang mata Fazz melihat telatah mereka bertiga.
Namun, segera dia mengambil tempat di atas katil.
“Hmm, actually tadi, memang lah aku dah janji nak call kau
Reen lepas aku habis training tapi battery phone tu pulak buat hal. Time-time tu
lah nak habis. Public phone tu pulak sengaja cari pasal. Bila aku masuk duit,
dia keluar balik.” Fazz mula bercerita. Teddy bear pemberian mamanya diambil
lalu dipeluk.
“Eh, jap..kau balik dengan siapa tadi?” Laju Aireen
mencelah.
Fazz menoleh ke arah Aireen. Masak benar dengan perangai
teman baiknya.
‘Aireen ni memang lah. Selagi tak puas hati, selagi tulah
tak tutup mulut perempuan ni.’
“Fareez tumpangkan aku. Dia nak pergi isi minyak kereta.
Then, dia nampak aku tunggu sorang-sorang kat depan pagar tu. Tu yang dia stop.
Then, dia offer nak hantar. Hari pun nak gelap. So, aku okay je lah.”
“Ohh.. macam tu.” Nelly dan Dania sudah memahami perkara
yang terjadi.
“Hmm, tapikan babe, tadi masa aku nak tukar baju. Aku nampak
Sofea, Yuni and Mimi.”
“Kenapa dengan diorang?” Pantas Aireen mencelah. Dia memang
tidak sukakan mereka bertiga. Setiap kali terserempak, dia dijeling. Aireen
hanya buat tidak tahu. Dia tidak suka ambil tahu akan hal orang lain.
“Ingat tak pasal kes kau kena tuduh meniru tu? Sofea punya
kerja lah. Dia yang letak kertas yang ade nota atas meja kau. Lepas tu dia
cover dengan kertas kajang. Masa tu kau pergi depan kan.” Fazz menceritakan hal
yang sebenarnya.
“Hah!” Buntang mata Aireen mendengar cerita Fazz. Dia yang
tadinya meniarap sudah bersila di atas katil.
‘Minah tu memang sengaja cari pasal kan. Hisy, apelah dosa
aku dengan dia.’ Aireen mengeluh dalam hati.
Nia bangun dan mengambil tempat di sebelah Aireen. Dia segera
menenangkan Aireen.
“Relax okay. Buat tak tahu je.” Dania memujuk Aireen.
“Mana kau tahu ni Fazz?” Nelly bertanya. Terkejut juga
dengan cerita yang baru didengarinya.
“Masa kat surau tadi, aku dengar.”
Aireen masih berdiam diri. Tak guna jika dia menghamburkan
kemarahan kepada kawan-kawannya. Bukan salah mereka. Seketika kemudian, dia
berjalan ke arah pintu bilik. Terkejut dengan perlakuan Aireen. Dania memandang
Nelly yang juga memandang ke arahnya. Fazz mengangkat bahu.
Beberapa minit kemudian, Aireen kembali ke bilik Fazz dengan
DSLR dan make-up set ditangan. Berkerut dahi Nelly. Fazz sudah menerpa ke arah
barang-barang pada tangan Aireen. Otaknya sudah dapat menangkap aktiviti yang
dimaksudkan Aireen dengan make-up set dan DSLR. Tersengih dia seketika.
“Nak buat ape dengan benda ni, Reen?” Soal Dania. Pelik.
Tadi bukan main marah lagi. Ni dah okay pulak. Dengan DSLR, make-up set bagai.
“Jom lah make up. Lepas tu ambik gambar.”
Nelly sudah meluru ke arah Fazz. Make-up set dibuka. Pantas
tangan memilih berus. Dania mengambil blusher. Fazz yang sudah memilih warna
eye shadow bergerak ke meja solek. Aireen tergelak melihat telatah mereka. Laju
tangannya menekan butang on pada DSLR kepunyaannya. Serentak bibirnya tersenyum
dan
“Say Cheese!”
************************************************************************************************************
Dania duduk di bangku kosong di hadapan koperasi. Menunggu
Nelly yang sedang membeli makanan.
“Hye. Boleh I tumpang duduk kat sini.” Dania mengangkat
kepala memandang Ash yang sedang menunjuk tempat kosong di sebelahnya.
“Sorry, come again.”
Ash tersengih seraya membalas. “Boleh I tumpang duduk kat
sini?”
Dania menganguk perlahan. “Duduklah. Ni kan tempat awam.”
Dia menekur pandangan ke arah lantai. Jantungnya terasa
berdegup kencang. Apabila terdengar Ash berdehem, dia mengangkat muka. Ash
dikerling sekilas. Melihat Ash sedang meneguk minuman. Pandangan dihalakan ke arah
Nelly. Gelisah dia seketika.
“Hmm, Nia. Can I have your phone number?” Ash bersuara
perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Dania.
“Err, nak buat ape?” Lurus Dania bertanya.
“Just wanna get to know you better.” Balas Ash sambil
mengenyitkan matanya.
Terkejut dengan jawapan Ash. Dia tersenyum. Nombor telefon
miliknya yang sedia terhafal disebut satu persatu. Ash mengulang nombor yang
disebut oleh Dania. Selepas pasti nombor tersebut sudah tersemat dalam
fikirannya, Ash menarik nafas lega.
“Okay lah, I nak masuk kelas. Thanks and don’t forget to
reply my text.” Segera dia berlalu selepas menuturkan kata.
Dania terkedu dengan telatah
Ash. Namun begitu, hatinya disapa bahagia.
************************************************************************************************************
Pagi Sabtu, Mak Idah meminta Aireen menemaninya ke Tesco.
Kebiasaannya, dia pergi bersama suaminya, Pak Karim, tetapi selepas menunaikan
solat Subuh, suaminya mengadu tidak sedap badan. Terpaksalah dia mengajak
Aireen. Nelly juga bersetuju untuk menemaninya sementelah tiada kerja yang
boleh dilakukan di rumah.
Aireen memarkirkan keretanya di parking lot Tesco Ampang.
Mereka bertiga kemudiannya berjalan menuju ke pintu masuk. Sewaktu melintasi Restoran Warung Santai, mata Nelly tertancap ke arah seseorang yang dikenalinya
bersama seorang perempuan.
“Jimi.” Perlahan dia menuturkan nama tersebut.
Mak Idah dan Aireen yang sudah berada di hadapan dipandang.
Langkahnya diatur ke tempat Jimi dan perempuan tersebut berada.
‘Mesra betul diorang ni. Makan bersuap bagai. Tak mungkin
sepupu. Kawan? Lagilah jauh.’ Hatinya berkata.
Aireen yang baru perasan Nelly tiada di sebelahnya pantas
menoleh ke belakang. Terkejut melihat Nelly menuju ke Restoran Warung Santai.
Dari jauh dia dapat melihat Jimi sedang berada di situ.
“Patutlah.” Desisnya.
“Kenapa ni Aireen?” Mak Idah bertanya.
“Hah, takde ape. Hmm, Mak Idah, Aireen nak pergi toilet lah.
Mak Idah masuk dulu ye. Nanti Aireen datang.” Dalih Aireen.
Belum sempat Mak Idah membalas. Aireen sudah berlalu pergi.
Mak Idah menggeleng perlahan.
“Jimi! Apa ni. Siapa perempuan ni?” Hampir terlompat Jimi
mendengar suara itu. Pantas mata dihalakan ke arah Nelly.
************************************************************************************************************
Hah! Ape jadi kat Jimi? Wait for next chapter okay. As usual. Any comments or anything? I'll accept it.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment