Krinngggg.. loceng persekolahan bermula. Kelihatan pelajar-pelajar SMKPJ berpusu-pusu
memenuhi tapak perhimpunan sebelum suara ‘guru kesayangan’ a.k.a Encik Baharom
merobek telinga.
Di suatu sudut, kelihatan empat sekawan sedang berbual mesra sambil mengatur
langkah ke tapak perhimpunan.
“Eh, Nelly. Kejap lagi teman aku pergi koperasi. Nak beli
pen biru.” Fazz bersuara
“Hah, yelah. Anyway Nia, nanti pinjam buku Bio. Aku nak tiru.” Nelly atau
pemilik nama Nailly Nadiyya bertanya kepada rakan baiknya Dania Arisya.
“Kau buat ape semalam sampai tak siap homework. Bergayut lah
tu. Wake up Nelly! We are in form 5. SPM kot tahun ni.” Belum sempat Dania
bersuara, Aireen terlebih dulu membuka mulut.
“Alaa, Jimi call lah. Dia dapat free call
semalam. Bukan selalu pun dia call aku.”
“Bukan tak boleh tapi please jangan lah sampai tak siap homework….”
“Eh, you all. Senyap lah. Orang tengah baca doa.” Dania yang dari tadi membisu
segera menyampuk.
Selepas
mendengar beberapa pesanan daripada guru bertugas, semua murid bergerak masuk
ke dalam kelas. Tidak terkecuali, empat sekawan iaitu Aireen, Dania, Nelly dan
Fazz.
************************************************************************************************************
“Eh,
you all, tunggu aku kat kereta eh, aku nak pergi jumpa cikgu Rozita. Nah, kunci
kereta. Jangan lupa start enjin.” Kata Aireen sambil menghulurkan kunci kereta
Honda Civic miliknya sebelum melangkah keluar dari kelas 5S1.
“Nak buat ape pulak lah si Aireen ni.” Fazz atau nama sebenarnya Fazzlyn
Syazwani mengomel
“Biarlah dia, dah jom.” Nelly sudah menarik tangan Fazz supaya segera
mengikutinya.
************************************************************************************************************
“Ash, cuba tengok tu girls of the year kat situ. Jom kacau.” Belum sempat
Danial Ashraff memberi persetujuan, terasa tangannya ditarik oleh rakan
baiknya, Zarief Aiman.
“Hye
girls!” Zarief atau mesra dengan panggilan EJ. Playboy SMKPJ menyapa Nelly,
Dania dan Fazz yang sedang berehat di atas bangku kosong berhampiran kereta
Honda Civic milik kawan baiknya, Aireen.
Dania yang perasan dengan kehadiran Zarief sudah menjeling tajam.
“You all boleh tak jangan nak menyemak kat sini.” Nelly bersuara keras.
“Alah, takkan nak tegur pun salah. Sombong betul you ni.” EJ bersuara sinis
membakar hati Nelly yang sememangnya sedia panas dengan keadaan cuaca pada
petang itu.
“Dah
la EJ, just get off. Kita orang nak balik dah ni.” Lembut suara Dania
menjengah ke telinga Danial yang sedari tadi asyik merenung wajah Dania
sehinggakan wajah putih mulus di hadapannya sudah merona kemerahan.
Belum sempat EJ bersuara. Segera Danial memotong.
“Err, sorry Nia. EJ ni memang lah, sehari tak jumpa perempuan tak lengkap hidup dia.” Segera dia
menarik tangan EJ menjauhi mereka.
Sejurus
kelibat EJ dan Ash menjauhi mereka, segera Fazz menghidupkan enjin
kereta Honda Civic. Dia yang sedari tadi sibuk menelaah majalah hiburan yang
baru dibeli di 7E tidak berapa peduli dengan adegan sebentar tadi. Helaian
majalah disebak kembali.
Beberapa minit kemudian, Aireen muncul lantas meloloskan diri ke tempat duduk
pemandu. Dikerlingnya sekilas wajah Nelly yang masam mencuka seperti baru
menelan sebotol cuka saja lagaknya.
Niat untuk bertanya dipendam begitu sahaja tatkala terasa diri sudah kepenatan.
Dalam fikirannya hanya satu. Mandi!
************************************************************************************************************
“Assalamualaikum Mak Idah.” Lemah sekali suara
empat gadis manis memberi salam membuatkan wanita tua yang diupah untuk menjaga
mereka berasa hairan.
Lantas, langkah diatur mendapatkan empat orang gadis tersebut yang
masing-masing sudah terduduk di atas sofa di ruang tamu.
“Kenapa kamu semua ni? Penat sangat ke? Tak bermaya je Mak Idah tengok.” Suara
Mak Idah memecah kesunyian.
“Penat lah Mak Idah, Aireen naik dulu ye.” Pamit pemilik nama Aireen Idzreena
atau lebih mesra disapa Aireen.
Langkah
Aireen diikuti oleh Nelly dan Dania. Belum sempat kaki memijak anak tangga
pertama, Dania berpaling mencari kelibat Mak Idah.
“Mak Idah, nanti ajar Nia buat puding roti eh.”
Apabila melihat Nelly, Aireen dan Dania sudah bergerak masuk ke kamar
masing-masing. Segera dia angkat kaki sambil menyapa Mak Idah yang
terkulat-kulat melihat tingkah empat gadis yang sudah dianggap seperti anak
sendiri.
************************************************************************************************************
Fazz sedang sibuk mengulangkaji subjek Add Math. Manakala
Aireen sedang menonton televisyen. Nelly masih sibuk dengan Blakberry
kesayangannya. Dania pula berada di dapur, sedang belajar cara-cara membuat
puding roti daripada Mak Idah.
Pak Karim yang baru pulang daripada menunaikan solat Asar di masjid tersenyum
melihat tingkah mereka berempat.
‘Ralit betul diorang ni. Sampai aku lalu pun diorang tak
perasan’ Pak Karim bermonolog.
Langkahnya disusun sehingga sampai bilik yang dihuni bersama Mak Idah,
isterinya.
************************************************************************************************************
So, what do you think. Cubaan pertama okay. Tu pun jenuh fikir idea. Cerita SEINDAH DUNIA ni ade sambungan. So, don't worry. Esok, In Shaa Allah Wawa post part 2 pulak okay. Give me some feedback. So, then Wawa boleh perbaiki mana yang kurang tu.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke. SORRY!
0 compliments:
Post a Comment