Nelly masih terperap dalam
biliknya. Peristiwa di Restoran Warung Santai kembali menghiasi fikirannya.
“Wait, Nelly. I can explain.”
Jimi sudah tidak tentu arah.
Gadis bersama Jimi menala
pandangan ke arah Nelly. Pelik melihat Nelly tiba-tiba datang dan menyerang
teman lelakinya.
‘Apa kes pulak minah ni. Datang
entah dari mana.’ Hatinya berkata.
“Eh, Jimi. Kenapa kau buat Nelly
macam ni. Dulu aku pernah terserempak dengan kau kat KLCC, tapi time tu kau
dengan perempuan lain. Bukan dia ni.” Aireen yang baru tiba di situ pantas
bersuara sambil tangannya lurus menunjuk ke arah perempuan gadis di hadapan
Jimi.
Hampir jatuh rahang Jimi
mendengar kenyataan yang dikeluarkan Aireen. Tangannya terasa laju ingin
menutup mulut Aireen.
“Nak explain ape lagi. Oh, selama
ni, kau curang lah. Ni yang keberapa?” Soal Nelly geram.
Gadis yang bersama Jimi tadi juga
terkejut mendengar ayat yang ditutur oleh Aireen. Serentak matanya tajam
menikam wajah Jimi. Kalau ikutkan hati, terasa ringan tangannya ingin menampar
wajah playboy di hadapannya.
“Nelly, duduk dulu. Malu lah
orang tengok.” Aireen menarik kerusi berhampirannya.
Selepas didesak. Akhirnya Jimi
mengaku. Sememangnya dia layak ditampar. Sesuka hati ingin pasang empat dalam
satu masa. Nelly sudah tidak terkata apa saat mendengar pengakuan Jimi. Dia
segera bangun. Sebelum berlalu, tangannya sempat mencapai teh tarik di atas
meja lalu dicurahkan ke atas kepala Jimi. Hampir jatuh rahang Aireen melihat
perlakuan teman baiknya.
‘Fuhh, berani betul Nelly ni.’
Desis hatinya sebelum menyaingi langkah Nelly.
Jimi
terkejut. Terasa kepalanya basah. Beberapa saat kemudian, gadis dihadapan Jimi
mengambil horlick ais di hadapannya lalu mencurahkannya ke atas Jimi. Terpaku
Jimi dengan perlakuan teman wanitanya.
************************************************************************************************************
Aireen sudah bersiap-siap. Shawl
yang sering digunakan segera dililit di kepalanya. Puas hati dengan
penampilannya, Aireen menapak keluar.
Riuh sekali suara Dania dan Ash
di halaman rumah.
Terkejut Dania melihat Aireen
dengan handbag ditangan sedang menyarung pump shoes.
‘Nak pergi mana pulak si Reen ni.
Lawa semacam je.’ Desis Dania.
Aireen tersenyum melihat Ash dan
Dania. Langkah dipercepatkan menghampiri Honda Civic kesayangannya.
“Hye, Reen.” Ash menyapa.
“Hye, Ash. Seronok jumpa buah
hati.” Aireen mengusik Ash.
Ash ketawa lepas. Dania sudah
menjegilkan matanya.
“Kau nak pergi mana Reen?” Soal
Dania.
“Nak isi
minyak kereta. Lepas tu nak pergi Ampang Point cari novel. Bye!” Aireen membalas sambil
melambaikan tangan.
************************************************************************************************************
Aireen berjalan pantas menuju
kedai buku Popular.
“Ahh.” Terjerit kecil Aireen apabila terasa dia
dilanggar.
‘Aduh, sakitnya. Sape pulak lah yang langgar aku ni.’ Aireen mengomel
sendirian.
Serba salah Airil seketika. Dia
tidak sengaja terlanggar Aireen. Dia tidak berapa menumpukan perhatian. Dia
sedang membalas mesej mamanya yang meminta dia membelikan sesuatu. Segera dia
mencangkung di hadapan Aireen yang masih terduduk. Kesian melihat Aireen.
“Err, sorry. Tak sengaja.” Airil
bersuara perlahan. Tangan dihulurkan kepada Aireen.
Tercengang Aireen melihat Airil menghulurkan
tangannya. Beberapa saat kemudian dia tersedar. Pantas, dia berdiri.
“Sokay. Takpe. Reen pun tadi
jalan laju. Tak pandang kiri kanan. Eh, okay lah. Reen nak pergi Popular ni.”
Cepat-cepat dia berlalu.
Tercengang Airil dengan telatah
Aireen. Pandangannya dihala ke arah sesuatu di atas lantai. Betul-betul
bersebelahan dengan tempat Aireen jatuh seketika tadi. Lantas Airil mengutip
iPhone milik Aireen. Tersengih dia melihat barang di tangannya.
‘Bertuah gila aku hari ni. Tak
payah susah susah nak fikir cara nak dapatkan nombor phone Aireen.’
Aireen masih leka memilih novel.
Tangan diraba ke poket seluarnya. Berkerut dahinya.
‘Eh, mana pulak iPhone aku ni?
Takkan hilang pulak.’ Aireen mengeluh.
Berpusing dia memandang sekeliling.
Mencari iPhone miliknya yang kemungkinan jatuh berhampirannya.
“Reen cari ni ke?” Terkejut
Aireen dengan suara yang didengarinya sambil matanya menghala ke arah sesuatu
yang amat dikenalinya.
“Eh, Ril. Mana jumpa ni?” Pantas
Aireen mengambil iPhone ditangan Airil.
“Terjatuh kot tadi. Ril jumpa kat
tempat Reen jatuh tadi.” Balas Airil sambil tersenyum.
Mereka berbual seketika. Memilih
novel. Airil teringat, mamanya meminta dia membeli novel tadi. Airil tersengih.
Dia meminta Aireen memilih novel. Tercengang Aireen. Namun, dia tetap memilih
novel yang disukainya. Novel ‘Sebenarnya, saya isteri dia’ dihulurkan ke pada Airil.
Aroma nasi ayam memenuhi ruang
dapur. Dania, Fazz dan Aireen sudah bersedia di meja makan. Kecur air liur
melihat juadah yang terhidang.
“Nelly mana?” Fazz bersuara
apabila terperasan Nelly tidak berada di situ.
“Biar aku panggil.” Aireen sudah
berlalu ke tingkat atas.
Aireen mengetuk pintu bilik
Nelly. Berhati-hati dia menguak pintu bilik. Nelly masih terbaring di atas
katil. Perlahan dia merapati katil. Bahu Nelly ditepuk perlahan.
“Nelly, bangun. Jom turun makan.” Aireen berkata perlahan.
Nelly
mencelikkan mata. Pandangannya dihalakan ke arah Aireen. Tangannya terasa
ditarik. Dia mengeluh perlahan.
************************************************************************************************************
Aireen berada di biliknya.
Homework yang bertaburan di atas meja studinya diambil. Segera dia
menyiapkannya. Leka seketika. Buku rujukan yang disusun pada rak buku
berhampirannya dicapai. iPod nya dipasang. Lagu ‘Give your heart a break’
bergema di ruang bilik yang sederhana besar saiznya. Mendengar lagu yang
dimainkan. Fikirannya melayang. Teringat akan seseorang yang dicintainya. Walau
sudah beberapa tahun tidak bertemu dengan Rayyan Hakimi, namun rasa itu tetap
kuat dirasakan.
Tanpa disedarinya, air matanya
menitis. Tangannya leka mencoret patah-patah perkataan di atas sekeping kertas.
Kertas tersebut kemudiannya direnyuk lalu dicampakkan ke dalam bakul sampah.
Seketika
kemudian dia tersedar. Dia sepatutnya menyiapkan homework yang bertimbun
bukannya menangisi seseorang yang sudah pergi menemui penciptanya. Al-Fatihah
disedekahkan kepada arwah Rayyan Hakimi.
************************************************************************************************************
“EJ, kau buat ape tu. Woi, bola
depan mata tu tak nampak ke?” tegur satu suara.
Bola melantun di hadapan matanya.
Pantas dia mengambil bola tersebut.
Latihan bola tampar pada petang
itu dirasakan tidak lengkap. Dia tidak dapat menumpukan perhatian.
Sekumpulan
pelajar perempuan yang sedang melaungkan namanya sudah tidak dipedulikan.
Sebelum ini, dia akan tersenyum sekiranya pelajar perempuan melihat dia
berlatih dan bersorak sambil melaungkan namanya. Terasa seperti dia lebih
bersemangat. Namun hari ni, dia terasa lain. Kehadiran pelajar perempuan
langsung tidak memberikan makna. Dia mengeluh saat terdengar namanya dipanggil
oleh jurulatih.
************************************************************************************************************
Haih.. something bad happened to me just now. Suddenly account blog ni tak boleh bukak. Fuhh.. hampir jatuh rahang. hahaha.. Actually tersalah type email.. Hehehe..Hmm, mcm mane part 6? okay tak? thanks to all viewers.
P/s: Kalau typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment