“Cuba
tengok kat sana tu. Aku menyampah betul kot dengan diorang.” Sofea, gadis
perasan cantik yang begitu mencemburui kehidupan yang dimiliki oleh Aireen,
Nelly, Dania dan Fazz sudah menunding jari ke arah mereka berempat yang
kebetulan sedang membelek deretan jam tangan yang tersusun megah di kaunter
sebuah kedai jam.
“A’ah kan. Aku pun tak suka dengan diorang.” Sokong Yuni, kawan kepada Sofea.
“Nelly, cuba tengok tu. Ala, brand Swatch, warna biru tu, cantik kan?” Dania menunjuk ke arah jam
tangan biru yang berada dalam kotak kaca.
“Biasa je aku tengok. Tu yang belakang tu. Lagi awesome.”
“Nak beli ke tak ni. Cepat lah. Wayang nak start dah ni.”
Aireen bersuara setelah melihat keletah teman baiknya bertekak mengatakan jam
pilihan masing-masing lebih menarik.
Menyedari tayangan cerita
Skyfall akan bermula sebentar sahaja lagi. Pantas langkah disusun.
*********************************************************************************
“Eh, macam kenal je dia ni.” Raimy Arshad berkata perlahan.
Segera dia menapak ke arah gadis tersebut.
Fazz dan Dania masih berada di dalam toilet.
“Lambat lagi ke diorang ni? Lapar lah.” Aireen sudah membebel tidak puas hati.
Nelly menggeleng perlahan. “Sabarlah, biasalah lepas habis movie memang lah
toilet penuh.”
Aireen mencebik. Masih tidak puas hati.
“Hye, Aireen Idzreena kan?” Raimy menegur insan di hadapannya.
Terkejut dengan teguran tersebut. Segera Aireen memandang si empunya suara.
Puas dia memikirkan siapakan gerangan lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri
sambil tersenyum memandangnya.
‘Siapa pulak lah mamat ni? Muka dia macam pernah tengok tapi kat mana eh?’
‘Amboi adik aku ni, dah tak kenal ke dengan aku. Muka aku ni
dah berubah ke. Aku rasa sama je.’ Raimy memandang wajah Aireen yang
berkerut-kerut. Tersenyum dia seketika.
“Eh, jap. Ni abang Raimy kan?” Aireen bersuara.
“Nasib baik kenal.” balas Raimy sambil tersenyum nakal.
“Mana boleh tak kenal. Ni kan abang kesayangan Aireen. By the way, Nelly, yang
kacak bergaya ni abang angkat aku.” Tergelak Raimy mendengarkan bicara Aireen.
“Abang, ni best friend Aireen, Nailly Nadiyya.”
“Hye!” Sapaan Raimy dibalas dengan senyuman oleh Nelly dengan Blackberry masih
ditangan.
Mereka berbual sambil menunggu Fazz dan Dania. Banyak betul perkara yang
dibualkan sehinggakan Fazz dan Dania sudah berada di situ pun tidak disedari.
Mereka berlima kemudian beriringan ke Restoran Pizza Hut bagi mengisi perut.
Seharian mereka menghabiskan masa di Midvalley Megamall. Nelly dan Jimi sudah
membawa haluan sendiri. Manakala Fazz dan Dania menghabiskan masa berkaraoke.
Aireen dan Raimy tidak melepaskan peluang bercerita mengenai perkara-perkara
yang terjadi dalam hidup masing-masing selama mereka berjauhan. Aireen begitu
teruja dapat bersua kembali dengan Raimy. Lelaki yang telah dianggap seperti
abang kandungnya sendiri. Kebaikan Raimy yang sering kali mengambil berat akan
dirinya menyebabkan dia menyayangi Raimy. Malah, dia juga kenal dengan tunang
Raimy, Merlissa.
*********************************************************************************
EJ dan Ash sedang bermain video game. Seketika Ash terlihat bayangan Dania di skrin. Terleka seketika sehinggakan game
sudah tidak dipedulikan.
EJ yang perasan dengan gelagat rakan baiknya segera menepuk
bahu Ash. “Woi, kau kenapa? Angau?”
Terkulat-kulat EJ apabila terasa bahunya ditepuk.
“Err..err..” Pecah tawa EJ melihat Ash tergagap-gagap menjawab pertanyaannya.
“Hmm.. Weh, EJ, aku rasakan. Aku suka Nia lah?” EJ yang sudah berdiri untuk
mengambil iPhone yang dicharge kembali duduk.
Buntang matanya memandang Ash. Pipinya ditumbuk berkali-kali. Sakit!
‘Biar betul Ash ni, selama ni berjuta perempuan kejar dia
tak layan pun. Ni boleh pulak tersangkut dengan si Nia. Wait! Nia? Kawan Nelly?
Fuhh. Biar betul Ash ni’
Zarief sudah merencana idea. Pelik. Satu perkataan yang bermain di fikiran Ash
apabila melihat wajah EJ berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
Terdetik untuk bertanya. Namun hasrat tersebut dibatalkan saat terdengar
ketukan di pintu.
************************************************************************************************************
Pagi itu, Fazz bangun awal. Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan
sebagai seorang Islam, dia turun ke dapur. Kosong!
‘Mak Idah tengah solat kot, biar aku lah yg buat breakfast hari ni.’
Fazz tersenyum sambil merapati peti ais. Dia membuka pintu
bahagian sejuk beku. Meneliti bahan basah yang boleh dijadikan perencah. Pantas
sahaja tangannya bekerja. Tidak sampai setengah jam, makaroni goreng siap
disediakan.
Selepas mencuci perkakas dapur yang digunakan. Fazz segera
kembali ke bilik untuk bersiap ke sekolah.
“Hmm, sedapnya bau. Mak Idah masak apa pagi ni.” Suara Dania sudah kedengaran.
Senyap. Dania kehairanan apabila tiada balasan daripada Mak Idah. Pantas
langkah diatur ke dapur sambil matanya meliar mencari kelibat Mak Idah.
“Ya Allah, dah pukul berapa ni. Sarapan pun tak siap lagi ni.” Mak Idah tersedar.
Laju dia bergerak ke ruangan dapur sambil mengeluh kesal.
Bertembung dengan Dania di pertengahan jalan. Pelik dengan pertanyaan Dania
tentang Makaroni goreng. Mak Idah menggaru kepala yang tidak gatal.
Nelly dan Aireen yang baru sahaja menampakkan muka di ruangan dapur ini semakin
pelik dengan gelagat Dania dan Mak Idah. Bau yang membuka selera masing-masing
membantutkan hasrat untuk bertanya. Lantas, makaroni goreng disenduk ke dalam
pinggan.
“Morning everyone! Dah rasa makaroni yang Fazz buat? Sedap tak?” ceria Fazz
menyapa rakan-rakannya yang sedang bersarapan.
Baik Nelly, Aireen, Dania mahupun Mak Idah, masing-masing tersengih. Terungkai
segala misteri yang berlaku seketika tadi.
************************************************************************************************************
Fokus Dania masih pada pemanduannya.
Jalan ke SMKPJ agak sesak pagi itu. Siaran Hot fm am krew di radio langsung
tidak dipedulikan.
‘Aik, kereta siapa pulak ni? Ni bukan tempat yg biasa Aireen
park kereta ke? Macam mana pulak ade kereta lain ni? Ke aku salah tempat ni?’
Bertalu-talu soalan singgah di benaknya.
“Eh, Reen, ni place yang biasa kau park kan? Kenapa ade kereta lain park kat
sini?” Serius suara Dania menampar gegendang telinga Aireen membuatkan
perlakuannya terhenti. Segera pandangan dihalakan ke tempat yang ditunjuk oleh
Dania.
Hampir jatuh rahangnya melihatkan tempat yang sering kali digunakan untuk
memarkir Honda Civic kesayangannya telah memuatkan sebuah Mitsubishi Evo. Nelly
dan Fazz yang berada di seat belakang juga sudah mempamerkan muka tidak puas
hati.
*********************************************************************************
So, nak tahu milik siapa Mitsubishi Evo tu? Just wait for next part. And yes, billion thanks to all the viewers. any ideas? comments? I'll accept every single one.
P/s: kalau ade typo ke ape ke. SORRY!
0 compliments:
Post a Comment