Nelly
bersendirian menunggu EJ.
“Hye.
Sorang je.” Tegur Haikal.
Nelly
memandang pelik Haikal dihadapannya. Dia berpaling mencari kelibat EJ. Namun,
hampa. Seketika kemudian, dia ternampak kelibat EJ dan seorang perempuan.
Mesra. Hatinya dijentik rasa cemburu.
Nelly
kemudiannya berbual-bual kosong dengan Haikal. Dia langsung tidak mengenali
jejaka di hadapannya. Dia hanya melayan Haikal disebabkan perasaan cemburu yang
mengusai hatinya ketika itu.
EJ
yang teringat akan Nelly yang sedang menunggunya segera menuju ke arah Nelly. Hampir
jatuh rahangnya melihat Nelly sedang berbual dengan Haikal. Segera menghampiri
mereka.
Nelly
terkejut melihat EJ. Haikal tersenyum sinis memandang EJ. Wajah EJ sudah merah
padam. Menahan amarah.
Segera
dia berlalu. Nelly terpempan. Segera dia meminta diri. Langkah EJ dikejar.
Nelly
mengeluh perlahan melihat EJ sedang bersandar pada pintu kereta Mercedes
Kompressor c230. EJ perasan Nelly berada di situ. Lantas dia memandang Nelly.
“Apesal
ikut aku. Pergi lah layan Haikal.” EJ bersuara.
Nelly perasan riak wajah EJ sudah berubah. Dia memberanikan diri menjawab. “Kenapa dengan kau ni? Takkan bila orang tegur aku nak senyap je. Nanti orang cakap aku sombong pula.”
“The
problem is Nelly, dia tu buaya tembaga tahu tak.” EJ tidak puas hati dengan
jawapan Nelly.
“Habis
kau, buaya emas? Kau layan perempuan lain boleh. Aku layan Haikal tak boleh.”
Nelly membalas. Sakit hati dengan jawapan EJ.
“The
problem is miss Nailly Nadiyya, aku just layan perempuan yang approach aku tapi
Haikal tu pantang nampak perempuan dahi licin. Semua dia nak sapu. For your
information Nelly, aku tak suka kau layan dia sebab aku suka kau. Kau lain, kau
tak tergedik-gedik suka kat aku macam perempuan lain. Aku jealous
tengok kau gelak gelak bila cakap dengan dia tapi bila dengan aku, kau tak
pernah pun buat macam tu. Dengan aku, kau just tahu melenting and marah-marah.”
Puas hati EJ setelah dapat melepaskan semua yang terbuku di hatinya.
Nelly tergamam mendengar penjelasan EJ. Tumpah air matanya. Baru
sahaja dia ingin bergerak menghampiri EJ, EJ sudah masuk ke dalam
kereta.Beberapa saat kemudian, Mercedes Kompressor c230 meluncur pergi.
*********************************************************************************
“Ape
yang jadi ni Nelly?” Aireen menoleh ke belakang, melihat Nelly yang masih
bersedih.
Dia
pulang dengan Airil dan Aireen kerana EJ meninggalkannya.
Nelly
menceritakan kepada Aireen dan Airil. Aireen terkejut. Airil hanya tersenyum.
Dia tahu EJ menyukai Nelly.
“So,
what’s your plan, Nelly?” Airil yang sedang memandu bersuara.
“Esok
hari Ahad kan? Aku ingat nak buat cup cakes. Nak minta maaf dengan EJ. Korang
tolong aku boleh?” Nelly menyuarakan hasratnya.
Aireen
memandang Airil disebelahnya. Airil mengangguk.
************************************************************************************************************
Nelly tersedar tatkala Azan Subuh berkumandang. Selepas menunaikan kewajipannya
sebagai umat Islam, dia menuju ke dapur.
Mak
Idah sedang menyiapkan sarapan pagi. Terkejut melihat Nelly di situ. Sempat dia
berpesan kepada Nelly bahawa dia ingin pulang ke kampung dan akan pulang malam
nanti.
Nelly mengeluarkan bahan-bahan membuat kek cawan yang memang sudah
tersedia di dalam kabinet.
Bunyi
loceng kedengaran. Segera Aireen membuka pagar. Dania sudah membuka pintu.
“Hye,
Ash, Airil.” Dania menyapa.
“Tak
nak ajak we all masuk ke?” Ash bertanya sambil tersengih.
“Tak
payah masuk. Duduk je kat luar ni.” Dania tergelak. Ash mencebik.
Aireen
hanya tersenyum melihat telatah Ash dan Dania.
“Masuklah Ril.” Aireen menjemput Airil masuk.
************************************************************************************************************
“Ash,
ade something kat pipi you.” Dania menegur Ash yang sedang membelek bahan-bahan
membuat kek.
Danial
Ashraff sudah meraba-raba pipinya. “Mana? Takde pun. You tipu eh?”
“Kejap,
biar I lap dengan tisu.” Dania bergerak mendekati Ash.
“Nia!”
Bergema banglo dua tingkat itu dengan suara Ash.
“Mana
you nak lari? Tengoklah kalau I dapat you.” Ash mengugut Dania sambil menyapu
mukanya yang sudah putih dengan tepung.
Dania
menjelirkan lidah ke arah Ash. Segera dia berlari ke ruang tamu. Ash mengejar
Dania. Terlopong Nelly melihat gelagat mereka berdua. Gamat banglo itu dengan
suara mereka.
“Ril,
nak buat macam mana ni? Macam pelik je.” Aireen merengek sambil menunjukkan
barang di tangannya.
Pecah
tawa Airil melihat belon ditangan Aireen. Langsung tidak ade rupa pedang.
Aireen berpeluk tubuh. Lantas novel di atas meja dicapai. Airil hanya tersenyum
melihat telatah gadis kesayangannya. Dia bergerak menghampiri Aireen lalu duduk
disebelahnya.
“Merajuk
ke?” Airil bertanya bodoh.
Aireen
sakit hati dengan pertanyaan Airil. Dia bangun lalu menuju ke dapur. Beberapa
minit kemudian, dia kembali dengan mug di tangan lalu dihulurkan kepada Airil.
Airil terkesima. Namun, tetap menyambut mug tersebut seraya mengucapkan terima
kasih.
Aireen
sedang membaca novel. Airil sudah tertidur sambil kepalanya dilentokkan pada
bahu Aireen.
Aireen
menoleh. Tersenyum dia seketika melihat wajah Airil. Tenang. Dia menoleh ke
dalam rumah. Kelihatan Dania dan Ash sedang bermain PS3.
Seketika
kemudian, dia terasa seperti ade air yang tepercik ke arahnya. Aireen
mendongak memandang langit.
“Ril,
bangun. Nak hujan ni.” Aireen mengejutkan Airil.
Airil
tersedar. Dia menggeliat sambil bibirnya mengukir senyuman.
‘Best
gila tidur atas bahu Aireen.’ Hatinya berkata.
Ash
dan Dania masih memancutkan air ke arah Airil dan Aireen yang berada di taman.
Terkekek-kekek mereka ketawa melihat gelagat Airil dan Aireen.
“Eh
jap, Ril dengar tak suara tu?” soal Aireen.
Airil
mengangguk. Serentak mereka menoleh. Buntang mata mereka melihat Dania dan Ash.
“Nia,
Ash!” Naik satu oktaf suara Aireen.
“Err…Nia, you know what to do right?” Ash
menoleh ke arah Dania.
“Run!”
Serentak mereka berlari ke dalam rumah. Aireen dan Airil pantas mengejar mereka
berdua. Tunggang langgang kedudukan perabot dalam banglo dua tingkat milik
Dania, Aireen, Nelly dan Fazz.
Tercengang
Fazz dan Fareez melihat keadaan dalam rumah itu. Aireen, Airil, Dania dan Ash
sedang ralit dengan rancangan di televisyen. Plastik berisi barang yang dipesan
Nelly dibawa ke dapur.
“Ape
jadi kat luar tu?” Fazz menyoal Nelly yang sedang menaburkan cip coklat di atas
kek cawan.
“Kau
pergi tanya diorang?” Nelly menjawab.
“Dah
siap ke Nelly?” Fareez bertanya sambil matanya meliar ke sekitar dapur. Nelly
mengangguk.
"Mesti
main perang-perang ni.” Katanya perlahan.
Fazz
tergelak. “Memang baru lepas perang lah ni. Tu yang tergolek kat depan.”
“Hmm..
ye lah tu. Nanti Fareez tolong pujuk EJ. Ajak dia datang sini eh?” Nelly
bertanya sambil memandang Fareez.
Fareez
serba salah.
“Awak
pergilah. Bawa dia datang sini.” Fazz bersuara.
************************************************************************************************************
You all rasa EJ datang tak? Check out the next part kalau nak tahu jawapannya. Okay, comments and questions? just let me know.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment