29 Nov 2012

Seindah Dunia #Part15

Posted by with No comments
Aireen bangun seawal jam 6 pagi. Selesai membersihkan diri, dia turun ke dapur. Nugget, frankfurt dan fries dikeluarkan daripada peti sejuk beku. Seketika kemudian, Mak Idah muncul di situ.

  “Jadi ke kamu semua pergi Genting?” Mak Idah bersuara.

Aireen mengiyakan. Mereka berbual sebentar. Tidak lama kemudian, Nelly menyertai mereka.

  “Hye, morning!” ceria suara Nelly menyapa.
Aireen dan Mak Idah serentak berpaling. Tersenyum mereka memandang Nelly.

  “Nak masak ape ni?” Nelly bertanya.

  “Aku nak goreng nugget ni.” Aireen menunjukkan barang yang diletakkan di atas meja.

Nelly mengangguk. Dia membuka peti. Salad, tomato, tuna dan cheesedale dikeluarkan.

  “Nelly nak masak ape?” Soal Mak Idah pelik melihat Nelly mengeluarkan barang dari peti ais.

  “Ha.. Nelly nak buat sandwich untuk breakfast.”

Sambil menggoreng nugget dan fries, frankfurt direbus. Mak Idah hanya memerhatikan gelagat dua orang anak dara itu. Terbit senyuman dibibirnya.

  “Nia dengan Fazz mane? Tak turun lagi? Kamu nak bertolak pukul berapa ni?” Mak Idah yang sedang membancuh air bertanya.

  “Tak tahu lah. Hmm, Airil bagi tahu Reen semalam dalam pukul 8.” Aireen menerangkan kepada Mak Idah.

Nelly lincah menyiapkan sandwich. Selesai menyiapkannya, dia memasukkan ke dalam Tupperware untuk bekalan. Separuh lagi disusun di dalam pinggan lalu diletakkan di atas meja. Tersipu dia seketika apabila Mak Idah memujinya.


************************************************************************************************************

Airil tiba bersama Ash dengan Toyota Hybridnya. Manakala EJ memandu Mitsubishi Evo kesayangannya. Seketika kemudian, Chevrolet Aveo juga tiba.

  “Okay, dah ready?” Ash bertanya kepada mereka semua.

  “Ever ready!” Serentak mereka menjawab. Ash tersengih.

Aireen mengambil tempat disebelah Airil manakala Dania dan Ash sudah bersiap sedia di seat belakang. Aireen mengerling sekilas ke arah mereka.

Fareez dan Fazz bergerak menghampiri Mitsubisi Evo milik EJ. Nelly terkaku. Nak tak nak, dia terpaksa mengambil tempat disebelah EJ.

*********************************************************************************************

Aireen duduk bersandar. Tangannya memicit dahi. Airil yang berada di sebelah memandang Aireen.

  “Kenapa ni Reen?” Soal Airil prihatin.

Aireen menggeleng perlahan. Tangannya menyelongkar handbag di atas ribanya. Minyak cap kapak diambil.

Dania dan Ash sedang bermain Uno di tempat duduk belakang.

  ‘Sempat lagi diorang ni. Haih.’ Getusnya.

  “Uno Game!” Nia terjerit dek kerana terlalu teruja.

Aireen tersentak. Dadanya di urut perlahan.

  “Nia, behave! Kita kat dalam kereta ni. Buatnya ape ape jadi macam mana?” Nia mengeluh apabila Aireen sudah start membebel. Matanya dijuling ke atas. Ash disebelah menahan tawa.

  “Dah lah sayang. Nia excited sangat tu.” Airil memujuk Aireen.

  “Kan.. Kalau Airil nak tahu, Reen ni memang macam ni. Suka membebel. Pernah ade hari tu… blablabla..” Dania seronok bercerita. Airil hanya tersenyum mendengar cerita Dania tentang sikap Aireen. Aireen menjeling Dania. Berbakul-bakul dia mengutuk Dania di dalam hati.

************************************************************************************************************


Mereka menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak. Ash bertindak sebagai jurukamera tidak bergaji. Fazz yang gayat dengan keadaan di dalam kereta kabel menggenggam erat tangan Fareez.

Fareez yang terasa tangannya digenggam memandang ke arah Fazz.

  “Gayat ke?”

Fazz mengangguk. Pucat wajahnya.

Nelly dan EJ berbual mengenai permandangan di bawah. Ash curi curi menangkap gambar mereka dari ruang sebelah.

  “Ash, selfcam jom.” Ucap Dania teruja.

Ash mengenyitkan matanya.

Aireen dan Airil tersenyum dengan gelagat mereka.


************************************************************************************************************Selesai membeli tiket dan memakai wristband. Mereka bergerak masuk.

Mereka berlapan teruja untuk mencuba kesemua permainan seperti Space Shot, Pirate Ship, Spinner, Corkscrew dan Flying Coaster.

  “Eh, aku taknak naik lah Corkscrew dengan Flying Coaster.” Nelly bersuara.

  “Kenapa pulak?” EJ menyoal.

  “Chill lah beb.” Dania menyampuk.

Nelly masih berkeras untuk tidak menaikinya. Lantas, EJ mengambil keputusan untuk menemani Nelly.

Aireen, Airil, Dania, Ash, Fazz dan Fareez sudah beratur menunggu giliran.

  “Kau nak main permainan budak-budak?” Tercengang Nelly mendengar soalan EJ.

  “Boleh ke main?” lurus Nelly bertanya.

  “Jom lah pergi tengok. Mana yang boleh, kita main lah. Aku rasa Double Deck Carousel ni boleh kot.” Terang EJ sambil menunjukkan peta kawasan taman teman kepada Nelly.

Kemudian, mereka bergerak ke kawasan ‘Children Rides’. Terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak. Tergambar riak gembira di wajah mereka.

************************************************************************************************************

  “Sejuk ke?” Soal Fareez apabila melihat Fazz sudah berpeluk tubuh.
Fazz mengangguk.

Lantas Fareez membuka sweater yang dipakainya lalu diletakkan pada badan Fazz.
Fazz kaget.

  “Awak tak sejuk ke?” 

  "Tak pe. Kampung saya kat Cameron Highland. So, dah biasa." Fareez memberitahu Fazz.

Fazz tersenyum memandang Fareez.

Ash mengambil video di beberapa tempat sekitar kawasan taman tema itu dengan Dania yang bertindak sebagai jurucakap. Seperti mempromosikan pula gayanya.

  “Ash, give me the camera. You pulak jadi promoter. Penat dah I asyik promote tempat ni je dari tadi. Bukannya diorang bayar pun.” Ash tergelak mendengar bicara Dania.

  “Ha, boleh. Ambiklah camera ni.” Ash menghulur.

Dania segera menghampri Ash. Namun, tatkala tangannya ingin mencapai DSLR tersebut, segera Ash melarikannya. Buntang mata Dania melihat perlakuan Ash. Dengan ketinggian yang jauh lebih rendah berbanding Ash, Dania terpaksa melompat-lompat untuk mencapainya. Ash tersenyum. Geli hati melihat gelagat Dania.

************************************************************************************************************Mereka pulang ke Kuala Lumpur apabila hari sudah petang. Garis keletihan jelas terpancar pada wajah mereka. Dania dan Ash sudah tertidur di tempat duduk belakang dengan Dania melabuhkan kepalanya di atas paha Ash. Comel sahaja kelihatan mereka berdua.

  “Ril penat ke, biarlah Reen yang drive pula.” Reen bersuara memecahkan kesunyian.

  “Takpe. Boleh lagi.” Airil menoleh seketika memandang Aireen disebelahnya. Tangan kirinya menggenggam tangan Aireen.

Mereka berhenti rehat di Genting Sempah.

  “EJ, aku nak makan McDonald lah.” Ujar Nelly saat EJ memberhentikan kereta.

  “Jom lah. Aku pun terasa nak makan Double Cheese Burger. Fareez, nak join?”
Fareez memandang Fazz meminta persetujuan. Melihat anggukan Fazz, dia memandang EJ.

  “Boleh lah.”

Lantas mereka menapak keluar dari kereta. Terlihat kelibat Toyota Hybrid milik Airil baru tiba di kawasan parkir kenderaan itu.

*********************************************************************************************

Tepat pukul 10 malam Toyota Hybrid milih Airil dan Mitsubishi Evo yang dipandu EJ tiba di hadapan banglo 2 tingkat milik Aireen, Nelly, Dania dan Fazz. 

  "Mandi dulu okay before tidur." Sempat Airil berpesan kepada Aireen.

Aireen mengangguk tanda mengerti. Selepas mengambil barangnya. Dia mengucapkan selamat malam kepada Airil. Dania juga berbuat demikian. Tersenyum Ash melihat Dania yang masih mamai. 

  "You tengok sikit Nia ni Reen." Sempat Ash berpesan. Meletus tawa Aireen.

  "Thanks Nelly, best hang dengan kau." ujar EJ sambil tersenyum. Terpana Nelly melihat senyuman EJ. Dia melambaikan tangan apabila Mitsubishi Evo milik EJ bergerak meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Fareez menghidupkan enjin Chevrolet Aveo kesayangannya. 


  "You really made my day." Perlahan dia berbisik kepada Fazz. Fazz tersengih.

  "No problem lah. Drive carefully." 

Sebaik sahaja kelibat Chevrolet Aveo milik Fareez hilang dari pandangan, segera Fazz berlalu ke dalam rumah.

*********************************************************************************************

Nelly segera menuju ke arah Mitsubishi Evo yang menunggu di hadapan pagar.
Ternganga dia seketika apabila EJ membukakan pintu untuknya. Nelly gugup.

  “Kita nak pergi mana ni?” soal Nelly sambil menoleh kea rah EJ.

  “Didn’t I tell you?” EJ menjongketkan keningnya persis Ziana Zain.

  “Did you?”

EJ ketawa sebelum menyambung ayatnya,

  “Nanti kau tahu juga?”

  “Bila?” Soal Nelly tidak sabar. Pelik seketika dengan telatah EJ yang dirasakan agak berlainan.

  “Soon.”  EJ menjawab perlahan. Matanya masih focus dengan pemanduan.

************************************************************************************************************

Dewan bola tampar. Nelly hairan. Resah dengan keadaan tempat yang gelap. Dia menghala pandangan ke sekelilingnya. Langsung tiada sesiapa.

EJ tersenyum.

  “Mission accomplished.” Gumamnya perlahan.

************************************************************************************************************

P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!

0 compliments:

Post a Comment