Nelly berjalan
di koridor blok D. Dia mengeluh.
‘Macam mana
boleh tertinggal file pulak ni. Haih. Nasib cikgu kimia tu baik je.’ Nelly
mengomel sendirian.
Baru sahaja
dia ingin memanjat anak tangga pertama. Seseorang menghalang laluannya. Nelly
mendongak. Hampir jatuh rahangnya melihat EJ.
“Tepilah. Aku
nak lalu ni.” Nelly bersuara kasar.EJ tersenyum
sinis.
“Boleh tapi dengan
satu syarat.” Sengaja dia berteka-teki. Dia suka melihat wajah merah padam
Nelly.
Nelly
merengus. “Ape?” Soal Nelly sambil berpeluk tubuh.
“Teman aku
shopping.” Buntang matanya mendengar syarat EJ.
‘Sawan ape dia
ni. Tiba-tiba suruh aku teman dia shopping.’ Getus Nelly perlahan.
“Kau cakap ape
tu. Aku tak dengar lah.” EJ bertanya apabila melihat mulut Nelly bergerak-gerak
seperti menuturkan sesuatu.
“Hah! Takde
ape. Bila?” kalut Nelly menjawab.
“Petang
nanti. Aku ambik kau kat rumah. Pukul 4.30 tunggu depan rumah. Kau lambat, aku
hon sampai kau keluar. Lantak lah jiran kau nak cakap ape.” Selamba EJ membalas
pertanyaan Nelly sebelum berlalu pergi.
Nelly sudah
menunggu di hadapan pagar. Pesanan EJ membuatkan dia resah. Buatnya EJ
mengotakan apa yang diperkatakannya, pasti dia mendapat malu. Tidak lama
kemudian. Mitsubishi Evo berhenti betul betul di hadapannya. EJ menurunkan
tingkap keretanya.
“Woi, cepatlah
naik. Buat ape tercegat lagi kat situ.”
Nelly segera
mengambil tempat di tempat duduk hadapan bersebelahan EJ. Beberapa saat kemudian, Mitsubishi Evo milik EJ meluncur pergi.
EJ pelik
dengan gelagat Nelly yang hanya diam. Sesekali dia mencuri pandang ke arah
Nelly disebelahnya.
“Kau kenapa?
Bisu ke? Senyap je?” Ash menegur.
Nelly
tersentak.
“Kau ni ayat
tak boleh nak elok sikit ke. Macam mana lah perempuan tu semua boleh suka kat
kau? Diorang tu semua spesies pekak ke ape?” Nelly membalas.
EJ tesenyum
sinis.
“Kau jadilah
one of them dulu. Then, baru kau tahu.” Selamba EJ menuturkan ayat tersebut. Nelly
yang mendengar terasa seperti ingin memukul kepala EJ dengan spanar saiz 17.
“Kau?
Tak ingin aku.” Nelly buat gaya tidak rela.
************************************************************************************************************
Nelly dan EJ
masuk ke dalam gedung Metrojaya. Pelbagai jenis baju untuk semua kategori umur
terhidang di hadapan matanya.
“Kau nak baju
macam mana?” Soal Nelly sambil memandang EJ.
“Entah. Aku
kena pergi dinner malam Sabtu ni.”
Berkerut Nelly
memikirkan baju yang sesuai digayakan oleh EJ. Seketika kemudian, dia bergerak
ke bahagian yang menempatkan pakaian untuk lelaki.
Sehelai kemeja
diambil lalu dihulurkan kepada EJ. EJ berkenan juga dengan baju tersebut tetapi
dia sengaja merungut mengatakan baju itu tidak kena dengan tastenya.
Nelly
membebel “Dah lah suruh aku pilih, banyak songeh pulak. Pernah rasa tercekik
Blackberry tak?”
“Blackberry
tak pernah lagi. iPhone pernah lah.” pening Nelly seketika mendengar jawapan
EJ.
Mereka
bertekak. Sales girl bahagian tersebut tercengang memandang mereka. EJ yang
perasan dengan mata yang memandang segera mengambil baju ditangan Nelly lalu
bergerak mencari fitting room. Nelly tersenyum menang.
EJ keluar
dengan baju ditangannya. Sales girl segera menyambut baju ditangannya.
“Ok tak?”
Nelly bertanya
“Hmm. Jom lah.
Cari baju kau pulak.” EJ bersuara.
Tercengang
Nelly mendengar ayat EJ.
“Kenapa nak
cari baju aku pulak?” Soal Nelly hairan.
EJ merangka
ayat. Berkerut-kerut dahinya.
“Girlfriend
aku ade hal lah hujung minggu ni. Aku takde partner. Kau teman aku boleh?” EJ
bertanya kasar.
“Aku? Taknak
lah. Kau kan banyak girlfriends.”
Hampir pecah
otaknya merangka ayat untuk mengajak Nelly. Dia tidak mahu menggunakan ayat
yang biasa digunakan untuk mengajak girlfriendnya. Pasti jatuh egonya dihadapan
Nelly.
“Serious kau
tak nak? Kau nak tinggal sorang-sorang ke. Aireen mesti ikut Ril. Dania pulak
mesti follow Ash.” Nelly tersentak.
Tiba-tiba dia
teringatkan Mr Z.A yang mengajaknya ke prom night.
“Mr Z.A ade
ajak aku pergi prom.” Nelly
EJ memandang Nelly.
Beberapa saat kemudian dia ketawa lepas.
“Prom lah sangat. Prom ke hapenya awal tahun
macam ni. Biasa orang organize masa akhir tahun.” EJ membalas.
Nelly
memandang EJ tidak puas hati.
“Dah, tak
payah nak tayang muka tak puas hati.” EJ tersenyum sinis.
Nelly bengang.
Segera dia berpaling meninggalkan EJ. Terkebil-kebil EJ melihat Nelly yang
semakin menjauhinya.
Segera dia
mencapai lengan Nelly. Buntang mata Nelly melihat EJ memegangnya. Meskipun dia
memakai baju lengan panjang. Namun, dia tidak selesa.
“Lepaslah.”
Nelly menarik lengannya. Pegangan EJ terlepas.
“Ikut aku
malam Sabtu ni.” EJ masih mendesak. Nelly panas hati dengan sikap EJ.
“Aku cakap tak
nak means tak nak lah.” Kasar Nelly membalas.
“Aku tak kira,
kau kena ikut jugak. Kalau tak aku dukung je kau pergi sana.” Selamba EJ
menuturkannya. Buntang mata Nelly mendengar ayat EJ.
“You wouldn’t
dare?” Nelly mencabar.
EJ tersenyum
sebelum menjawab lembut. “You wanna try?”
Nelly
terpempan. Dia takut sekiranya EJ melakukannya.
Nelly merengus
lalu melangkah pergi meninggalkan EJ. EJ ketawa. Dia sudah merencana sesuatu.
************************************************************************************************************
Dania segera mencapai handphone
di atas katil.
“Hello, Nia.” Dania tersenyum
mendengar suara itu.
“Ye. Kenapa?” Soalnya.
“You free tak malam Sabtu ni? I
dapat invitation from Kelab Sukan Selangor. Dinner at Concorde Hotel.” Ash
memberitahu Dania.
“Ouh. Hmm, I free je.” Bibirnya
sudah mengukir senyum. Dia sudah dapat mengagak, Ash pasti mengajaknya ke sana.
Seketika kemudian, Dania
memberikan persetujuan. Selesai berbual dengan Ash. Dia berlari
ke bilik
Aireen. Tombol pintu dipulas tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kelihatan Aireen sedang tersenyum dengan handphone terlekap di telinga.
Terkejut Aireen melihat Dania.
Segera dia menunjukkan isyarat ‘keluar’ dengan tangannya. Dania tersengih lantas
menutup pintu bilik. Dia menuju ke bilik Fazz. Pintu bilik diketuk perlahan.
Apabila Fazz menyuruhnya masuk, segera tombol pintu dipulas.
“Ha, kenapa Nia?” Fazz pelik
melihat teman baiknya tersenyum dari tadi.
Dania menceritakan kepada Fazz
tentang ape yang diberitahu oleh Ash sebentar tadi. Terlopong Fazz mendengar
butir bicara Dania.
“Serious Nia?” Fazz meminta
kepastian.
Dania pelik dengan pertanyaan
Fazz. Seketika kemudian, Fazz menceritakan Fareez juga ade mengajaknya ke sana.
Mereka kemudian berbincang mengenai pakaian yang akan dipakai.
“Tema ape babe?” Dania bertanya.
“Masquerade kot.” Fazz membalas.
Dia ada terbaca mengenai tema majlis makan malam tersebut pada kad jemputan
yang fareez berikan.
Dania mengangguk. “Eh, pinjam
laptop jap. Nak search something.”
Fazz yang kebetulan baru sahaja
log out account twitternya menyerahkan laptop tersebut kepada Dania.
“Kak, ni ade orang bagi.” Seorang
pelajar tingkatan 2 menyerahkan coklat Cadbury Blackforest kepada Nelly.
Selepas mengucapkan terima kasih,
Nelly membelek coklat tersebut. Terdapat sticky note di situ.
‘- Malam Sabtu – 7.30pm –‘
Nelly tersenyum. Dalam fikirannya
sudah tersenarai pelbagai jenis pakaian.
Dari jauh EJ melihat Nelly sedang
tersenyum. Dia memandang pelik. Tiba-tiba terasa seperti seseorang menepuk
bahunya.
“Weh bro, kau tengok ape tu?”
Airil bertanya sambil matanya turut memandang ke arah seseorang yang diperhati
oleh EJ. Dia lihat Nelly sedang membuka bungkusan coklat ditangannya. Segera
dia berpaling ke arah EJ.
“Oh, Nelly. Aku ingatkan kau usha
perempuan mane.” Aril tersengih.
“Usha pun salah ke? Btw, kau
confirm pergi malam Sabtu ni.” EJ menyoal Airil disebelahnya.
“Tukar topik nampak.” Airil
ketawa. EJ memasamkan muka.
“Relax lah. Sejak bila kau pandai
merajuk ni. Kalau Reen yang merajuk, memang aku dengan senang hati nak pujuk
tapi kalau kau, sorry lah bro.” Berkerut EJ memandang Airil. Mencerna maksud
kata-kata EJ.
“Kau dengan Reen? Sejak bila?”
Airil tersenyum.
Mereka berbual sementara menunggu
loceng berbunyi. Beberapa minit kemudian Ash menyertai mereka.
************************************************************************************************************
Part 10. How was it? Ok? Ko? any comments or questions? Just let me know.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!
0 compliments:
Post a Comment