Assalamualaikum.
Okay, hari ni Wawa nak share recipe. Sebenarnya, tak plan pun nak update tapi dah kawan kat twitter suruh share kat blog and Wawa pun free. (Sebenarnya tak free, sesaje buat buat free)
Yes, kalau tanya Wawa suka buat apa. Wawa akan cakap Wawa suka duduk kat dapur main masak masak tapi till now Wawa tak pro memasak. Sadis k. Hmm.
And Wawa pun tak plan nak buat. Haritu tengah tension. My mom pulak suruh iolls pergi kedai beli barang barang nak masak. So, dah alang alang iolls bershopping tu, jenjalan kat bahagian bahan-bahan buat kek. Secara tak sengaja tangan mencapai serbuk koko etc etc. So, next time kalau tengah tension jangan shopping, banyak pulak barang yang dibeli nanti. (Peringatan kepada diri sendiri)
Bila dah terbeli kan, takkan nak simpan buat perkasam. So, Wawa pun sengaja gegatal tangan berblogwalking. (Padahal memang kerja wajib setiap hari :p) Click sana click sini, tadaaa, Wawa terjumpa lah resepi chocolate cupcakes. Thanks ye kak FL sebab sudi share resepi. Hehe
Pic without flash |
Pic with flash |
Yang first picture tu Wawa tak decorate dengan badam lagi. Yang second tu dah siap decorate. Hehe.
Bahan bahan nak buat cupcakes yang cute ni adalah seperti berikut...
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking
powder
1/2 camca kecil soda
bikarbonat
Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Cara-cara nak buat....
Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan
B sampai kembang.
Satukan bahan A & B
sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan
chocolate chips.
Masukkan dalam cup.
Kukus dalam pengukus
lebih kurang 15 minit
Overall memang Wawa tiru resepi FL bulat bulat tapi modified lah sesikit sebab bahan takde. Wawa tak letak chocolate chips sebab masa tengah tension tension pergi shopping tu, tangan ni tak tercapai pulak chocolate chips. Hahaha.
So, tu je lah untuk entry ni. See you next time.
P/s: Hampir semua cupcakes tu iolls bagi kat kengkawan. Hehehehe. Banyak sangat.