Assalamualaikum. Yes, seperti yang anda dah baca kat title tu, tu lah tajuk discussion kita pada hari ni.
Pada hari rabu yang lepas, jam 3 petang bertempat di sebuah shopping mall di Kuantan, Pahang. Saya dan keluarga ber'shopping. Haha, habis skema dah ayat. Hmm, kalau bulan puasa, biasanya memang Wawa and my family akan shopping waktu siang. Okay, ramai yang akan tanya dan soalan-soalannya:
- Tak penat ke duhh shopping waktu siang?
- Kenapa tak pergi malam je?
- Bukan biasanya shopping siang ramai orang ke?
So, masa shopping haritu, I bought a pair of jeans. Lepas tu pergi ambik baju kurung yang ditempah before puasa lagi. Hmm, yang Wawa happy sangat sebab both my parents gave me a watch. Hee~ Ibu suruh pilih jam mana yang Wawa suka. But me species yang tak suka beli something else instead of baju and seluar. Yelah, setakat jam, fuctionnya nak tengok masa kan. So, murah ke mahal ke sama je. Beli jam yang harga beratus ratus buat apa. Hello, harga jam tu, aku boleh beli lagi berpuluh blouse and jeans k. So, that's what I told my 'Puan Sri'.
"Ibu, no need lah memahal sangat, baik beli baju je, pump shoes ke?"
And my mom pun jawab.
"Beli jam murah nanti cepat rosak. Sebab tu awak beli jam 2 3 4 kali setahun."
Fineeeee, orang dah offer jam mahal kan, ambik je lah. Aku ni pun mengada sangat nak refused bagai. Huh. So, selepas memilih dan memilih dan memilih. Lama sangat memilihnya. Of course k sebab Wawa ni fussy sikit. Hahaha. Wawa suka jam yang tali dia made of leather tapi tak banyak choice. Sadis. So, memang terpaksa lah kan pilih tali besi. I mean stainless steel. Yang banyak di'display'kan semua tali colour silver. Ohh, sangat sangat lah tak menepati citarasa. Wawa pun terus memilih dan memilih dan memilih till satu part tu, my eyes terpandang satu utas jam tangan ni. Okay, memang tali dia stainless steel tapi bukan colour silver. Tali dia colour hitam metallic gitu. So, hati Wawa terpaut lah. Rasa boleh dah ni buat decision nak beli yang mana. Hahaha. Wawa pun panggil ibu and tunjuk kat dia jam tu. Konon muka excited ahh ni tapi tengok price tag, fuhh, patah seribu. RM445! Kau gila. Memang tak ah aku nak waste kan duit beli jam harga macam tu. Kalau aku beli jam yang harga RM60 tu, I could spend the rest of the money beli baju, handbag, pump shoes, accessories, personal things semua. Wawa pandang ibu and ..
"Mahalnya harga dia. Tak nak lah. Baik beli baju apa semua."
Ibu pun terus panggil salesgirl tu and suruh keluarkan jam yang tersimpan rapi dalam peti kaca. Tak respond pun. So, aku pun bersuara
"aa..."
Belum sempat aku nak cakap. Ibu pulak mencelah.
"Ambik je lah dah ibu offer ni. Tutup tawaran kang mula lah bising nak jam, nak jam."
"Yelah, yelah. Akak ambik jam tu."Hehe, bangang tak aku ni. Duhh, orang offer tu ambik je lah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. At last, jam jenama Crocodile tu jadi milik aku. Thanks my precious.
P/s: Wawa pakai jam tangan kanan and menulis pun guna tangan kanan. :)