21 Dec 2012

Seindah Dunia #Part19

Posted by with No comments
Fazz, Aireen, Dania dan Nelly hanya memandang sarapan di atas meja. Langsung tidak menjamahnya. Mak Idah pelik melihat mereka berempat.

"Kenapa tak makan sarapan tu?" soal Mak Idah.

Diam. Baik Aireen, Fazz, Nelly mahupun Dania langsung tidak menjawab pertanyaan Mak Idah.

Mak Idah semakin pelik melihat telatah mereka.

"Kenapa kamu semua ni?" 

"Err.. nervous lah Mak Idah. First paper lepas ni." Fazz bersuara akhirnya.


"Lah, baca doa banyak banyak. Minum air masak. Kamu semua memang tak nak makan lah ni?"



Aireen, Dania dan Nelly menggeleng.

"Bungkuskan boleh Mak Idah. Makan kat sekolah je nanti." Fazz menjawab bagi pihak rakan-rakannya.

"Ha yelah." Segera Mak Idah bergerak ke kabinet untuk mengambil bekas makanan.

************************************************************************************************************

"Ready?" EJ bertanya kepada Aireen, Nelly, Dania dan Fazz yang berada di hadapannya.

"Yes tapi seriously nervous." Nelly menjawab.

"Relax lah." Ash menyambung. Airil dan Fareez disebelahnya tergelak. 

"Jangan percaya sangat dia ni. Semalam dia gelabah juga. Siap call lagi suruh forgive all his mistakes, doakan. Macam-macam lah." Airil menambah.

"Dia call kau juga Ril. Aku ingat dia call aku je." EJ ketawa.

Dania memandang Ash. Ash tersenyum. 

"Okay tak?" Fareez bertanya kepada Fazz yang berada di sebelahnya.

"Okay je." Fazz menjawab perlahan.

"Sure? Sarapan tak tadi?" 

"Err, tak. Takde selera." 

Fareez menghulurkan satu bar coklat Cadbury kepada Fazz. "Makan ni kalau lapar dalam hall nanti."

Mereka berlapan kemudiannya bergerak masuk ke dewan.

************************************************************************************************************

Perasaan lega terlakar di wajah setelah tamat kertas terakhir. 

"Finally." Jerit Aireen lantang.

"Kann, lega rasa." Nelly menambah.

"Eh, Airil, Ash dengan EJ habis bila?" Fazz bertanya.

"Lambat lagi. They all punya paper LK tak salah bulan Disember." Dania menjawab pertanyaan Fazz.

"Ouh, Fareez punya last paper esok." jelas Fazz sambil berjalan seiringan menuju ke kereta.

"Kesian they all kena tunggu lama lagi." Aireen bersuara sambil membuka pintu keretanya.

"Eh, nak balik dah ke?" Nelly bertanya.

"Dah tu kau nak tidur kat sini?" Aireen kurang puas hati dengan pertanyaan Nelly.

Belum sempat Nelly menjawab. Dania terlebih dahulu mengambil pen marker lalu menconteng tudung Aireen. Terjerit Aireen dengan perlakuan Dania. Nelly kemudiannya membaling tepung kepada Fazz yang cuba lari daripada menjadi 'mangsa' Dania. Hampir setengah jam mereka menghabiskan masa dengan parti tepung. 

"Weh, make sure habuk tepung tu semua kau sapu. Kotor kereta aku nanti." Aireen memberi amaran.

"Relax lah. Basuh je nanti. Kusyen tu pun kulit kan?" Dania berkata selamba.


"Ye lah, tapi at least sapu lah mana yang boleh tu. Takdelah teruk sangat nanti kotornya."



************************************************************************************************************

"Bila kau nak pergi Dubai?" Nelly bersuara memecah kesunyian di meja makan.

"Lusa. Parents aku tunggu kat sana. Since Fareez pun dah habis paper." jawab Fazz ceria.

"Aku pun lepas ni balik Sydney lah. Lama dah tak balik. Jumpa family kat sana." Aireen turut sama mencelah.

"Ouh. nanti jangan lupa kirim salam kat uncle and auntie okay." 

"InShaaAllah." Aireen tersenyum memandang Dania.

************************************************************************************************************

Aireen, Nelly, Dania dan Fareez menghantar Fazz ke KLIA.

"Have fun okay Fazz. Jangan lupa we all pula." ucap Aireen sambil memeluk Fazz.

"No lah. Takkan aku nak lupa kau." Fazz membalas pelukan Aireen.

Dania dan Nelly tidak ketinggalan memeluk Fazz.

"Dah sampai nanti e-mail lah. Tweet ke? Ape-apelah as long as kau bagi tahu kau dah sampai kat sana." Dania menyerahkan paper bag famous amous yang berisi biskut coklat chip kepada Fazz.

Mereka bertiga kemudiannya bergerak jauh sedikit meninggalkan Fareez dan Fazz.

"Take care okay kat sana. Awak tahu kan saya sayang awak." Fareez berkata perlahan. Cukup untuk Fazz dengari.

Fazz tersenyum memandang Fareez. Dia mengangguk.

"Don't worry. Saya okay. Awak tu pun. Jaga diri. Main bola pun jangan sampai tak ingat dunia." Fazz mengingatkan Fareez.

"Baik Cik Fazzlyn Syazwani." jawab Fareez penuh diplomasi.

"Nanti jangan lupa kirim salam dekat your parents." tambahnya lagi.

"InShaaAllah. Okay, saya nak gerak dah ni. Bye. Btw, saya juga rasa apa yang awak rasa." ucap Fazz perlahan.

Fazz kemudiannya memandang ke arah teman baiknya.

Aireen, Dania dan Nelly bergerak menghampiri Fazz dan Fareez.

"Take care, Fazz. We love you." ujar Nelly dengan mata yang sudah merah.

************************************************************************************************************

Dania memandu Proton Preve miliknya ke Tasik Ampang Hilir. Tiba-tiba sahaja dia terasa ingin pergi ke situ. Dia teringatkan Ash. Lantas telefon pintarnya diambil.


"Hello, Ash. You kat mana? Free?" 



"Sorry Nia, I kat rumah ni. I don't feel like going out today."

"Ouh, emm. Okay then. Bye Ash." Dania mengeluh. Kecewa dengan jawapan Ash. 

Dia terus memandu menempuh kesesakan jalan raya.

************************************************************************************************************

Dania hairan melihat ducati milik Ash di kawasan parkir. Beribu persoalan singgah di benaknya. Dia melangkah ke kawasan lapang. Dania membuat senaman ringkas. 

Baru sahaja dia mula ingin memulakan, matanya terpaku melihat Ash dan Yuni sedang berbual. 

Dania pelik. 

'Masa aku call tadi, dia cakap ada kat rumah. Ni macam mana boleh melepas kat sini? Dengan Yuni pula tu. Hari tu kata dah selesai kes pasal gambar tu. Dia ni actually ade hubungan ke dengan Yuni? Tapi bukan ke Mimi yang suka dia?' Dania berkata sendirian. 

Akhirnya, Dania mengambil keputusan untuk pulang. Sakit hati melihat Ash dan Yuni. Geram kerana ditipu oleh Ash.

Dalam perjalanan pulang. Telefonnya berdering.

"Yes, daddy. Nia ni." Dania terasa lega apabila daddynya menelefonnya di saat dia betul-betul memerlukan seseorang.

"Nia bila nak datang sini. I thought SPM is now over for pure science students isn't it?" soal Tan Sri Azman kepada anak perempuannya.

"Yes daddy. Nia memang dah plan. Maybe the day after tomorrow. Nak kena book ticket. See how ya daddy. We talk again later please, I'm driving"


"Okay dear. Your mummy and I missed you so much."



Dania tersenyum mendengar ayat terakhir daddynya.

"Yeah, I gonna leave Malaysia. Buat sakit hati je. So, Spain! Here I come!" ucap Dania kuat.

************************************************************************************************************

"What! You're leaving too. Aku ingat kau nak tunggu sampai Ash habis paper." Nelly terkejut apabila Dania memberitahunya dia akan berangkat ke Sepanyol lusa.

"Tak lah kot. Daddy aku called tadi. Suruh aku pergi sana." 

"Tapi, macam cepat sangat je or you're hiding something Nia?" Aireen bertanya.

Dania menggeleng.

"No lah. Takde ape pun." sangkalnya. Dia tidak mahu berkongsi cerita mengenai Ash dengan Aireen dan Nelly. 

"Ticket?" soal Nelly setelah lama berdiam diri.

"Already booked. So, you guys boleh kan hantar aku. Flight aku pukul 10 malam." Dania bertanya seraya memandang ke arah Aireen dan Nelly.

"Of course lah." Serentak Nelly dan Aireen menjawab.

************************************************************************************************************

P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!

0 compliments:

Post a Comment