26 Dec 2012

Chef!

Posted by with No comments
Hye, Assalamualaikum. Okay, pada hari yang aman damai, tenang, tenteram. *Habis aku geledah kamus dewan cari perkataan yang sewaktu dengannya* Wawa plan nak masak. Actually kelmarin lagi dah plan tapi baru hari ni, terlaksana misi ni. Hehehe.

Pagi tadi, ibu kejut suruh bangun sebab kena teman adik yang takde gaya adik pergi beli buku kat sekolah. Heh, malas sebenarnya nak korbankan masa tidur tapi yelah, Wawa pun actually nak tengok kelas untuk next year. Padahal dah trang tang tang tahu Wawa memang stay kelas aktif. *Anak GPK 1  bagi tahu*

Kat sekolah tadi, punya lah ramai orang datang nak beli buku. Macam orang datang serbu shopping mall time ade sale. Pakcik makcik yang tengah beratur tu pulak dah bising tapi Wawa dengan muka takde perasaan bersalah selamba jalan pergi depan, then masuk dalam koperasi tu. Masa nak masuk tu, ade dengar sorang pakcik ni cakap. 

"Potong! Potong!" 

Wawa pandang sekilas. Dalam hati memang dah berbakul-bakul dok sumpah seranah pakcik tu.

"Excuse me, aku ahli koperasi lah, aku bayar saham okay. Aku bukan nak potong line pun, nak masuk dalam je." 

Tapi ayat tu setakat dalam hati je lah. Pakcik tu patut bersyukur sebab subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Wawa dapat A++. A- je sebenarnya. Thanks Cikgu Nadzri by the way. Kalau tak memang Wawa sumbat sandal yang tengah pakai tu kat dalam mulut dia. Sesedap hati tok nenek dia je buat fitnah. 

Bila dah lepas masuk dalam koperasi tu, terus pergi cari list buku. Check buku dalam plastik semua. Bila dah settle, baru puas hati. So, Wawa pun pergi lah kat pintu. Nak keluar dari koperasi tu Masya'Allah, jalan keluar tu sama sesak je dengan traffic jamm yang biasa kita redah kat bandar tu. Fuhh, tapi tu naik kereta, ni mana ade kereta, terpaksa bergelut lah nak melepaskan diri. Bila dah lepas tu, sumpah cakap lega ya amat.

Dah siap buat pembayaran semua, terus call ayah suruh fetch. Tak sanggup nak berlama-lama kat situ. Hehehe. Kesian sebenarnya tengok parents yang datang kena berdiri semata-mata nak beli buku. So, di sini, Wawa sebagai pelajar Tingkatan 5 SMKTPPTM sesi 2013 mengusulkan supaya pada tahun hadapan, koperasi buat jualan buku kat kantin. Luas sikit kann.

Uolls semua perasan tak tajuk entry dengan apa yang Wawa story tak sabit langsung. Hahaha, nak story lah ni, sabaq sat na.

Sampai je rumah, dah siap tukar baju semua. Terus Wawa pergi dapur, selongkar peti ais, cari bahan-bahan nak masak semua resepi yang dah awal-awal lagi Wawa search kat internet. Bila dah jumpa semua, terus ready bahan. Potong bawang, lada, semua. Penat tahu nak masak 4 jenis lauk. Nasib baik ibu ada, tolong back up mana yang tak tercapai tu. 

First and foremost, Wawa masak sayur campur sementara tunggu ayam yang diperap dengan pelbagai rempah ratus tu. Siap je masak sayur campur, Wawa goreng ayam. Lepas tu settle kan daging masak merah ala thai. Last but not least, Wawa masak telur bungkus. Biasa makan telur dadar je. Boring kan. That's why hari ni masak telur bungkus. Actually masa masak daging masak merah ala thai tu, ibu ade tolong sikit-sikit sebab Wawa macam tak confident je. Hehehehe. 




Bila semua dah siap, weolls pun makan lah. Adik memang terus buat rembatan ke gawang gol lah bila nampak ayam goreng berempah atas meja. LOL. Ayah pulak tak banyak cakap pun, makan je apa yang dah sedia terhidang. Nampak macam semua berselera je makan. Bila nampak nasi dalam pinggan tu macam dah nak habis, Wawa pun tanya lah.

wawa: ayah, sedap tak?
ayah: biasa je.
wawa: cakap lah sedap ke tak. kalau tak sedap memang takkan masak dah sampai bila-bila.
ibu: sedap. tak boleh puji banyak sangat. nanti riak.
wawa: yelah. wehh, kamil, sedap tak ayam tu.
kamil: bolehlah.

See, semua pakat tak nak mengaku lauk yang Wawa masak harini sedap. Tapi ayat ibu memang bikin sentap lah. Bukan nak bangga diri, setakat nak tahu pendapat je pasal masakan tu. Tu pun tak boleh ke.

Bila dah rasa macam boleh masak lauk yang simple simple ni, terus rasa macam nak tukar ambition. Kalau before this, Wawa memang excited kalau cakap pasal aviation, pilot, aircraft semua. Tapi sekarang, terus rasa macam nak ambik course kulinari. Then, jadi chef je. Apa apa pun boleh sebenarnya kan. Even if dah ditakdirkan Wawa tak jadi tukang masak, still kena turun ke dapur juga kan sebab dah termaktub dalam adat Orang Melayu, 


'Perempuan, setinggi mana pun dia belajar, akhirnya ke ceruk dapur juga.'
Peribahasa tu, zaman nenek moyang kita dulu boleh lah pakai, kalau zaman moden macam sekarang ni, kita kena ubah suai sikit peribahasa tu biar kena dengan zaman. Bak kata Abang Erif,


'Memanglah perempuan, setinggi mana pun dia belajar, akhirnya ke dapur juga tapi education lah yang membezakan besar mana dapur dia tu.'

P/s: Wawa memang setuju sangat dengan peribahasa dia. LOL.



0 compliments:

Post a Comment