9 Dec 2012

Unexpected Journey

Posted by with No comments
Assalamualaikum.. Hye all! Entry kali ni bukan pasal story SEINDAH DUNIA. Wawa still tengah memerah idea untuk next part. So, don't forget to check out the next part maybe in next few days.

Ha.. actually, Wawa baru balik from keyyel Kuala Lumpur semalam. Tak plan pun. Tiba-tiba je hari Jumaat tu, my uncle called and ask whether I wanna follow him to KL or not. Disebabkan KL tu memang favourite place nak pergi jenjalan and shopping, Wawa terpaksa cancel kan semua activities yang dah awal-awal planned. T_T .. Sepatutnya hari Sabtu tu nak masakkan Spaghetti Bolognese untuk my friend ni tapi dah nak pergi KL, malam tu juga Wawa masak. Ya Allah, seriously berterabur. Yelah, nak cepat. Uncle bagi tahu last minute sangat. Pukul 9 malam dia called. Nasib masa tu bahan-bahan dah ade. Then, sepatutnya nak pergi main bowling dengan daddy tapi at the end cancel. Disebabkan nak pergi KL punya pasal. Semua plan CANCELED. tak kisah pun sebenarnya. :p

Okay, pagi Sabtu tu Wawa bangun pukul 7.30 pagi (awal lah tu untuk standard remaja). Padahal kalau tak pergi mana-mana, takde makna nak bangun time macam tu. Apa punya anak dara lah. Hahaha. Dalam pukul 8 lebih macam tu, semua dah siap. Beg pun dah kemas, konon sebab uncle cakap nak over night kat sana. Dalam pukul 9 macam tu uncle pun datang rumah naik BMW dia. Wawa dah ready dengan beg bagai dah tapi dia cakap, balik hari je. No need to bring all the stuff along. Okay, Wawa pun simpan lah balik beg tu, tapi few personal things memang terus sumbat dalam handbag, mana lah tahu in case ada emergency. Lepas fetched my cousins at IM 15, weolls pun teruskan perjalanan lah. Stop for breakfast kat Restoran Zaman. Punya lah ramai orang and service pula slow. Sabar je lah.

Dalam perjalanan tu, seriously unexpected thing happened. tayar BMW pancit. Hahaha. Masa tu baru lepas plaza tol Gambang. Funny sangat, sebab weolls tersadai kat tepi highway tu. Duduk macam lepak lepak. Hahaha. Every time kereta lalu, mesti hon. Hello, tak pernah tengok orang ke. Hahaha, yelah, jarang sangat tengok orang lepak tepi highway. Tapi best juga sebab bukan senang nak lepak tepi highway, tak pernah hayat orang buat unless kalau terpaksa buat macam weolls ni. Hahaha. Dah nama pun melepak tepi highway, weolls pun snapped few pics sebagai kenangan terindah. Terindah lah sangat kan. Hahaha.






Sejam lepas tu baru lah weolls sambung perjalanan. Haa. just imagine sejam lepak tepi highway. Nasib time tu ada phone, boleh jugak tweeting and chatting. Masuk je dalam kereta terus semua buka tudung. Tukar style lain. Haih --'. Then, stop kat R&R Temerloh for our lunch and solat Zohor. 

Sampai KL pun dah petang. Uncle terus cari kedai tayar. Buat alignment kereta dia. Then, weolls pergi KLCC. Jalan-jalan cuci mata. Masuk butik Miss Whatever tapi tak beli apa pun. Jalan lagi nampak butik Prada, Gucci, Louis Vuitton. Masuk Kinokuniya kejap. Banyaknya novel. Kalau ikutkan macam nak beli je tapi kena save money sebab nak shopping baju. Then, weolls masuk Watson, cari toiletries sebab tukar plan. Weolls over night kat sana. Yelah, sampai pun dah petang. Yang heavennya, Watson buat sale, compact powder Maybelline yang biasa harga RM29.90 turun sampai RM14. At first memang tak percaya tapi sebab dah salesgirl kat situ dah explained and convincedkan baru Wawa percaya. Actually nak masuk Petrosains tapi ticket sold out. So, weolls sambung jalan, masuk Candylicious kejap and snapping pics again.





Weolls tawaf satu Suria KLCC tu. Semua dah penat. Tapi yang bestnya, penat-penat pun still boleh bagi the best pose lah kalau camera dah on. 





Dah malam baru weolls balik. Singgah Ampang Point beli baju untuk hari Ahad pula. Yelah, kata unexpected, baju, toiletries belaka tak bawa. So, weolls pun menapak lah masuk Brands Oulet. Beli t-shirt yang harga RM9 untuk baju tidur malam tu and blouse for the next day. dekat RM60 juga lah melayang. Haih --' ..

Hari Ahad tu, weolls pergi shopping tudung kat Jalan Masjid India and baju kat Sogo. Usually masuk Sogo dengan ibu a.k.a bank bergerak, semua benda boleh beli, ni dah masuk sendiri je, kena jimat lah. Pusing punya pusing, ternampak lah satu baju ni. Lawa sangat. Memang tak pandang kiri kanan dah. Terus pergi bayar.  

Keluar daripada Sogo, hujan lebat. So, weolls terus balik Kuantan. On the way to Kuantan tu, semua tidur except my uncle. Dia yang drive. Kalau dia pun tidur sekali baik weolls check in hotel terus kat KL tu. Sampai rumah pun hari dah maghrib. Penat sangat. 

So, itulah uexpected journey yang sangat seronok untuk dikenang. Moral of the story, berhati-hati di jalan raya dan sediakan payung sebelum hujan. 
  



0 compliments:

Post a Comment