11 Dec 2012

Cooking Time ~ [Spaghetti Bolognese]

Posted by
Assalamualaikum everyone. Hee~.. How are you today. Wawa saje je nak share dengan uolls my activity for today. :) 

Tadi Wawa masak Spaghetti Bolognese. Since yesterday ibu cakap nak makan Spaghetti Bolognese. So, Wawa pun masak lah. Senang je nak masak Spaghetti Bolognese ni, tak susah mane pun. 

Okay, first and foremost, kena lah sediakan all the ingredients dulu. Antara bahan yang diperlukan ialah...

  •  2 biji bawang Holand (dimayang halus)
  •  3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  •  cili kering yang telah dikisar
  •  Prego
  •  daging ayam (dipotong dadu)
  •  cendawan butang (dipotong dadu)
  •  2 biji tomato (dipotong dadu)
  •  sos tomato & sos cili
  •  lada hitam (ditumbuk)
  •  1 cawan air
  •  gula & garam


Dah ready bahan-bahan tu? Okay, jom kita start masak.

  • Tumis bawang Holand, bawang putih. 
  • Masukkan cili kering yang telah dikisar. 
  • Masukkan daging ayam dan cendawan butang.
  • Masukkan tomato.
  • Masukkan Prego.
  • Masukkan sos tomato & sos cili.
  • Masukkan secawan air.
  • Taburkan lada hitam.
  • Masukkan garam & gula secukup rasa.

Okay, lepas uolls tumis bawang tu, jangan terus masukkan cili kering. Bagi lah dia tukar colour jadi kuning dulu, then, baru uolls masukkan cili kering. Kacau sampai dah agak-agak rasa macam dah masak tu, uolls masukkan daging ayam dan cendawan butang. Kacau sampai ayam tu fully cook tapi beware lah, jangan sampai hancur pula. Next, uolss masukkan tomato yang dah siap dipotong dadu, masukkan Prego. Lepas tu, uolss masukkan sos tomato and sos cili. Jangan banyak sangat, nanti masam pula. Nampak macam pekat je kan. So, masukkan air. Kalau 1 cawan tu macam tak cukup, tambah lagi. Tunggu sampai dia menggelegak. After that, uolls taburkan lada hitam and kacau. Last but not least, masukkan sedikit garam dan gula. Jangan lupa rasa. Mana lah tahu nanti termasin sangat ke, termanis sangat ke. Hehehe.


So, dah siap? Spaghettinya mana? Lah, pergi lah rebus. Sepatutnya, time uolls tengah busy masak kuah dia tu, terus lah rebus spaghetti. Kalau nak rebus spaghetti tu, tunggu air menggelegak dulu baru masuk spaghetti dalam tu. Lepas tu, tuang minyak sikit dalam air rebusan tu. Kenapa? To make sure spaghetti tu tak melekat pada periuk yang uolls guna nak rebus speghetti tu. 

Tadaaa, Spaghetti Bolognese! Ready to be served.

Sorry, Wawa tak pandai nak hias ala ala restoran taraf 5 bintang. Hehehe.