Aireen
leka menonton drama Adam dan Hawa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pantas
iphone di atas meja dicapai.
Berkerut
dahinya melihat nama Ash tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Hello,
yup kenapa Ash?”
“You
tahu tak Dania kat mana? I’ve been trying to call her tapi asyik voicemail je.”
Ash mengadu.
Aireen
pelik. ‘Takkan Nia tak bagi tahu Ash dia pergi Spain.’ Hatinya terdetik.
“Didn’t
she tell you that she’s off to Spain.”
Ash
tercengang. “What! Spain? You must have been kidding me, Reen.”
“No
point okay nak main-main pasal ni. Serious, she’s off to Spain. Kelmarin we all
hantar dia pergi KLIA. Tak percaya tanya Nelly.” Aireen menerangkan perkara sebenar.
Ash
mengeluh kecewa. “She didn’t tell me anything.”
“I
think you’ve done something. Relax lah, focus for your upcoming paper. I’m sure
she’s alright.”
Ash mengucapkan terima kasih kepada Aireen sebelum memutuskan
talian.
************************************************************************************************************
Nelly
menoleh ke arah EJ disebelahnya.
“Nak
buat apa cuti ni?” soal Nelly apabila EJ hanya mendiamkan diri sejak mereka
sampai di situ.
“Hmm,
ayah suruh belajar pasal syarikat dia.” EJ mengeluh.
“Lah,
kenapa mengeluh ni? Belajar je lah.” Nelly memujuk.
EJ
ketawa perlahan melihat riak kerisauan yang terlukis di wajah Nelly.
Nelly
tercengang melihat perubahan sikap EJ.
“Ni
kenapa ketawa pula?” soal Nelly tidak puas hati.
“Hmm,
nothing. So, where are you going dear?” EJ bertanya kembali.
Nelly
memberitahu EJ tentang perancangannya ke London untuk menemui kedua-dua ibu
bapanya.
“So,
nak tinggalkan orang lah ni?”
Nelly
tersenyum mendengar soalan EJ seperti sedang berjauh hati.
“Tak
lah. Nak pergi sana jumpa baba, ma, adik.”
EJ
mengangguk faham. Dia tidak sepatutnya menghalang Nelly berjumpa dengan
keluarganya. Dia juga punya komitmen d Malaysia. Pastinya tidak punya banyak
waktu yang boleh dihabiskan bersama Nelly.
“Okay,
you can go tapi don’t ever try to forget me.” Manja suara EJ menampar gegendang
telinganya.
“Ye,
mana boleh lupa orang tu. Dah gam pakai gam gajah.” Nelly ketawa.
EJ
geram dengan jawapan yang diperolehi namun akhirnya dia ikut ketawa.
************************************************************************************************************
Aireen
dan Nelly sibuk memasak di dapur sambil diperhatikan oleh Mak Idah.
“Nelly,
nak siap dah ni. Kau pergi call EJ, suruh dia ajak Airil sekali.” Aireen
menyuruh
Nelly mengajak EJ dan Airil untuk makan tengah hari bersama mereka.
Pantas
Nelly mencapai Blacberry miliknya.
“Reen,
jadi ke kamu ke Sydney minggu depan?” Mak Idah bertanya.
Aireen
menoleh ke arah Mak Idah. Dia tersenyum.
“Mestilah.
Reen dah booked ticket flight.”
Aireen
pelik melihat Mak Idah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak membalas.
“Jangan
risau lah. Nanti Aireen balik. Nelly, Nia, Fazz pun balik juga nanti.”
Mak
Idah tersenyum memandang Aireen. Pastinya dia akan merindui gadis itu. Begitu
juga Nelly, Fazz dan Dania.
************************************************************************************************************
“Hyeeee..rindunya
kat you all..” suara Fazz menerpa sebaik sahaja video call bermula.
“Kann..
hey, how’s holiday?” soal Nelly yang kini berada di London.
"Eh, aku ada something nak story ni. Haritu aku jumpa Fareez kat Paris. Dia datang dengan team football. Ada match apa entah kat sini." Fazz bercerita tentang pertemuannya dengan Fareez.
"Wahh, seronok lah? Dia jumpa parents kau?" Dania bertanya.
Fazz mengiyakan. Dia kemudiannya menunjukkan beberapa helai pakaian yang dibelinya.
Aireen, Nelly dan Dania juga tidak melepaskan peluang bercerita mengenai percutian masing-masing. Lama mereka berbual menerusi laman sosial Skype.
************************************************************************************************************
“Kakak,
Dilla nak jumpa kawan kat sana. Kakak okay kan sorang-sorang.” Dania Adilla
atau mesra disapa Dilla segera bergerak menuju ke café di seberang jalan.
Dania
berjalan bersendirian di sekitar Madrid. Dia sudah biasa dengan kawasan di
sini.
Tiba
di satu kawasan lapang. Dania mengambil roller blade di dalam beg galas khas
untuk memuatkan roller bladenya lalu dipakai.
‘Bumm..’
Dania tercampak ke belakang apabila berlanggar dengan seseorang.
“Aduh…”
gumamnya perlahan.
Pantas
Dania mengangkat muka. Tercengang melihat seseorang di hadapannya. Dania cuba
untuk berdiri. Namun, agak sukar dengan roller blade yang masih dipakainya.
“Come.”
Ash menghulurkan tangan.
Dania
tidak punya pilihan. Dia menyambut huluran tangan Ash.
Ash
mengambil skateboard yang terdampar tidak jauh dari situ lalu mendekati Dania
yang sudah duduk di atas bangku.
Dania
kematian kata. Peristiwa 2 minggu lalu kembali menghiasi pandangannya.
“Nia..”
Ash memanggil.
Dania
menoleh.
“Nia,
kenapa tak bagi tahu nak datang sini?” perlahan dia bertanya.
Dania
menceritakan perkara yang telah berlaku. Ash tepuk dahi. Seketika kemudian, dia
tersenyum.
“You
should ask me first before making this stupid decision.” Ucap Ash geram.
Berkerut
dahi Dania mendengar ayat yang dituturkan Ash.
“Apa
yang bodohnya? Explain to me why did you do what you did?” soal Dania tidak
puas hati.
“Okay..okay
jangan marah dear. I met Yuni sebab nak settle pasal Mimi tu lah. I bukan date
dengan dia. Kawan I ada sekali time tu tapi dia pergi beli air.”
Dania
terkesima. Dia mengeluh. “I’m sorry Ash. I shouldn’t doubt you.”
Ash
hanya berdiam diri. Mukanya langsung tidak terlakar sebarang riak.
“Ash…”
Dania separuh merengek.
“If
you want me to forgive you then…” Ash berdiri sebelum menyambung ayatnya.
“What?”
tanya Dania tidak sabar.
“Kalau
you sampai dulu kat café depan tu, Baru I maafkan you.” Ujar Ash lantas berlalu
pergi dengan skate boardnya meninggalkan Dania keseorangan di bangku.
Dania
terpana. Segera dia mengejar Ash di saat otaknya mencerna maksud kata-kata Ash.
************************************************************************************************************
Aireen
tidak sabar untuk sampai ke Malaysia. Dia sengaja pulang seminggu lebih awal
daripada tarikh sepatutnya. Nelly dan Dania merancang untuk pulang dua hari
sebelum tarikh keputusan SPM diumumkan manakala Fazz ini berada di rumah
keluarganya di Malaysia selepas bercuti bersama keluarganya di sekitar Eropah.
Aireen
menolak troli yang memuatkan bagasinya. Matanya meliar memandang sekeliling.
Airil
melambaikan tangan ke arah Aireen.
“Lama
dah sampai?” Aireen bertanya saat dia tiba berhampiran Airil.
“10
minit macam tu. Jom lah gerak. Nanti sesak pula.” Pantas Airil menolak troli
milik Aireen.
Aireen
hanya mengikut langkah Airil.
Airil
menghidupkan enjin. Aireen disebelahnya dipandang. Dia kemudiannya menceritakan
tentang rancangannya untuk bercuti ke Pulau Langkawi dengan keluarganya dan
mahu Aireen turut serta.
Aireen
serba salah. Dia takut kehadirannya tidak disambut baik oleh keluarga Airil.
“Don’t
worry sayang. Mama tahu pasal Reen. Ril selalu story kat mama. “
Aireen
terkejut. “Mama Ril tak marah ke?” perlahan dia bertanya.
“Masa
first Ril story tu, mama bising juga lah sebab takut Ril tak focus on study
tapi lepas result Ril for every exams makin meningkat, mama okay je, siap cakap
nak kenal lagi dengan future daughter-in-law dia.” Terang Airil sambil
tersenyum nakal.
Aireen
menarik nafas lega apabila mendengar penjelasan Airil. Dia tidak sabar untuk turut serta dalam percutian itu.
************************************************************************************************************
Dania tenang memandu Proton Preve miliknya. Fazz disebelahnya sibuk dengan telefon ditangan.
'Whatsapp dengan Fareez lah tu.' hatinya berkata.
Aireen dan Nelly ditempat duduk belakang juga diam. Langsung tidak bersuara.
Sebaik sahaja Dania mematikan enjin, pantas Nelly keluar mendapatkan EJ yang sedang menunggunya.
"Nelly, jangan cuak sangat. You'll get it. Trust me okay." EJ berterusan memujuk Nelly supaya bertenang.
"Orang berdebar ni. Takut lah." Nelly mengadu.
EJ mencapai tangan Nelly. Berkerut dahinya apabila memegang tangan Nelly.
'Sejuknya, macam ais.' gumamnya perlahan.
Nelly cuba untuk tersenyum namun hambar.
Aireen sudah kecut perut melihat Puan Azida memegang mikrofon. Airil yang berdiri di sebelah tersenyum.
Nelly mengeganggam erat tangan EJ cuba untuk meminjam sedikit kekuatan daripada lelaki itu.
Ash dan Dania hanya beriak selamba. Sempat lagi dia mengusik Fazz dan Fareez yang sedang berbual tentang keputusan yang bakal diumumkan.
************************************************************************************************************
Mereka berlapan berkumpul di ruang tamu banglo dua tingkat milik Aireen, Nelly, Dania dan Fazz.
Mereka berkumpul di situ selepas pulang daripada SMKPJ. Masing-masing tidak mampu menyembunyikan senyuman kegembiraan.
Mak Idah menghidangkan air sambil bertanyakan tentang keputusan yang diperoleh. Fazz, Aireen, Dania dan Nelly serentak menjawab. Tercengang Airil, Ash, EJ dan Fareez melihat telatah mereka berempat yang terlebih teruja. Spontan mereka tergelak. Kemudiannya, mereka berlapan sibuk membuat perancangan untuk masa depan yang cerah.
************************************************************************************************************
So, tamat sudah cerita SEINDAH DUNIA. Seriously, sangat sangat penat tapi puas hati sebab cerita ni at last tamat juga. Hope, you all enjoy okay.
P/s: Kalau ade typo ke ape ke, SORRY!