2 Oct 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN) - Part 2

Posted by with No comments
Assalamualaikum, 

ye semua dan marah Wawa lambat gila sambung story. ye ye baik nak sambung lah ni. Cuba bawak bersabar anak anak. Adui. 

Okay the next day seperti dalam episode lepas dah bagi tahu kan dah hire pemandu grab tu untuk jd tourist guide so aah dia pun datang la amik kitorang pagi tu. Siap pakai baju mcm bodyguard lagi. Nasib baik sis dah ada boyfriend. Huhu, tak ni gurau je, by kalau you baca ni serious I gurau je hehee jangan marah ea. 

And the first place seperti yang kitorang dah ckp kat dia, nak pergi Municipal Park dulu. biasa diorang tak faham kalau cakap municipal ni, cakap je nak naik cable car. dia tahu la nak bawak kau gi mana. Huhu, yang menariknya permandangan dia la huhu memang kaw kaw la photoshoot nak upload kat ig. Pastu harga cable car tu 200 Bath. Kalau rasa nak naik, silakan, taknak pun takpe takde orang paksa. And ye wawa tak naik pun sebab entah bosan naik cable car. Dah pernah naik yg kat Genting and Langkawi. haha. Bersabar je lah Hatyai dapat tourist macam wawa ni. tak menjana pendapatan negara langsung. haha. 

kan dah cakap scenery cantik. Huhu model pun cantik kan. :p

Dah puas bergambar pastu kami pun bergerak lah ke samila beach yang terletak di wilayah Songkhla. Pantai dia tak dinafikan sangat sangat cantik. Tapi ya ampun cuaca dia panas nak mati. sumpah rasa boleh blackout tetiba kat situ. Nak berjalan ketengah pantai where there is a mermaid statue pun surrender. 


photoshoot ala ala AsNTM tak. ?

pastu kat tepi tepi ada kedai jual jual, suggestion wawa. go through the whole kedai pastu baru start shopping. jangan jadi mcm wawa, masuk kedai first dah borong semua benda, pergi kedai second rasa menyesal sbb ada yg lg cantik. And jangan lupa untuk try ice cream kelapa kat sini okay. Takdelah sedap mana tapi worth la to try. 

Sangkaya
Selepas berpanas dan menghitamkan muka kat Samila Beach ni, kitorang pun called la si Bird tu suruh amik kitorang pastu bawak pergi Floating Market. tapi sebelum tu kitorang singgah kat Masjid Songhkla. Ala, kalau nak tau yang pakat cakap kahwin lari kat Siam tu, haaa kat sini la diorang nikahnya. Masjid ni lah yang menjadi bukti wujudnya masyarakat Islam di Songhkla. Lepas dah habis tour tour masjid tu(Still under construction kat area depan tu so tak fully siap lagi). pastu next baru la Floating Market. Okay what i am trying to say here is, this is the best place in Hatyai.  

Macam nak tiru Taj Mahal kan design dia. sangat cantik.

Nampak tak tu deretan perahu tu.. 
amazing nya tempat ni diorang berniaga dalam perahu k. serious wawa rasa macam wow gila. Dia boleh angkut segala tong gas semua letak atas perahu tu aku risau terbalik je perahu tu huhu. Pastu part nak hantar makanan kat kita tu, dia guna bakul sangkut pd buluh macam tu nanti dia letak makanan dalam tu and kita pun amik makanan and jangan lupa pulak bayar. just put your money inside the small basket tu tau. Okay ni lagi dia serve makanan tu not only dalam bekas yg mainstream je tau (read: paper bowl). ada yang air tu dia letak dalam buluh, letak dalam bekas tanah liat yg ada memacam bentuk. Comel gila and seronok sangat tgk dia berjual. P/s: Floating Market ni open hari Jumaat, Sabtu and Ahad je tau. Pastu pukul 3-6pm je. so plan betul betul percutian anda. Must try: tomyam, air teh dalam buluh, potato spiral, and banyak la lagi. haha Pastu kt belakang tu pun ada kedai yang jual jual macam macam jenis baju, cenderamata and lots more la. 


Yang tak bestnya kat sini, anjing merata-rata tau and berkeliaran macam kucing, haa risau gila dia datang gesel gesel badan kat kaki, satu kerjaaku nak samak. pepandai la ye anak anak, nak hidup kat sana. Wawa spend dalam 1 hour and a hald jugak kat Floating Market ni. Lepas dah beli semua benda yang rasa macam nak beli, pastu kitorang pun ajak la si Bird ni balik. Huhu. sampai kat hotel seperti yang dijanjikan, kitorang pun bayar la THB 1500 kat dia. Huhu, dia pun sempat jugak la ajar few perkataan dalam bahasa Thai ni. Seronok dapat interact dengan dia. dia pun tak pandai sangat cakap Bahasa Inggeris, maka aku rasa macam nak belajar bahasa Thai pulak so senang nak ajak dia borak nak tanya pasal Thailand ni asal kena bom dulu kat Lee Garden tu. Based on readings kan, katanya puak pemisah Thai yang tak puas hati dengan apa tah. Hmm, tah la nak. 

Pastu petang tu balik hotel macam biasa, mandi, bersihkan diri rehat and malam tu pergi jenjalan lagi kat area Lee Garden huhu menghabiskan sisa sisa duit yang masih ada. Oh lupa nak bg tahu, masa di Thailand adalah lewat 1 jam ye anak anak. So rasa macam lewatnya masa berlalu. 

Keesokan harinya yeay nak balik Malaysia dah. Huhu, maka kami pun bangun awal pagi jugak la naik tuk tuk pergi ke Hatyai Railway Station untuk membeli tiket pulang ke Padang Besar. Harga tiket balik dalam 50 Bath je and sebab masa pergi tu terlepas peluang naik keretapi yang tkde aircond tu, excited sangat nak naik this time tapi hahahah yes pengalaman yang menarik. tak bestnya sebab ramai orang so sesak sikit la dah lah panas nak mati. Hmm. Haha, kuatkan hati nak menjiwai pengalaman travel, so harung je la panas ke apa. And it was a nice experience sebab kat Malaysia dah takde kan keretapi tkde aircond ni. Ada la fefeeling cerita bollywood sikit. sikit je. Takde main lelari dengan SRK pun. 

Nak balik dah time ni, tunggu keretapi ni gerak je. 

So itu lah saja catatan semasa berada di Hatyai Thailand. Stay tuned on next destination. Plan macam nak pergi Jakarta.

Thanks for reading. 

26 Sept 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN)

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum.

Hmm, boleh tak Wawa hold dulu story kat Osaka tu. Wawa nak sambung story trip to Hatyai. Sebab baru last month kan, so dalam kepala tgh segar bugar lagi kenangan kat sana. Hehe.

So, meh la sini wawa share itinerary 3 hari 2 malam ke Hatyai. Dah la baru habis intern petang tu, malam pukul 9 dah naik bas. Memang dalam bas aku bantai tidur je. Huhu. 

Tiket bas to Kangar around RM69.00 (one way) bas bertolak ke Kangar pukul 9 malam. Bas daripada Kangar bertolak pukul 6.45 ptg. Yang ni boleh book tiket sesiap takut tiket bas habis. 

Pastu once sampai Kangar mohon bergerak la ke Stesen Keretapi Padang Besar around 45 minutes from Kangar. Kaunter bukak dalam pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tapi time peak hours mcm Wawa la pergi time Merdeka beratur pukul 9 pastu tiket train habis. Hmm, musnah harapan aku nak feeling Bollywood naik train takde aircond.

Pastu sebab tiket train habis, next plan is naik van. Van from bus station Padang Besar jauh jugak la dekat 1 km. Persiapkan kaki ye nak jalan jauh. Tips from Wawa, bawak la beg galas instead of beg roda, jenuh aku nak  menarik sepanjang 1 km tu dengan kepanasan yang boleh goreng ayam. T.T

Sampai kat situ nak cop passport ni hampeh tak guna punya immigration Thailand, kena bayar RM1 pulak dah. Kejadah sangat, tak pernah pergi memana negara yang polisi kastam cekik duit macam ni. Puihh. Naik van pulak harga dalam RM20. ni maybe sebab peak hours, korang nanti nego la harga sampai dpt murah lagi. Sib baik vannya selesa bangat ada aircond. Perjalanan 45 minutes tu wawa tidur je sebab kiri kanan tkde apa pun. Pastu van tu pulak hantar kat common building which is Lee Gardens Plaza. Huhu, tempat ni pernah kena bom tau dulu. So, hati-hati ya buk. 

Once sampai, terus pergi terjah 7 eleven beli simkad, macam biasa hidup di era ini tak boleh hidup tanpa internet, maka, Wawa terfikir macam mana orang travel sebelum wujudnya google map sekian sekian ni. mesti kena banyak bertanya blabla. Sebab tu wujudnya pepatah 'Malu bertanya sesat jalan'. Sebenarnya boleh je nak praktikkan tanya menanya ni tapi hello, sepatah haram tak faham dia cakap apa. I am using simple English kot. takde bawak keluar slang british ke apa. Tanya soalan pasal nak beli simcard pun punyalah susah wawa cuba untuk memahami apala yang cuba untuk disampaikan lagi nak tanya jalan ke nak tanya arah nak pergi hotel ke apa, hmm sejam kot amik masa. Akhirnya beli la simcard with 8 days unlimited internet 3 Gb max speed brand DTAC huhu.  So far brand ni okay and internet dia laju la, puas hati.Harga 299 Bath. Okay ni yang bagusnya staff 7 eleven tu tolong daftarkan segalanya. maka hulur je apa yg diminta. Passport dia nak, pastu di nak amik gambar kau sekali maka buat je apa yg dia suruh. Tapi fikir logik la takkan kalau dia suruh minum beer yg takde kena mengena dengan daftar no phone kau pergi follow, boleh slow slow terjun bangunan kot. 

Dah settle urusan beli simcard semua tu, gi jenguk air yg jual kat belakang tu sedap gilaaa bakhanggggg, campurkan air espresso dengan ovaltine choc malt wuu sis nak nangis, sedap sangat pastu mengeluh kenapa kat malaysia takde. self service tau, cawan paling besar 24 bath je. puas hati minum, siap boleh share dengan kengkawan lagi. 

Dah siap semua maka bermulalah pengembaraan mencari makanan yang halal untuk dimakan, wawa dah lapar gilaaa time tu. So, kitorang pergi ke kedai yang sangat famous dalam kalangan orang malaysia or sesiapa la yang mencari makanan halal. KAI TOD DECHA. Kat sini, bukak menu memang sepatah haram aku tak faham. T.T tapi sebab ramai org makan Wawa makan nasi dengan ayam goreng je. Huuhuh based on observation Wawa kalau makan daging macam ayam tu mahal sikit la, maybe sebab susah kot nak cari makanan halal. Tapi bila makan Shrimp Fried Rice murah je dalam 50 bath sepinggan. Makan nasi putih dengan ayam tu dekat 65 bath. Plus air semua total 95 bath. Nak rasa air teh yang dia tarik pepanjang tu bolehla order kat kedai ni nanti. 

shrimp fried rice. nampak je macam sedap tapi entah lah rasa dia so so je

Dah habis makan tu, Sumpah dah penat berjalan, So, weolls decided naik tuktuk pergi Merridian Hotel Hatyai nak check in. Hotel ni tempah online 1 month before okay. RM74 per night la lebih kurang. Tak berapa nak recommended sebab dia mintak passport and kept it till check out. Wuish sangat bahaya, buatnya kena tahan takde passport tak ke jadi pendatang tanpa izin. So, better cari hotel lain ye. 


Dah siap mandi, solat, rehatkan diri, petang tu weolls jenjalan pergi Lee Gardens Plaza, KimYong Market dan Asean Night Market. From hotel too Lee Gardens Plaza jalan kaki je, Pastu pergi KimYong Market pun jalan kaki je from Lee Gardens Plaza. Tapi nak pergi ke Asean Night Market yang quite jauh tu surrender la jalan kaki, weolls amik tuktuk dengan bayaran 100 bath for 3 people. Sepatutnya 20 bath pun dah cukup dah. Tapi takpelah takde choice, terima je la. 
Asean Night Bazaar

payung gambar sikit


So, boleh shopping kat 3 tempat tu. Pandai-pandai la survey harga mana paling murah and boleh nego sampai dapat murah. Basically, harga lebih kurang je semua. tapi kat Lee Gardens Plaza tu so far haga murah jugak. 

ni pun wawa try jugak tp hmm tak sedap. serious tak sedap. 

jalan pastu amik gambar, tp tak beli pun huhu. sumpah ada trust issues

yang ni favorite weh, sumpah yakmat sedap nak mati. 

dip and dip versi hatyai. tak sedap pun hahahaha sbb mmg tak suka 

nak beli coklat ni sbb ada huruf comel gila boleh buat nama sendiri pastu bila kematangan melanda hmm tak beli pun. 
udang besar tapi i got trust issues, kat rumah ayah beli saiz lebih kurang macam ni jugak tp mahal knp dia jual murah?? 


Sampai kat Asean Night Market, boleh borong casing phone. murah gilaaa and cantikssss semuanya rasa cm menyesal tak borong banyak banyak. Harga around 100 bath je.  Baju pun murah juga, semua okay la kat sini, menarik and best. Panasla tapinya sebab bersesak ramai orang dah la takde aircond. Disebabkan jiwa traveler kan memang datang untuk shopping maka tak kisah sangat pun. Dinasihatkan untuk minum air yang banyak jangan sampai dehydrated ye anak-anak. tempat makan kat bahagian atas tau. tapi for me tempat makan dia bebiasa je tak sedap sangat pun. 

tulisan thai tu mcm ada gaya eja nama wawa kan. maksud nama wawa dlm thai, entrance ke. sedih gila

Lepas dah puas shopping and had our dinner in Asean Night Market, weolls bergerak ke Central Festival Mall, ni tempat shopping orang kaya. Huhu, Ada Victoria Secret, UNIQLO, H&M, CathKidston, Swatch and many more la kedai yang branded tu. Tapi kat luar tu macam ada bukak gerai gerai tu semua, so seronok la jugak cuci mata. Dah habis cuci mata dalam mall, sebenarnya nak aircond je huhu, amik grab balik hotel. 

Masa dalam grab tu, kami melamar pemandu grab yang dikenali sebagai (Bird). Hahaha, melamar untuk jadi our tourist guide for 1 day esok ke tempat tempat menarik di Hatyai dan Songkhla. Maka, selepas nego sana nego sini, 1500 bath total for one day in which dia ambik kat hotel pastu bawak gi jenjalan to few places yang kitorang dah decide tu pastu send us back to the hotel. Okay, so untuk kitorang bertiga consider as 500 bath sorang, murah la tu. huhu. dah ambik no dia semua pastu deal okay, malam tu kami tidur dengan lena. 

OK kawan kawan, nnti wawa sambung dlm second part ea. tidur dulu. bye. 


27 Aug 2018

RECIPE : KOREAN SPICY FRIED CHICKEN

Posted by with No comments
Hye Assalamualaikum everybody.. Okay since ramai sangat yang request dgn Wawa on how to make Korean Fried Chicken, here I would like to share the steps on how to make one. Tak, bukan suruh Wawa share recipe, to be exact suruh Wawa masakkan utk diorang. Haih, gais please, jadi rajin sikit, jangan jadi pemalas sgt nak masak, yg nak makan pun korang jugak. Lagi satu ni Wawa nak tegur, yang jenis sukati je nak request 'budak praktikal' masakkan itu ini without giving any money, eh hello come on please, common sense mana? Ingat student ni ada income tetap ke? Sukati je nak mintak belanja itu ini. Tak faham betul. Lainla kalau budak praktikal tu sendiri yang willing nak buatkan or apa. So, hadam bebetul ea benda ni. Dont ever try to repeat. 

So, macam yang Wawa pernah share dalam entry entry sebelum ni where I love to cook, I am really into cooking. tapi tu lah tak pernah pun terror masak sampai sekarang ahahaha. 

macam biasa plating ku kelaut semuanya.

okay so today selepas penat membebel, Wawa nak share satu recipe yg bila masak je ramai sgt yg comment ckp nak la apa la itu la ini la. Hahaha. Dan telah lebih drpd seribu kali share recipe, still people ask for it. sis tak faham. Haih. 

Bahan-bahan yang diperlukan. Actually wawa tkde precise quantity, selalu macam agak agak je.


  • ayam of course dalam 4 ketul
  • 2 sudu madu *
  • 2 sudu sos cili *
  • 1 sudu sos tomato *
  • halia
  • lada hitam
  • garlic
  • garam
  • minyak
  • tepung jagung
  • telur
  • lada kisar
  • bijan
So, ayam tu once dah cuci bersih bersih, perap dengan lada hitam, halia(tumbuk), garam sikit, pastu celup dlm telur and tepung jagung pastu goreng dan put aside. Next, yang bahan bahan ada tanda * tu, sekalikan dalam satu mangkuk and gaulkan. Tumis bawang putih yang ditumbuk, masukkan lada kisar, tumis sampai garing masukkan campuran sos dan madu semua tu, pastu masukkan air sikit in case if dia pekat sgt, okay bila dia dah masak semua tu perasakan dgn garam, pastu masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan ayam dengan sos tu bagi semue melekat pada sos tu. then, last but not least, taburkan bijan. tadaaaa siap dah SPICY KOREAN FRIED CHICKEN.


20 Aug 2018

OSAKA PART 1

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum everyone. Haih, dah lama sebenarnya wawa peram stories while i was in Japan. LOL, tak tau nak describe macam mana perasaan malas tu. huhu. Anyway, i went there last year with like a group of friends la tapi jenjalan tu dalam 3 org je and kalau lebih pun still nak bergerak dalam group yg kecil. huhu nampak tak betapa selfishnya perangai. Bukan la, tapi just tak suka bersesak ramai ramai mcm tu. You know I hate crowds. Pastu takde la nak kena layan perangai banyak songeh sekor sekor. hahaha. 

So hmm, ya, for your informations, kan kitorang depart from UTM Skudai by bus sampai KLIA 2 pastu baru fly to Kansai Airport. So huhu, depart pukul 10 macam tu pastu nak nangis sebab before tu ada test Statistic tau, debor gila aku jawab soalan statistic dgn excited nak pergi Jepunnya, hahaha sib baik mampu menjawab walaupun tahu tak cemerlang. Kihkih. 

So macam biasa la along the journey yg naik bas tu of course la i slept like there's no tomorrow. hehe sebab mengantuk laaa, pastu sampai around before subuh mcm tu so sempat la solat kat KLIA 2 tu. pastu jenjalan kat sana have fun apa semua dia mcm control diri from buying stuff sbb tahu nak shopping banyak kat Jepun. So, masa tu raye kat sana dalam 1000 yen equal tu RM38 la. Pastu barang paling murah dalam 100 yen mcm tu which kalau convert dapat la RM 3.80 tp wawa biasa genapkan je RM4. Jangan tertipu pulak nanti sebab tgk wahh 100 yen kat sana jadi RM4 kat Malaysia. Dia akan jadi untung for us kalau barang paling murah kat sana dijual dengan harga 1 yen tapi since kat sana macam Wawa ckp td, paling murah pun lebih kurang 100 yen, faham faham la. Senang cerita ni nak compare kat Malaysia kita beli satu botol air mineral tu RM1 tapi kat sana nak beli air mineral 100 yen which equal to RM4. Ha, murah ke mahal? Jawab sendiri. Haha.



bag saya satu je, yg tepi tu bag org lain. 

okay ni acah acah mcm org famous tunjuk passport, boarding pass blabla

view from first floor


amik gambar dalam flight dulu..

dah sampai yeay, tengok belakang ada mamat jepun. 
                                     

Dah sampai kat Kansai tu of course the main transport yg kitorang guna ialah train. Huhu, therefore, kitorang pun naik train to Dotonbouri. Sebab we are going to have our night there. Heee. Mostly memang berjalan la dan berjalan sampai huhu rasa macam am I gonna lose more weight afterwards?
Okay tipu jekkk.. 

And sampai je memang terus macam weh nak pengsan. Penat ya amat. Sebab kan dah cakap tadi banyak sangat travel guna kaki. Huhu. So, dh cuci muka semua pastu tidur to gain more energy for tomorrow. 




Okay ni sebab bangun terlampau awal pastu tunggu breakfast from the one yg masakkan for us plus our tourist guide. 

I actually forgot our first place yg kitorang pergi haritu, huhu, tu laaaa peram lagi story ni lama lama. Hmm, if I am not mistaken la, Okayama kot.. Yeay dah igt dah, aah betul la kitorang pergi Okayama Korakuen Garden. Best sangat! Tapi sadly la sebab time kitorang datang tu macam last week on winter and tak masuk spring lagi, so tak sempat tengok bunga bunga sakura kat taman tu, if not, I promised you it will be the most beautiful garden in Osaka. 


muka tunggu makanan sampai. kelaparan melanda. 


SO, TU JE DULU FOR THIS ENTRY. PENAT LA MENAIP. SOON I SHARE LAGI GAMBAR KAT OKAYAMA GARDEN SEMUA. JANJI. HEHE








26 Nov 2017

PHASE?

Posted by with No comments
Assalamualaikum.

life ni menyedihkan kan. betul tak? sebab setiap hari we have to face problems and all. life ni menyakitkan. life ni unfair sangat.

sayang, kenapa ada thought macam tu. hidup macam roda.  bukan setiap waktu kita nak merasai kesenangan dalam hidup. ada masa Tuhan akan berikan hujan. sayang, kenapa sedih sangat ni hmm. dalam hidup ni, kadang-kadang memang ada perkara yang kita taknak tapi still kita kena hadap jugak. sebab despite semua ni, kita akan jadi lebih kuat.

dah dah jangan sedih okay, kalau sedih. share la dengan wawa. wawa nak tau kenapa korang semua sedih. tak elok pendam tau. sayang, hari ni Wawa nak share kenapa kita selalu overthinking ea? sebab kita tak percayakan dia? sebab kita rasa insecure ke cane? sayang, kalau dia sayang kita, dia akan sentiasa ada untuk kita. okay? kalau dia takde maksudnya kita bukan keutamaan dia, kalau tak percaya, cuba tengok hmm parents kita, kalau kita ada masalah je, dia mesti akan care pasal kita. sebab of course la perents mana yg tak sayang anak. betul tak?

kawan? depends on jenis kawan jugak tau. sebab kawan yang baik takkan susahkan kawan dia. kawan yang baik akan selalu ada untuk kawan dia. kawan yang baik akan mempercayai kawan dia. kawan yang baik takkan lupakan kawan dia. kawan yang baik jugak akan selalu doakan kawan dia. so, sayang, wawa harap korang semua pandai pilih kawan dan jadikan lah kawan yang baik. sebab apa? kalau tak jumpa kawan yang baik, jadilah kawan yang baik. 

Okay dah, hmm weekends ni cousin wawa bertunang. Hmm, wawa happy plus excited sangat,  kenapa? sebab cousin yang rapat dah nak entering new phase in life kot. dulu kitorang selalu main sama sama masa kecik kecik. teringat masa tu main buaian kat rumah ayah mi, pastu dapat gula gula la. rasa macam baru semalam je. tak sangka semua dah besar, dah ada life masing masing. struggling to survive. hmm, wawa doakan fara and hazwan happy, kekal sampai bila bila. congratulations. cepat cepat sikit kahwin, tak elok bertunang lama lama. 

turn wawa? eh lambat lagi, Wawa nak grad dulu, wawa nak kenal hati budi, perangai dia dulu baru boleh move into next phase. nasihat wawa? kita kalau nak pilih someone, kita bukan setakat pilih suami tau, kita pilih ayah untuk anak anak kita, kita pilih menantu untuk parents kita. carilah seorang yang mampu buat kita tersenyum saat kita bersedih, mampu melihat air mata disebalik senyuman, sanggup susah dan senang sama sama. yang paling penting tanggungjawab terhadap agama, ibu bapa. kalau kita tak merasai kemanisan tu pun, mungkin Allah hantar anak lelaki yg taat pada ibu dia sama macam suami kita. hmm, itu lebih baik kan. sebab setiap anak adam yang mati meninggalkan 3 perkara, amal kebaikan, sedekah jariah dan anak yang soleh. mungkin amal kita tak cukup sebab kita manusia yang tak lari daripada melakukan dosa. sedekah kita pun mungkin ada yang tak ikhlas. jadi yang ketiga tu penting.

so, hmm wawa harap semua dapat input la baca blog wawa. hmm. lagi satu wawa nak share pasal lagu ni. wawa suka sangat dengan lirik dia. jadi wawa harap sayang sayang semua dengar lagu ni k. hmm tu je lah drpd wawa. thanks for reading. nanti wawa share moments during engagement FARA and HAZWAN. :) 


7 Oct 2017

DUA LIPA? ED SHEERAN?

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum..
Cepat jawab salam. Macam biasa, kalau tak jawab dosa. Tapi kalau jawab hmm sayang. Okay dah dah. Wawa ada benda nak story ni. 

Apa dia?? Hmm, korang nak Wawa story pasal apa? Eh, before tu nak mintak maaf dulu la sebab tak sambung kisah kisah menarik di Jepun. Hehe, saya sangat la pemalas nak taip memori indah di negara matahari terbit tu. Sebab banyak sangat, saya nak simpan dalam hati je. Boleh? Yeay, terima kasih kerana memahami. 

Anyway, okay semorang pun tahu kan, saya demam haritu, demam plus batuk, plus selsema. hmm terseksa weh setiap hari pening kepala apa semua lah ada. I guess kan, antibody lemah kot. Kena hujan sikit pun dah demam. Tak sebenarnya, kena hujan tak demam tapi sebab Wawa ni tak reti nak mandi lepas kena hujan. Sebab tu la demam. Banyak kali dah ibu pesan tapi tu la pesen kepala tu macam ada batu, tu yang tak buat pastu dah demam haaa, nangis nangis call ibu. Haih, macam macam. So, adik adik yang disayangi jangan ikut perangai kakak ni. No okay! Jadi baik baik je. Nanti baru la disenangi ramai. 

Oh, currently, Wawa dah jadi student tahun 3. Like yes, seriously i dah gettin tua. Tahun depan dah 22 years old lah. Hmm, sedihnya. macam baru semalam je rasa pergi tadika. Eh, penipu betul. :p
Takdela, cepat kan masa berlalu, phase by phase. sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, degree life pun dah nak habis. Lepas tu kerja. lepas tu lepas tu.. hmm, tak tau. sebenarnya, banyak sangat target dalam hidup. nak start business, nak ada cafe sendiri, nak travel sana sini. yang penting kena kerja dulu la, ada income, baru la ada duit nak start all that kan.

Hmm, the point of writing ni sebab haaa nak share pasal ni... You guys kenal DUA LIPA?? wehhhh, shes sooo cantik, body pun cantik. OMG, macam stunning gila dia. Like wow!! back then Wawa macam adore Kendall Jenner punya looks and body figure apa semua tapi tadi macam layan music video New Rules tu pastu macam weh, she's incredibly gorgeous. I can just conclude that muka, body semua perfecto. okay behave behave. Hahaha, Wawa kalau excited memang macam ni. Hahah.

Okay dah stop cerita pasal dia. Hmm, nak story ni lagu PERFECT by ED SHEERAN ni best gila.. 
okay dah tu je. Pastu dengar seribu kali sampai bosan. Hahaha, that wasss so Wawa. Nanti dah bosan dah taknak dengar dah lagu tu. okay here i include sekali lagu tu. Dengar ea. But as usual la before tekan play tutup dulu lullaby kat atas tu. tekan je black square tu. Okay everyone. Happy Sunday. Wawa kena tidur dulu sebab esok Wawa ada kelas. Byebye. 





THANK YOU FOR READING!

2 Aug 2017

UTM & OPU 2017 (Summer School) Part 1

Posted by with No comments
Hye, Assalamualaikum.

Konnichiwa! 

Eh tetiba nak berbahasa Jepun pulak en. Haha takde, ni saja saja praktikkan balik sebab awal semester haritu, Wawa join program summer school dengan Japanese students from Osaka Prefecture University. So, dah alang alang jumpa dengan diorang Wawa pun terus lah belajar sesikit bahasa Jepun. 

Program ni was held around 2 weeks. And memang banyak sangat activities sampai Wawa sendiri pun penat gila baqhang. No weekends for two weeks. But I really enjoyed the 2 weeks experience with them. Sangat sangat banyak benda baru. Plus I have to speak English dengan diorang. Lagi lah dapat improve my English. Anyway, Japanese takdelah terror sangat berbahasa English. Diorang pun tau basic je. Therefore, kalau ada Malaysian yang salah dalam penggunaan Bahasa Inggeris tu no need lah kecam. Okay?

So, program ni started bulan Febuary haritu. 13th of Feb 2017. Yeaa, of course we need to welcome the students from OPU. Therefore, ada lah like a small party, where we need to greet them, and meet out partners. Ouh lupa nak bagi tahu actually program ni every buddies(UTM students) will get a partner. Like a friend which we need to help in all sorts of things. Bawak dia jenjalan kat sini. bawak dia pergi makan, in case if dia nak tukar duit kita kena tolong. So, Wawa dipairkan dengan YUZUKI YAMAMURA. An average Japanese girl with adorable look. So, she's so nice and warm hearted. I was so pleased to meet her and being her partner. Awal awal tu macam malu malu tanya pun simple simple je. Since Japanese are not really well in English, yes we encountered communications problems at first but manage to handle it through out the program. Tak boleh nak guna bombastic words sangat dengan diorang sebab diorang tak faham pun. But still my English improves. I could see that I manage to arrange every ideas in sentences without 'aaa' 'err' and so on. Fluent lah sikit instead of before ni gagap sana gagap sini. :p


And starting from our first meet, setiap hari Wawa kena bawak dia pergi dinner. The first day tu, Wawa bawak dia pergi night market. She was truly excited tengok keadaan kat pasar malam tu. Where there are lots of things, foods, drinks and so on. So, after wandering around, she decided to buy keropok lekor, apam balik and  the ultimate durian juice. Lol, even me myself pun tak makan durian. But I love tempoyak. :p

Next, for the second day tu, we went to restoran Syed Alwi(Mamak) since she really wanted to experience Malaysian style. I introduced her Indian, Chinese and of course Malay cuisine. I told her although hidup berbilang bangsa and agama. But still we live in harmony. And yes Roti Canai, Naan Cheese, Tandoori are all Indian food but Chinese and Malay can also taste them. So, she actually can experience Indian food w/o going to India and Chinese food w/o going to China. The benefits of coming to Malaysia. 


Menu 1: Roti Canai & Teh Tarik

Manu 2: Naan Cheese+ Tandoori & Teh Tarik

I ordered these menus and ask her to give a try and she likes it. But she complained that the curry was little bit spicy. Hahaha, very unlucky.


The second day, I brought her to a nearby stall at Taman U. We were going to eat Nasi Lemak. Yeay! Because before ni pun masa dia tanya apa local food yang Wawa paling suka, straight away Wawa cakap Nasi Lemak. And diorang pun makan. Tapi Nasi Lemak w/o sambal. Tak umphh lah. Hahaha, diorang yang pelik tengok cara Malaysian makan. Yelah we Malaysian memang mix kan nasi dengan kuah. If not tak rasa apa lah. But they all memang tak makan pedas so, pepaham je lah. And she gave thumbs up for the Nasi Lemak. Ouh yes, one more time minum teh tarik. Yuzuki ni macam dah addicted sangat dengan teh tarik. Hahaha. 


And now I forgot dah hari keberapa but we got Malaysian Culture Sharing Session. So you could see down there in the pictures how it went. Yes, kitorang bagi diorang try pakai baju baju tradisional bangsa Melayu which is Baju Melayu and also Baju Kurung with scaf as well. Wah sekali pandang ada nampak macam orang Melayu tak? Hehe. Oh, Wawa jaga station yang ada traditional games. Contoh ada gasing, batu seremban, guli, congkak and so on. Nasib baik sis master main congkak and batu seremban tu kalau tak, buat malu je. overa;; they seems to enjoy the session. Mana tak enjoy kan sampai kena menari our traditional dance semua. Anyway, i did menari a bit though i dont really know how. Belasah je lah labu. Salah steps ke apa belakang kira la bukan diorang tahu pun. 









So, i will tell you more about them in Part 2. stay tuned.


12 May 2017

What goes around comes around.

Posted by with No comments
Hye, assalamualaikum. Tak jawab dosa tapi kalau jawab hmm sayang. 

Lama gila kan Wawa tak update entry baru. Ala, sorry la. Wawa busy sangat. Wawa janji nanti Wawa upsate semua story Wawa pergi vacation kat Jepun. Oh ye dengan resepi Japanese Cotton CheeseCake yang konon kononnya sedap sangat tu. Yup, undeniable memang kek tu sedap. Masa kat Jepun tu Wawa rasa yang brand Rikuro. Memang superb la rasa dia. Tak cukup satu slice. :p

Anyway sayang sayang ku. Wawa dah nak dekat dengan final semester 4 ni. So, memang banyak sangat projek nak kena hadap. Mula dah perangai mengada-ngada keluar. Homesick lah semua ada. Hmm, lepastu menangis sorang-sorang. Bila masa tah nak happy ni.

Hmm, Wawa nak tanya ni, korang setuju tak dengan frasa ‘What goes around comes around’ hm?? Lepastu kan Wawa nak tanya pernah tak bila semua kebaikan yang korang buat, balasan yang korang dapat tu tak sama pun macam kebaikan yang korang buat? Eh apasal eh nak bermadah sangat Wawa ni. Haa, senang cerita macam ni la. Bila korang dah selalu tolong orang kan tapi time korang susah, time korang ada problems, orang takde pun nak tolong korang or at least ada untuk korang have fun. Ada untuk korang lepak ke apa. Pernah tak macam tu?? Takdelah, bukan nak ungkit apa apa ke or apa lah tapi Wawa nak tanya je. Pernah ke tak. And if yes? Boleh tak share dengan Wawa apa yang korang buat? Serious ni Wawa nak tau sangat. Kalau boleh kan. Korang email la jawapan tu. Jangan comment kat bawah ni. Kita make it private.  Dah lama Wawa tak interact dengan kawan kawan kat blog kan. Wawa perasan ada yang selalu comment kat entry Wawa yang lepas lepas tu. Wawa nak bagi tau ni. My Phone number is private and confidential tau. So, sorry memang Wawa tak bagi lah untuk yang mintak tu. Kalau nak kawan or nak tanya apa apa. Email je Wawa. InshaAllah I will reply okay. 

Next is. Hmm sekarang ni kan dah nak dekat bulan Ramadhan. Korang dah prepare? Eh bukan prepare baju raya maksud Wawa. Adoi. Prepare lah apa yang patut. Iman tu dah upgrade ke belum? Mana yang belum habis ganti puasa tu? Ceh Wawa ni cakap kat orang pandai. Dia tu? Hmm, Wawa pun banyak yang lopong sana sini ni cane ni ea?? Okay, sama sama kita prepare okay nak jemput Ramadhan kali ni kan. Harapan Wawa?? Hmm, harapan Wawa kalau boleh taknak missed solat tarawikh. Nak make it full sebab bukan selalu kan. Solat ni dalam setahun yang ada 12 bulan tu. sebulan je yang ada. So, kalau mampu, cukupkan lah sebulan. 


Baju raya? Amboi, baru perenggan ke berapa ni. Cepatnya cakap pasal baju raya ea. Padahal hmm puasa pun belum. Haha, takde lah ni Wawa saja je nak bercanda kat sini. Okay Wawa ada banyak pilihan colours and yang confirm on warna pink. Kenapa pink? Sebab entah mood nak jadi perempuan sikit kot tahun ni. Tahun sebelum  ni hmm lelaki ke?  Hahaha. Takdelah Wawa gurau je lah. Ni satgi ada dok whatsapp ceq habaq mai la awat hang gedik lagu tu kat blog aih.. Okay okay tak Wawa gurau je. 

Hmm, dahlah cukup lah kot sampai sini je Wawa membebel. Banyak banyak pun bukannya korang sanggup nak baca. Hmm, jadi apa kata kalau kita stop kat sini. Ye Wawa janji nanti Wawa share resepi okay.


Bye for now. 
Thanks for reading. 

6 Feb 2017

judgemental

Posted by with No comments
Hye and assalamualaikum.

Awak semua buat apa tu? Rindu dengan Wawa tak? Apa? Tak Rindu? Serious? Okay! Dah oleh kot slow slow tekan button (X) kat atas tu. Dah sila lah pergi meninggalkan laman blog Wawa ni. Tak payah menggedik nak datang sini. 

Okay buat yang merindui, amboi gediknya lah ayat kan. Hehe, takdelah betul lah kan, buat yang merindui, terima kasih. So, harini ni sempena first entry in 2K17. Wawa nak wish korang ni, HAPPY NEW YEAR. Mohon jangan kecam k, dah ni first entry, tak kisah lah 1st of Jan ke ataupun dah hari keberapa. Anyway haritu kan hmm, ye awak 25th of Jan haritu birthday Wawa. Thanks kepada semua yang wish, seriously Wawa hargai sangat semua wishes daripada awak semua. Yang bagi hadiah tu terima kasih sangat. Serious terharu kot. Sebab both hadiah yang Wawa dapat, semua surprise. Nak tahu tak Wawa dapat hadiah apa??

 My ICE CREAM cake!
Unexpected Parcel I received from someone. :)

Ayah bagi :*

So, yg ice cream cake tu Wawa bake sendiri. Another 2 pictures tu baru hadiah yang Wawa dapat. Terharu sangat and Wawa suka dua dua. Oh, haritu masa birthday Wawa ada juga buat makan makan kat rumah. Saja saja ajak kawan kawan datang. Buat kecik kecik je, mana yang Wawa tak sempat jemput tu Wawa mintak maaf sangat okay. 

And disebabkan dah 21 tahun ni kan. Hmm, Wawa harap sangat kehidupan semakin baik, tenteram, bahagia. Dijauhkan daripada orang yang tak tahu menghargai dan dijauhkan juga dari yang mengkhianati. Dilimpahkan rezeki. Dikurniakan kawan kawan dan seseorang yang mampu buat Wawa ceria setiap hari. Takdelah nak emo selalu kan. :p


Ye, perasan cantk kan. Okay, kita sedar diri lah kita tak cantik. Hmm.

Oh perangai Wawa ni, Wawa suka selfie kadang kadang. Hahaha. Kadang kadang je okay. Bila rasa makeup on point, brows on fleek. Okay dah. Anyway, semalam kan, Wawa pergi lah post kan barang barang customer Wawa. Oh, lupa nak bagi tahu, Wawa business okay. Wawa jual MARY KAY. Nak tahu apa MARY KAY nanti pm Wawa okay. Wawa explain semua benda. 

Ye cakap pasal business. Kenapa Wawa business. Sebab Wawa ni jenis yang kaki shopping. Kalau boleh semua benda yang cantik tu Wawa nak beli. Kalau boleh lah, Kalau tak boleh tak payah lah beli. And though Wawa dapat sponsorship and ayah bagi Wawa duit poket tapi Wawa jenis yang tak suka nak guna duit tu untuk have fun sana sini kan. Separuh drpd duit biasiswa Wawa simpan dalam tabung haji. Kenapa? sebab Wawa rasa dalam hidup ni kita perlu buat investment sikit lah. Untuk kesenangan di hari tua. Ni ayah yang ajar. Alhamdulillah Wawa puas hati dengan hasil tabungan Wawa. Ye Wawa tau ramai yang cakap cakap belakang kan bila nampak Wawa shopping itu ini. Wawa beli barang barang makeup mahal kat SASA. Wawa pergi beli baju kat H&M. Yes, Wawa tau je ramai yang cakap Wawa boros lah, itu ini. Tapi, sokay, ramai yang tak tahu perkara sebenar. Ramai yang tak tahu kerja keras Wawa cari duit untuk shopping tu semua. Even trip to Japan tu, total RM3000 Wawa confirm dengan lecturer nak join once duit biasiswa masuk sebab Wawa taknak mintak dengan parents. Last minute sangat masa tu. Dah siapa suruh biasiswa masuk lambat. Tu pun Wawa bayar secara installment. Orang tak nampak apa yang Wawa korbankan. Masa kereta Wawa rosak. Wawa bayar dengan duit sendiri. Even ayah tanya Wawa ada duit ke tak nak bayar, Wawa cakap je Wawa ada duit. RM500 lesap macam tu je. Tapi orang tak nampak semua tu. Orang cuma nampak bila Wawa shopping itu ini, diorang cakap Wawa itulah inilah. Sokay, tak salahkan korang pun tapi kalau boleh lepas ni kan, kalau nak melemparkan tuduhan yang tak berasas tu tolong lah siasat dulu. Sebab Wawa tau nak simpan duit. Perangai Wawa bila dapat duit, Wawa akan simpan. Wawa akan simpan dulu satu amount yang Wawa rasa Wawa puas hati dengan amount tu, and balance tu baru Wawa boleh guna untuk apa apa je. And Wawa suka bergaya, Wawa suka semua tu walaupun Wawa student engineering, Wawa selamba je pergi kelas pakai high sole, Wawa suka semua tu. And Wawa takkan ubah semua tu just because ada orang cakap cakap kat belakang Wawa, even direct on my face pun. So, if you think your words will bring me down then you are wrong. Because I dress not to impress. Wawa pakai apa je sebab Wawa selesa pakai macam tu, Wawa rasa confident.  



Wawa malas lah nak cakap banyak. Wawa tak reply pun tweet akhir pasal retiss tu. Sebab Wawa rasa statement tu tak matang sangat. Oh, Wawa tak tahupun kedai spec kat dunia ni jual shade ke sunglasses ke or any type of cermin mata untuk retiss je. Rakyat biasa ke yang bukan retiss ni semua tak layak pakai semua tu. Wawa tak tahu pun. Baru ni Wawa tahu. Hmm, tak kisah lah. Macam Wawa cakap lah, oarang tak tahu dan tak faham masalah yang kita lalui. Diorang hanya tahu condemn dan kutuk. Sokay anyway. Tpi ni Wawa nak bagi explanation. Baca dan hadam. Mata Wawa ni silau dengan cahaya. My sight boleh jadi berbalam kalau nampak cahaya. Sebab tu Wawa pakai spec. Wawa rabun tapi tak over pun. Wawa still boleh nampak je kalau jauh tapi pandangan Wawa terhad. Kalau Wawa pandang ke arah cahaya tu, Yes Wawa nampak ada orang, Wawa nampak ada kereta, motor lalu ke whatever tapi Wawa tak nampak pun plat number and siapa orang yang lalu tu. So, please lah jangan nak cakap Wawa sombong tak tegur korang. Wawa menggedik nak pakai shade ke apa. Wawa pakai tu sebab Wawa nak drive. So, macam susah lah nak drive kalau pandangan terhad kan. Tak clear nampak the whole view yang kita patut nampak and bahaya. Sebab tu kalau panas ke, waktu malam, wawa akan drive pakai spec. Bukannya saja saja nak pakai. Ingat murah ke pergi tempah spec tu semua. Kalau ikutkan duit tu boleh je guna untuk benda lain tapi since haritu macam ada something happened, terus Wawa pergi tempah spec. 

Okay lah semua, mesti korang menyampah kan baca entry Wawa. Membebel je. Haha. Okay sorry. Nanti Wawa share pasal benda lain k. Bye

Thanks for reading. 

17 Dec 2016

You And I See.

Posted by with No comments
Hye Assalamualaikum kawan kawan Wawa dan pengunjung setia blog ni walaupun tau takde pengunjung pun hahahaha. 

Hari ni takde nak cerita apa pun just tadi godek godek youtube tetiba in the mood nak dengar lagu lagu unic. Makanya, haaaaa inilah few videos yang Wawa rasa lagu dia and lirik dia sedap. Bukan UNIC je, Kumpulan lain pun ada. tekan lah button play tu kalau nak dengar. 

Lagipun dulu time kat KMP, Wawa pernah pergi konsert UNIC tau. Gilaaa lah tu fist time pergi konsert. Konsert nasyid pulak tu. Wawa sebenarnya tak suka crowd so tak suka bersesak. Konsert UNIC ni pun pergi sebab kolej yang anjurkan and tak payah nak terkinja melompat semua. Duduk je atas kerusi and layan lagu dia. Best. Lagu pun semua best. 






Thanks for reading this entry guys. Nanti Wawa share story lain okay. =)

P/s: tekan kat button square kat sebelah wod lullaby atas tu utk stop kan music. 

15 Dec 2016

Weekends with Family

Posted by with No comments
Hye and Assalamulaikum dearies. 

Ouh yes sekarang tengah study week. Stress? Definitely kot sebab tu if you could notice, ha bertaburan pimples atas mukaaaaa. Me is sad. Anyway, the point of writing is hmm, saja lah mengada nak menaip sebab bosan. Tak ni adalah penipuan terbesar abad ini kerana, banyak kerja ni nak kena submit tapi muka memang tak boleh blah happy go lucky ya amat blog walking ke sana ke mari. Padahal 28 ni dah start paper.

Oh disebabkan study week dah start, ada juga terfikir nak bercuti. Hmm, tapi kemana ye? Anda rasa mana tempat yang best? Yang rasa rasa macam worth it sangat untuk menghabiskan masa despite kesibukan yang melanda. 

Dalam kepala otak ni ada 2 perkara je. Singapore, tak pun Melaka. So, nak mintak advice dari awak dan awak mana satu yang paling best. Cepat lah, untung untung dapat join sekali. Hmm. Apa apa pun pilihan awak nanti awak inform Wawa through whatsapp eh. 

Okay, sekarang ni kita masuk pulak sesi story telling.

Cerita apa ye? Oh, ni nak bagi tau, Jumaat lepas, parents datang JB. Ya Allah do you know how happy I was sebab ibu dengan ayah dengan adik datang. Dah lah baru lepas habis test memang happy kuasa 100. Before ibu cakap nak datang tu memang Wawa dah siap request macam macam sebab hahaha ni nak bagi tau rahsia yang wawa sekarang on diet. Therefore, memang control sangat eating habits. Nasi memang dah sebulan tak sentuh. Pastu minum air masak je setiap hari memang no air manis. Sebab nak cut sugar intake. The result is? Weh, turun 5 kilo k. And bila ibu cakap nak datang, memang hahaha happy lah at last dapat juga lah merasa makanan yang sesedap. Not that I nak cakap makanan kat JB ni tak sedap tapiiiiii tak mampu lagi nak lawan masakan ibu lah. Hahaha. 

So haritu ibu masakkan daging dendeng, ikan masak merah, ayam goreng kunyit and ada ulam ulaman. Adui diet memang entah kemana lah. And ibu bawak nasi jugak. Ibu cakap. harini kena makan nasi. nak tak nak kena makan lah. Tak sampai hati nak tolak apa yang ibu masak. Eh, jap bukan tak sampai hati eh memang tak mampu nak tolak lah sedap sangat ya Allah time menaip ni bila ingat balik pun kecur air liur. Dah habis makan semua tu, dah habis borak borak pastu keluar jap pergi Angsana, pergi beli kek adik sebenarnya sebab haritu birthday adik tapi tak celebrate dengan Wawa lagi. Memang cerita dia aku jelajah habis lah secret recipe tu pilih kek paling sedap. And ibu suruh belikan few types of roti yang ada jual kat kedai roti Seasons tu. End of day 1.

Esoknya, pepagi lagi pergi breakfast. Wahh, the best part in life is breakfast. Sebab? Dapat makan banyak banyak tanpa mengira kalori. Tapi still no nasi. Nasi dah makan semalam. Haha. Strict sangat kan. Eh, takde sebab baru perasan banyak baju yang tak muat. So, kena dapatkan perfect body shape balik. Supaya baju baju kesayangan tu tak terbuang begitu saja.

Tengahari tu pulakkkkkk guys do you know I pergi mana???? Ouh supposedly nak pergi Pasir Gudang rumah my uncle but uncle kerja pulak. Makanya, Wawa bawa ibu pergi City Square. Hahaha, memang ada udang di sebalik mi. Sampai je kat City Square tu, Wawa terus ajak ibu masuk H&M. Oh, actually ibu yang cakap ibu nak shopping. So, ibu asked me where is the best place to shop? and I brought her there. Kat dalam H&M tu, Ibu dah sambar few blouses and shirts. Lawa semua rasa macam nak juga but sokay lah dah banyak shirts tu semua buat apa beli lagi kan. Wawa pun jenjalan ke sana ke sini and terpandang satu baju ni mak aiii lawanyaaaaa. Terus tengok price tag. Memang lah aku tak mampu nak membeli adui harga dia, sakit jiwa dan raga. Then ibu tanya tak nak beli apa apa ke. Sangat tak logik okay her one and only daughter ni tak beli baju sebab Wawa ni gilaaa shopping. Lagi kalau baju, sampai ayah cakap, kat wardrobe Wawa tu dah terlalu banyak baju. hehehe, hmm then Wawa pun tunjuk baju yang Wawa nak tu and ibu cakap ambiklah ibu belanja. Haaa, rasa nak melompat bila ibu cakap macam tu. OMG thank youuu ibu. At last baju yang lawa gila tu dah jadi milik Wawa. Yeay. 

Lepastu the next day tu hmm, ibu nak balik dah. Ala sedihnyaaaaa. Sumpah sedih gilaaa. Adik pulak nangis masa hantar Wawa kat Kolej. Ha dengan aku sekali nak nangis tengok adik nangis. tapi control lah. taknak lah kang banjir kilat pulak utm ni. Hehe. 


Awak kalau nak propose saya mintak restu ibu dengan ayah saya dulu k. Hiks!

Eii, ada orang tu merajuk sebab kakak tak ikut dia balik Kuantan.

Hmm, dah pandai selfie hmm. 

hmm, dalam toilet je ada cermin besar macam ni. :p