11 Jul 2016

engineer ke chef?

Posted by with 2 comments
Hye and Assalamulaikum. 
Tak jawab dosa, jawab sayang. K bye. 

Oh, anyway macam biasa, tadi Wawa berblog walking. Dan of course kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang masakan, maka laman laman blog yang Wawa jejaki dan lawati haruslah laman blog yang bercirikan perkongsian resepi dan dekorasi. 

Selain itu, kalau nak tahu, Wawa juga suka menjahit. Tak tahulah you macam mana boleh datang minat macam tu, tapi honestly yes. Wawa pernah belajar menjahit and jangan terkejut kalau Wawa cakap Wawa pernah menghasilkan baju kurung sendiri. Rumit ke menjahit ni? Yup sangat rumit. Sebab ni semua skills kan, and bila lama tinggal kita akan lupa. Wawa pun ingat ingat lupa je nak jahit ni sebab dah berapa bulan tinggal tapi inshaAllah masih boleh lagi kot. 

Berbalik kepada masakan, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan, boleh dikatakan minat suka memasak ni datang or diwariskan daripada family sebelah ibu dan juga ayah, makcik Wawa sangat hebat lah masak ni, segala air tangan dia semuanya superb. Terbaik wok. Padahal time dia masak tu kalau Wawa perhati, takde sukatan sangat pun, semua main cecampak je. Dan my own nenek, sangat lah macam chef you. Seorang yang sangat fussy dalam masakan ni, semua kena tip top tak boleh ada salah sikit, lagi kalau tak kena dengan selera, memang BOOM! start lah dia nak potpetpopet. Ibarat ketua chef di hotel 5 bintang. Kadang kadang tu kesian pulak tengok anak and menantu perempuan dia. Diharapkan mak mentua Wawa nanti tak cerewet lah, sebab as you all know I am not a good cook. Masih lagi seorang amatur. Masih lagi bertateh. Malah, ibu Wawa juga merupakan chef terbaik. Semua yang Wawa suka makan, dia tahu je, and setiap kali Wawa cuti, she will cook my fav food. 

Mungkin disebabkan itu, Wawa pun suka memasak. Hm, Wawa memasak bukan untuk meng'impress sesiapa. Lebih kepada kepuasan hati sendiri. Tapi yang Wawa tahu, Wawa akan rasa sangat happy kalau those yang rasa masakan Wawa bagi komen yang memberangsangkan and makan dengan berselera apa yang Wawa masak tu. Itu dah cukup buat Wawa rasa dihargai. Boleh kata terbang melayang semua kepenatan memasak. Tapi disebabkan passion kan, memasak yang mungkin sesetangah orang akan cakap susah, serabut, tapi bagi Wawa, ini lah yang paling best dan boleh menghilangkan stress. Oleh kerana lahirnya Wawa sebagai anak sulung dan satu satunya perempuan dalam family, maka dapur kat rumah tu adalah my territory. Haha. Oven dan perlatan mem'baking pun ayah belikan and hadiahkan untuk Wawa. Boleh dikatakan, oven tu tak berasap pun kalau Wawa takde kat rumah. Hehe. Sebab memang Wawa sorang je yang akan membaking kat rumah tu. 

Mesti semua pelik kan? Macam mana Wawa boleh further study dalam bidang pure mechy. Wawa ada seorang uncle yang merupakan seorang aircraft engineer. Eversince I was a liltle girl, rapat dengan uncle, sebab everytime balik kampung, mesti uncle ada. And ter'mesmerized dengan replika flight dalam album uncle, dengan flight control uncle. Semua lah. Masa tu minat memasak ni takde lagi, yelah masa tu kecik lagi you, takde maknanya nak memasak ni. Makan tahu lah. Thats why lah masa kekecik dulu gemuk gila. Sampai sekarang pun gemuk sebenarnya, Hehe. So, disebabkan terlalu excited dengan flight, bermula lah cita cita nak jadi seorang pilot. Lama Wawa simpan cita-cita tu, bila orang tanya, dengan yakinnya akan cakap, I want to be a pilot. Tapi sayangnya, Wawa bukan datang dari family berada. Wawa bukan anak orang kaya. Lepas habis SPM, Wawa ada risik risik institusi latihan juruterbang. tapi faham faham je lah, yuran kemasukan je dah berapa. Oleh sebab rasa sayang sangat nak tinggalkan flight ni maka, Wawa decide nak jadi engineer macam uncle. Wawa nak jadi aircraft engineer. Tapi bila Wawa share dengan uncle, uncle cakap, awak perempuan Wawa, kerja sebagai engineer aircraft ni sangat tough dan peluang tu lebih banyak dibuka untuk golongan lelaki. 

once again, Wawa buntu and lost gila nak further bidang apa. Wawa tak tahu. Disebabkan uncle dah cakap macam tu. Wawa lepaskan tawaran diploma kejuruteraan mekanikal (aeronautik). Wawa sambung belajar di matriks Perlis. Ada hikmah maybe, lepas first sem je Wawa sangat sukakan fizik. Masa tu belajar pasal mekanik fizik. Wawa score gila gila subjek tu and Wawa terus call uncle mintak opinion lagi nak further bidang apa. This time, uncle suggest Wawa further pure mechy instead of aeronautic. Wawa try tanya semua senior and alumni dalam bidang ni and diorang semua support. Plus peluang pekerjaan sangat luas. Thats why Wawa ada kat UTM ni dalam course pure mechy. Alhamdulillah rezeki. Memang sangat tough, Wawa tak tipu. Tapi disebabkan minat, (tak tahu lah still minat ke tak) kena proceed lah. 

Hmm, until now pun dah tak menahan tough dia tu sampai boleh ajak bergaduh you. Nak habiskan satu sem tu sampai nenangis. Migraine, gastric, apa lagi? semua lah Wawa kena hadap. Daripada tak rabun pun boleh jadi rabun. Sampai hormone pun tak betul. Apa lagi yang Wawa boleh desribe kat uolls ni nak menunjukkan bahawa susah gila course yang Wawa tengah ambik ni. Hmm. 

So anyway tak perasan dah berjela jela panjangnya entry Wawa this time kan. Ni kes dah lama sangat Wawa tak berblogging. Busy lah. Hehe. Wawa harap belum terlambat lah kan Wawa nak wish readers semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sorry guys kalau ada salah silap ke apa apa lah. Sorry sangat k. 
Oh, sebelum tu kalau korang perasan gambar gambar dalam entry lepas lepas kan semua dah hilang!!!!! tak tahu pergi mana. Wuu, sedih nauuu rasa. Mana nak cekau balik gambar lelama tu wuu. 


bila engineer jadi chef/baker 


Thanks for reading this guys.. Stay tuned and byeeeee..

2 comments:

  1. Hi Wawa, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye, Aini I already sent you an email. Thanks for your comment anyway.

      Delete