30 Jul 2013

Cooking Time ~ [Cute chocolate cupcakes]

Posted by
Assalamualaikum. 

Okay, hari ni Wawa nak share recipe. Sebenarnya, tak plan pun nak update tapi dah kawan kat twitter suruh share kat blog and Wawa pun free. (Sebenarnya tak free, sesaje buat buat free)

Yes, kalau tanya Wawa suka buat apa. Wawa akan cakap Wawa suka duduk kat dapur main masak masak tapi till now Wawa tak pro memasak. Sadis k. Hmm.

And Wawa pun tak plan nak buat. Haritu tengah tension. My mom pulak suruh iolls pergi kedai beli barang barang nak masak. So, dah alang alang iolls bershopping tu, jenjalan kat bahagian bahan-bahan buat kek. Secara tak sengaja tangan mencapai serbuk koko etc etc. So, next time kalau tengah tension jangan shopping, banyak pulak barang yang dibeli nanti. (Peringatan kepada diri sendiri)

Bila dah terbeli kan, takkan nak simpan buat perkasam. So, Wawa pun sengaja gegatal tangan berblogwalking. (Padahal memang kerja wajib setiap hari :p) Click sana click sini, tadaaa, Wawa terjumpa lah resepi chocolate cupcakes. Thanks ye kak FL sebab sudi share resepi. Hehe

Pic without flash

Pic with flash

Yang first picture tu Wawa tak decorate dengan badam lagi. Yang second tu dah siap decorate. Hehe. 

Bahan bahan nak buat cupcakes yang cute ni adalah seperti berikut...

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara-cara nak buat....

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 


Overall memang Wawa tiru resepi FL bulat bulat tapi modified lah sesikit sebab bahan takde. Wawa tak letak chocolate chips sebab masa tengah tension tension pergi shopping tu, tangan ni tak tercapai pulak chocolate chips. Hahaha. 

So, tu je lah untuk entry ni. See you next time. 

P/s: Hampir semua cupcakes tu iolls bagi kat kengkawan. Hehehehe. Banyak sangat. 

28 Jul 2013

The Savior! Whoaa!

Posted by
Assalamualaikum... Wahh, Wawa ni apa kes update entry hari hari ni? Takde kerja lain dah nak buat? Tak sedar diri ke trial tinggal lagi berapa hari? Haa, okay okay, Wawa realise semua tu k tapi ada story kebaboom punya interesting ni to be shared with uolls. Hahaha. Apa yang interesting sangat tu? Ha.. meh meh scroll bawah.

Hari tu kan, ala haritu, Wawa ajak my mama teman Wawa pergi pasar malam. Okay, mama here stands for my friend bukan my mom k. Wawa panggil my mom as ibu k. So, janji dengan dia pukul 5.30 ptg tapi tunggu punya tunggu batang hidung pun tak nampak. Rasanya dia dah dapat lesen motor and kereta last week. Haih. --' Takpelah, Wawa decide pergi ambik dia sebab last minute dia whatsapp Wawa and told me her father guna motor and her mother didn't allow her to drive. Haha, k. That's it. Memang tersangat tepat lah langkah yang Wawa ambik tu. Bijak sangat k. Dah ambik dia semua, weolls pun menuju ke pasar malam. Lepas tu Wawa park kat area Kota Ria tu. Malas nak park kat area IM 1 sebab takut nanti banyak sangat kereta and iolls susah nak keluar. Almaklumlah, Wawa kan tak pro lagi bawak kereta. Hahaha.

So, lepas park tu, nak lintas jalan ahh ni, tetiba dengar bunyi meowww, terus kepala terteleng-teleng mencari dari mana arah suara itu. K tak berapa nak skema duhh ayat iolls. Cari punya cari still tak nampak pun kucing. Weolls pun blah je lah. Dah dapat apa yang weolls nak, weolls pun went back to the place yang Wawa park kereta tadi. Dah sampai kat situ, weolls dengar lagi bunyi meowww. Wawa dongak kepala tengok atas pokok and you know what, memang ada kucing k kat situ. Lahaii, kesiannya. Macam mana nak turun tu. Aduhai, you know iolls kan takut kucing. So, takut takut je nak hulur tangan kat kucing tu, konon konon macam nak suruh kucing tu terjun lah. Mama pulak, heh, dia memang penyayang sangat dengan kucing, kat rumah dia pun beribu kucing dia bela. K tipu je, takde ah sampai beribu, berapa ekor entah, tak kira pulak masa datang rumah dia hari tu. Yang aku tahu, every time aku pergi rumah dia, memang rasa macam masuk kandang rimau kau tahu. Tempat paling selamat? Bilik dia sebab kucing tak berani masuk. Haha. Padahal malu nak lepak kat luar sebab abang dia semua handsome. Kbye. :p

Eh, melalut pulak dah. K, sambung balik pasal kucing tu tadi. Hmm, masa tu adalah sekumpulan budak budak motor ni dok park kat situ, nak lepak kot. Tak tahu lah dia. Malas nak campur urusan orang. So, Wawa and Mama pun suruh lah diorang tolong turunkan kucing tu. Usaha demi usaha. Finally, kucing tu berjaya diselamatkan. Yang Wawa nak highlightkan kat sini, the way diorang selamatkan kucing tu memang patut dipuji k. Awesome, sanggup tu pijak handle bagai. Fuhh, Wawa pun tak sanggup nak buat macam tu. Besar betul pahala diorang dapat, dah lah bulan puasa. 

Di manakah kucing?
Sorry, lupa bawak camera time ni, tak expect pun benda ni nak jadi. So, captured guna camera phone je. 

P/s: Nasib budak budak motor tu ada, kalau tak, confirm Mama yang pergi panjat. Hahaha. Matlamat tak menghalalkan cara k ma. :p

27 Jul 2013

Fenomena Shopping Di Bulan Ramadhan

Posted by
Assalamualaikum. Yes, seperti yang anda dah baca kat title tu, tu lah tajuk discussion kita pada hari ni. 

Pada hari rabu yang lepas, jam 3 petang bertempat di sebuah shopping mall di Kuantan, Pahang. Saya dan keluarga ber'shopping. Haha, habis skema dah ayat. Hmm, kalau bulan puasa, biasanya memang Wawa and my family akan shopping waktu siang. Okay, ramai yang akan tanya dan soalan-soalannya:
  1. Tak penat ke duhh shopping waktu siang?
  2. Kenapa tak pergi malam je?
  3. Bukan biasanya shopping siang ramai orang ke?
So, itulah. So far lah kan, weolls suka shopping before puasa. Means tak nak kacau bulan puasa dengan activity shopping bagai lah tapi yelah kan, mesti ada juga barang yang kita akan beli nak dekat raya. Menjawab soalan yang pertama. Tipu lah kan kalau tak penat tapi takpelah disamping dapat exercise boleh elakkan kita daripada tidur. Biasanya, kalau bulan puasa, kat rumah confirm tidur. Betul tak? Tipulah kalau tak. Hahaha. Next question. Kenapa tak pergi malam? Okay, here, I would like to ask a question. Kalau malam, masa bulan puasa, apa yang uolls akan buat kat rumah? Tak kisah lah apa pun jawapan uolls tapi kalau family Wawa, adik and ayah akan pergi masjid, solat tarawikh. Me and my ibu buat kat rumah je. Ha.. ada faham? Last one, siang ke malam ke ramai je orang. Jammed je jalan tu. Tension tahu tak duduk dalam kereta yang tak gerak gerak. Huh. 

So, masa shopping haritu, I bought a pair of jeans. Lepas tu pergi ambik baju kurung yang ditempah before puasa lagi. Hmm, yang Wawa happy sangat sebab both my parents gave me a watch. Hee~ Ibu suruh pilih jam mana yang Wawa suka. But me species yang tak suka beli something else instead of baju and seluar. Yelah, setakat jam, fuctionnya nak tengok masa kan. So, murah ke mahal ke sama je. Beli jam yang harga beratus ratus buat apa. Hello, harga jam tu, aku boleh beli lagi berpuluh blouse and jeans k. So, that's what I told my 'Puan Sri'.
"Ibu, no need lah memahal sangat, baik beli baju je, pump shoes ke?"
 And my mom pun jawab.
"Beli jam murah nanti cepat rosak. Sebab tu awak beli jam 2 3 4 kali setahun."
Fineeeee, orang dah offer jam mahal kan, ambik je lah. Aku ni pun mengada sangat nak refused bagai. Huh. So, selepas memilih dan memilih dan memilih. Lama sangat memilihnya. Of course k sebab Wawa ni fussy sikit. Hahaha. Wawa suka jam yang tali dia made of leather tapi tak banyak choice. Sadis. So, memang terpaksa lah kan pilih tali besi. I mean stainless steel. Yang banyak di'display'kan semua tali colour silver. Ohh, sangat sangat lah tak menepati citarasa. Wawa pun terus memilih dan memilih dan memilih till satu part tu, my eyes terpandang satu utas jam tangan ni. Okay, memang tali dia stainless steel tapi bukan colour silver. Tali dia colour hitam metallic gitu. So, hati Wawa terpaut lah. Rasa boleh dah ni buat decision nak beli yang mana. Hahaha. Wawa pun panggil ibu and tunjuk kat dia jam tu. Konon muka excited ahh ni tapi tengok price tag, fuhh, patah seribu. RM445! Kau gila. Memang tak ah aku nak waste kan duit beli jam harga macam tu. Kalau aku beli jam yang harga RM60 tu, I could spend the rest of the money beli baju, handbag, pump shoes, accessories, personal things semua. Wawa pandang ibu and ..
"Mahalnya harga dia. Tak nak lah. Baik beli baju apa semua."
Ibu pun terus panggil salesgirl tu and suruh keluarkan jam yang tersimpan rapi dalam peti kaca. Tak respond pun. So, aku pun bersuara 
"aa..."
Belum sempat aku nak cakap. Ibu pulak mencelah.
"Ambik je lah dah ibu offer ni. Tutup tawaran kang mula lah bising nak jam, nak jam."  
"Yelah, yelah. Akak ambik jam tu." 
Hehe, bangang tak aku ni. Duhh, orang offer tu ambik je lah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. At last, jam jenama Crocodile tu jadi milik aku. Thanks my precious.


So, tu je lah yang Wawa nak story kat uolls. Hehehe. Till we meet again in next entry. Lots of love~ Wawa

P/s: Wawa pakai jam tangan kanan and menulis pun guna tangan kanan. :)


26 Jul 2013

Coconut cookies

Posted by
Assalamualaikum uolls. Salam Nuzul Quran. Hari ni dah sampai hari ke 17 kita berpuasa. Sekejap je kan. Macam baru semalam je kita start puasa. Apa-apa pun Wawa harap sempat lagi nak ucapkan selamat berpuasa.

The main thing yang Wawa nak share dengan uolls harini pasal Coconut Cookies. Ceh, sejak bila pulak aku bukak business ni? Hahaha, tak lah. Wawa saja nak tolong my aunties popularkan business dia. 



Nampak macam sedap kan? Bukan setakat nampak k. Memang sedap! Satu balang tu harga dia RM12 je. Dalam tu ada 30 biji. So, kalau terasa nak tempah boleh lah pm Wawa kat facebook. https://www.facebook.com/wawaNNajwaa

P/s: biasalahkan bulan puasa, mesti busy pasal kuih raya.

12 Jul 2013

Cooking Time ~ [HomeMade Popiah]

Posted by
Assalamualaikum uolls. Eh, kenapa lah Wawa ni rajin sangat nak update blog ni? Hmm, biasa lah kan. Masa bulan puasa ni, Wawa terlebih rajin nak masak. So, the main reason mengupdate blog sebab nak show off kat uolls lah. Hahaha, hari ni Wawa buat popia tau. Ibu request nak makan popia. So, Wawa pun buat lah.

Kalau uolls rajin nak masak, try lah. Wawa nak share recipe ni.

Bahan-bahan:
  • bawang besar *
  • bawang putih *
  • ikan bilis *
  • carrot
  • timun
  • sengkuang
  • tauhu
  • sedikit minyak 
  • garam
  • spring roll

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan yang bertanda *
  2. Tumis bahan yang diblend tu. 
  3. Carrot, timun, sengkuang tu jangan lupa hiris nipis nipis.
  4. Lepas tu campurkan je dengan bahan tumis tu.
  5. Garam secukup rasa.
  6. Angkat dan sejukkan sebelum uolls gulung.

Hasilnya~~


Ha, sedap tak? Terliur tak? Uolls boleh lah try buat nanti bila free.

P/s: Esok kita buat buah melaka pulak lah. Hmm, sedapnya..