2 Oct 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN) - Part 2

Posted by with No comments
Assalamualaikum, 

ye semua dan marah Wawa lambat gila sambung story. ye ye baik nak sambung lah ni. Cuba bawak bersabar anak anak. Adui. 

Okay the next day seperti dalam episode lepas dah bagi tahu kan dah hire pemandu grab tu untuk jd tourist guide so aah dia pun datang la amik kitorang pagi tu. Siap pakai baju mcm bodyguard lagi. Nasib baik sis dah ada boyfriend. Huhu, tak ni gurau je, by kalau you baca ni serious I gurau je hehee jangan marah ea. 

And the first place seperti yang kitorang dah ckp kat dia, nak pergi Municipal Park dulu. biasa diorang tak faham kalau cakap municipal ni, cakap je nak naik cable car. dia tahu la nak bawak kau gi mana. Huhu, yang menariknya permandangan dia la huhu memang kaw kaw la photoshoot nak upload kat ig. Pastu harga cable car tu 200 Bath. Kalau rasa nak naik, silakan, taknak pun takpe takde orang paksa. And ye wawa tak naik pun sebab entah bosan naik cable car. Dah pernah naik yg kat Genting and Langkawi. haha. Bersabar je lah Hatyai dapat tourist macam wawa ni. tak menjana pendapatan negara langsung. haha. 

kan dah cakap scenery cantik. Huhu model pun cantik kan. :p

Dah puas bergambar pastu kami pun bergerak lah ke samila beach yang terletak di wilayah Songkhla. Pantai dia tak dinafikan sangat sangat cantik. Tapi ya ampun cuaca dia panas nak mati. sumpah rasa boleh blackout tetiba kat situ. Nak berjalan ketengah pantai where there is a mermaid statue pun surrender. 


photoshoot ala ala AsNTM tak. ?

pastu kat tepi tepi ada kedai jual jual, suggestion wawa. go through the whole kedai pastu baru start shopping. jangan jadi mcm wawa, masuk kedai first dah borong semua benda, pergi kedai second rasa menyesal sbb ada yg lg cantik. And jangan lupa untuk try ice cream kelapa kat sini okay. Takdelah sedap mana tapi worth la to try. 

Sangkaya
Selepas berpanas dan menghitamkan muka kat Samila Beach ni, kitorang pun called la si Bird tu suruh amik kitorang pastu bawak pergi Floating Market. tapi sebelum tu kitorang singgah kat Masjid Songhkla. Ala, kalau nak tau yang pakat cakap kahwin lari kat Siam tu, haaa kat sini la diorang nikahnya. Masjid ni lah yang menjadi bukti wujudnya masyarakat Islam di Songhkla. Lepas dah habis tour tour masjid tu(Still under construction kat area depan tu so tak fully siap lagi). pastu next baru la Floating Market. Okay what i am trying to say here is, this is the best place in Hatyai.  

Macam nak tiru Taj Mahal kan design dia. sangat cantik.

Nampak tak tu deretan perahu tu.. 
amazing nya tempat ni diorang berniaga dalam perahu k. serious wawa rasa macam wow gila. Dia boleh angkut segala tong gas semua letak atas perahu tu aku risau terbalik je perahu tu huhu. Pastu part nak hantar makanan kat kita tu, dia guna bakul sangkut pd buluh macam tu nanti dia letak makanan dalam tu and kita pun amik makanan and jangan lupa pulak bayar. just put your money inside the small basket tu tau. Okay ni lagi dia serve makanan tu not only dalam bekas yg mainstream je tau (read: paper bowl). ada yang air tu dia letak dalam buluh, letak dalam bekas tanah liat yg ada memacam bentuk. Comel gila and seronok sangat tgk dia berjual. P/s: Floating Market ni open hari Jumaat, Sabtu and Ahad je tau. Pastu pukul 3-6pm je. so plan betul betul percutian anda. Must try: tomyam, air teh dalam buluh, potato spiral, and banyak la lagi. haha Pastu kt belakang tu pun ada kedai yang jual jual macam macam jenis baju, cenderamata and lots more la. 


Yang tak bestnya kat sini, anjing merata-rata tau and berkeliaran macam kucing, haa risau gila dia datang gesel gesel badan kat kaki, satu kerjaaku nak samak. pepandai la ye anak anak, nak hidup kat sana. Wawa spend dalam 1 hour and a hald jugak kat Floating Market ni. Lepas dah beli semua benda yang rasa macam nak beli, pastu kitorang pun ajak la si Bird ni balik. Huhu. sampai kat hotel seperti yang dijanjikan, kitorang pun bayar la THB 1500 kat dia. Huhu, dia pun sempat jugak la ajar few perkataan dalam bahasa Thai ni. Seronok dapat interact dengan dia. dia pun tak pandai sangat cakap Bahasa Inggeris, maka aku rasa macam nak belajar bahasa Thai pulak so senang nak ajak dia borak nak tanya pasal Thailand ni asal kena bom dulu kat Lee Garden tu. Based on readings kan, katanya puak pemisah Thai yang tak puas hati dengan apa tah. Hmm, tah la nak. 

Pastu petang tu balik hotel macam biasa, mandi, bersihkan diri rehat and malam tu pergi jenjalan lagi kat area Lee Garden huhu menghabiskan sisa sisa duit yang masih ada. Oh lupa nak bg tahu, masa di Thailand adalah lewat 1 jam ye anak anak. So rasa macam lewatnya masa berlalu. 

Keesokan harinya yeay nak balik Malaysia dah. Huhu, maka kami pun bangun awal pagi jugak la naik tuk tuk pergi ke Hatyai Railway Station untuk membeli tiket pulang ke Padang Besar. Harga tiket balik dalam 50 Bath je and sebab masa pergi tu terlepas peluang naik keretapi yang tkde aircond tu, excited sangat nak naik this time tapi hahahah yes pengalaman yang menarik. tak bestnya sebab ramai orang so sesak sikit la dah lah panas nak mati. Hmm. Haha, kuatkan hati nak menjiwai pengalaman travel, so harung je la panas ke apa. And it was a nice experience sebab kat Malaysia dah takde kan keretapi tkde aircond ni. Ada la fefeeling cerita bollywood sikit. sikit je. Takde main lelari dengan SRK pun. 

Nak balik dah time ni, tunggu keretapi ni gerak je. 

So itu lah saja catatan semasa berada di Hatyai Thailand. Stay tuned on next destination. Plan macam nak pergi Jakarta.

Thanks for reading. 

26 Sept 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN)

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum.

Hmm, boleh tak Wawa hold dulu story kat Osaka tu. Wawa nak sambung story trip to Hatyai. Sebab baru last month kan, so dalam kepala tgh segar bugar lagi kenangan kat sana. Hehe.

So, meh la sini wawa share itinerary 3 hari 2 malam ke Hatyai. Dah la baru habis intern petang tu, malam pukul 9 dah naik bas. Memang dalam bas aku bantai tidur je. Huhu. 

Tiket bas to Kangar around RM69.00 (one way) bas bertolak ke Kangar pukul 9 malam. Bas daripada Kangar bertolak pukul 6.45 ptg. Yang ni boleh book tiket sesiap takut tiket bas habis. 

Pastu once sampai Kangar mohon bergerak la ke Stesen Keretapi Padang Besar around 45 minutes from Kangar. Kaunter bukak dalam pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tapi time peak hours mcm Wawa la pergi time Merdeka beratur pukul 9 pastu tiket train habis. Hmm, musnah harapan aku nak feeling Bollywood naik train takde aircond.

Pastu sebab tiket train habis, next plan is naik van. Van from bus station Padang Besar jauh jugak la dekat 1 km. Persiapkan kaki ye nak jalan jauh. Tips from Wawa, bawak la beg galas instead of beg roda, jenuh aku nak  menarik sepanjang 1 km tu dengan kepanasan yang boleh goreng ayam. T.T

Sampai kat situ nak cop passport ni hampeh tak guna punya immigration Thailand, kena bayar RM1 pulak dah. Kejadah sangat, tak pernah pergi memana negara yang polisi kastam cekik duit macam ni. Puihh. Naik van pulak harga dalam RM20. ni maybe sebab peak hours, korang nanti nego la harga sampai dpt murah lagi. Sib baik vannya selesa bangat ada aircond. Perjalanan 45 minutes tu wawa tidur je sebab kiri kanan tkde apa pun. Pastu van tu pulak hantar kat common building which is Lee Gardens Plaza. Huhu, tempat ni pernah kena bom tau dulu. So, hati-hati ya buk. 

Once sampai, terus pergi terjah 7 eleven beli simkad, macam biasa hidup di era ini tak boleh hidup tanpa internet, maka, Wawa terfikir macam mana orang travel sebelum wujudnya google map sekian sekian ni. mesti kena banyak bertanya blabla. Sebab tu wujudnya pepatah 'Malu bertanya sesat jalan'. Sebenarnya boleh je nak praktikkan tanya menanya ni tapi hello, sepatah haram tak faham dia cakap apa. I am using simple English kot. takde bawak keluar slang british ke apa. Tanya soalan pasal nak beli simcard pun punyalah susah wawa cuba untuk memahami apala yang cuba untuk disampaikan lagi nak tanya jalan ke nak tanya arah nak pergi hotel ke apa, hmm sejam kot amik masa. Akhirnya beli la simcard with 8 days unlimited internet 3 Gb max speed brand DTAC huhu.  So far brand ni okay and internet dia laju la, puas hati.Harga 299 Bath. Okay ni yang bagusnya staff 7 eleven tu tolong daftarkan segalanya. maka hulur je apa yg diminta. Passport dia nak, pastu di nak amik gambar kau sekali maka buat je apa yg dia suruh. Tapi fikir logik la takkan kalau dia suruh minum beer yg takde kena mengena dengan daftar no phone kau pergi follow, boleh slow slow terjun bangunan kot. 

Dah settle urusan beli simcard semua tu, gi jenguk air yg jual kat belakang tu sedap gilaaa bakhanggggg, campurkan air espresso dengan ovaltine choc malt wuu sis nak nangis, sedap sangat pastu mengeluh kenapa kat malaysia takde. self service tau, cawan paling besar 24 bath je. puas hati minum, siap boleh share dengan kengkawan lagi. 

Dah siap semua maka bermulalah pengembaraan mencari makanan yang halal untuk dimakan, wawa dah lapar gilaaa time tu. So, kitorang pergi ke kedai yang sangat famous dalam kalangan orang malaysia or sesiapa la yang mencari makanan halal. KAI TOD DECHA. Kat sini, bukak menu memang sepatah haram aku tak faham. T.T tapi sebab ramai org makan Wawa makan nasi dengan ayam goreng je. Huuhuh based on observation Wawa kalau makan daging macam ayam tu mahal sikit la, maybe sebab susah kot nak cari makanan halal. Tapi bila makan Shrimp Fried Rice murah je dalam 50 bath sepinggan. Makan nasi putih dengan ayam tu dekat 65 bath. Plus air semua total 95 bath. Nak rasa air teh yang dia tarik pepanjang tu bolehla order kat kedai ni nanti. 

shrimp fried rice. nampak je macam sedap tapi entah lah rasa dia so so je

Dah habis makan tu, Sumpah dah penat berjalan, So, weolls decided naik tuktuk pergi Merridian Hotel Hatyai nak check in. Hotel ni tempah online 1 month before okay. RM74 per night la lebih kurang. Tak berapa nak recommended sebab dia mintak passport and kept it till check out. Wuish sangat bahaya, buatnya kena tahan takde passport tak ke jadi pendatang tanpa izin. So, better cari hotel lain ye. 


Dah siap mandi, solat, rehatkan diri, petang tu weolls jenjalan pergi Lee Gardens Plaza, KimYong Market dan Asean Night Market. From hotel too Lee Gardens Plaza jalan kaki je, Pastu pergi KimYong Market pun jalan kaki je from Lee Gardens Plaza. Tapi nak pergi ke Asean Night Market yang quite jauh tu surrender la jalan kaki, weolls amik tuktuk dengan bayaran 100 bath for 3 people. Sepatutnya 20 bath pun dah cukup dah. Tapi takpelah takde choice, terima je la. 
Asean Night Bazaar

payung gambar sikit


So, boleh shopping kat 3 tempat tu. Pandai-pandai la survey harga mana paling murah and boleh nego sampai dapat murah. Basically, harga lebih kurang je semua. tapi kat Lee Gardens Plaza tu so far haga murah jugak. 

ni pun wawa try jugak tp hmm tak sedap. serious tak sedap. 

jalan pastu amik gambar, tp tak beli pun huhu. sumpah ada trust issues

yang ni favorite weh, sumpah yakmat sedap nak mati. 

dip and dip versi hatyai. tak sedap pun hahahaha sbb mmg tak suka 

nak beli coklat ni sbb ada huruf comel gila boleh buat nama sendiri pastu bila kematangan melanda hmm tak beli pun. 
udang besar tapi i got trust issues, kat rumah ayah beli saiz lebih kurang macam ni jugak tp mahal knp dia jual murah?? 


Sampai kat Asean Night Market, boleh borong casing phone. murah gilaaa and cantikssss semuanya rasa cm menyesal tak borong banyak banyak. Harga around 100 bath je.  Baju pun murah juga, semua okay la kat sini, menarik and best. Panasla tapinya sebab bersesak ramai orang dah la takde aircond. Disebabkan jiwa traveler kan memang datang untuk shopping maka tak kisah sangat pun. Dinasihatkan untuk minum air yang banyak jangan sampai dehydrated ye anak-anak. tempat makan kat bahagian atas tau. tapi for me tempat makan dia bebiasa je tak sedap sangat pun. 

tulisan thai tu mcm ada gaya eja nama wawa kan. maksud nama wawa dlm thai, entrance ke. sedih gila

Lepas dah puas shopping and had our dinner in Asean Night Market, weolls bergerak ke Central Festival Mall, ni tempat shopping orang kaya. Huhu, Ada Victoria Secret, UNIQLO, H&M, CathKidston, Swatch and many more la kedai yang branded tu. Tapi kat luar tu macam ada bukak gerai gerai tu semua, so seronok la jugak cuci mata. Dah habis cuci mata dalam mall, sebenarnya nak aircond je huhu, amik grab balik hotel. 

Masa dalam grab tu, kami melamar pemandu grab yang dikenali sebagai (Bird). Hahaha, melamar untuk jadi our tourist guide for 1 day esok ke tempat tempat menarik di Hatyai dan Songkhla. Maka, selepas nego sana nego sini, 1500 bath total for one day in which dia ambik kat hotel pastu bawak gi jenjalan to few places yang kitorang dah decide tu pastu send us back to the hotel. Okay, so untuk kitorang bertiga consider as 500 bath sorang, murah la tu. huhu. dah ambik no dia semua pastu deal okay, malam tu kami tidur dengan lena. 

OK kawan kawan, nnti wawa sambung dlm second part ea. tidur dulu. bye. 


27 Aug 2018

RECIPE : KOREAN SPICY FRIED CHICKEN

Posted by with No comments
Hye Assalamualaikum everybody.. Okay since ramai sangat yang request dgn Wawa on how to make Korean Fried Chicken, here I would like to share the steps on how to make one. Tak, bukan suruh Wawa share recipe, to be exact suruh Wawa masakkan utk diorang. Haih, gais please, jadi rajin sikit, jangan jadi pemalas sgt nak masak, yg nak makan pun korang jugak. Lagi satu ni Wawa nak tegur, yang jenis sukati je nak request 'budak praktikal' masakkan itu ini without giving any money, eh hello come on please, common sense mana? Ingat student ni ada income tetap ke? Sukati je nak mintak belanja itu ini. Tak faham betul. Lainla kalau budak praktikal tu sendiri yang willing nak buatkan or apa. So, hadam bebetul ea benda ni. Dont ever try to repeat. 

So, macam yang Wawa pernah share dalam entry entry sebelum ni where I love to cook, I am really into cooking. tapi tu lah tak pernah pun terror masak sampai sekarang ahahaha. 

macam biasa plating ku kelaut semuanya.

okay so today selepas penat membebel, Wawa nak share satu recipe yg bila masak je ramai sgt yg comment ckp nak la apa la itu la ini la. Hahaha. Dan telah lebih drpd seribu kali share recipe, still people ask for it. sis tak faham. Haih. 

Bahan-bahan yang diperlukan. Actually wawa tkde precise quantity, selalu macam agak agak je.


  • ayam of course dalam 4 ketul
  • 2 sudu madu *
  • 2 sudu sos cili *
  • 1 sudu sos tomato *
  • halia
  • lada hitam
  • garlic
  • garam
  • minyak
  • tepung jagung
  • telur
  • lada kisar
  • bijan
So, ayam tu once dah cuci bersih bersih, perap dengan lada hitam, halia(tumbuk), garam sikit, pastu celup dlm telur and tepung jagung pastu goreng dan put aside. Next, yang bahan bahan ada tanda * tu, sekalikan dalam satu mangkuk and gaulkan. Tumis bawang putih yang ditumbuk, masukkan lada kisar, tumis sampai garing masukkan campuran sos dan madu semua tu, pastu masukkan air sikit in case if dia pekat sgt, okay bila dia dah masak semua tu perasakan dgn garam, pastu masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaulkan ayam dengan sos tu bagi semue melekat pada sos tu. then, last but not least, taburkan bijan. tadaaaa siap dah SPICY KOREAN FRIED CHICKEN.


20 Aug 2018

OSAKA PART 1

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum everyone. Haih, dah lama sebenarnya wawa peram stories while i was in Japan. LOL, tak tau nak describe macam mana perasaan malas tu. huhu. Anyway, i went there last year with like a group of friends la tapi jenjalan tu dalam 3 org je and kalau lebih pun still nak bergerak dalam group yg kecil. huhu nampak tak betapa selfishnya perangai. Bukan la, tapi just tak suka bersesak ramai ramai mcm tu. You know I hate crowds. Pastu takde la nak kena layan perangai banyak songeh sekor sekor. hahaha. 

So hmm, ya, for your informations, kan kitorang depart from UTM Skudai by bus sampai KLIA 2 pastu baru fly to Kansai Airport. So huhu, depart pukul 10 macam tu pastu nak nangis sebab before tu ada test Statistic tau, debor gila aku jawab soalan statistic dgn excited nak pergi Jepunnya, hahaha sib baik mampu menjawab walaupun tahu tak cemerlang. Kihkih. 

So macam biasa la along the journey yg naik bas tu of course la i slept like there's no tomorrow. hehe sebab mengantuk laaa, pastu sampai around before subuh mcm tu so sempat la solat kat KLIA 2 tu. pastu jenjalan kat sana have fun apa semua dia mcm control diri from buying stuff sbb tahu nak shopping banyak kat Jepun. So, masa tu raye kat sana dalam 1000 yen equal tu RM38 la. Pastu barang paling murah dalam 100 yen mcm tu which kalau convert dapat la RM 3.80 tp wawa biasa genapkan je RM4. Jangan tertipu pulak nanti sebab tgk wahh 100 yen kat sana jadi RM4 kat Malaysia. Dia akan jadi untung for us kalau barang paling murah kat sana dijual dengan harga 1 yen tapi since kat sana macam Wawa ckp td, paling murah pun lebih kurang 100 yen, faham faham la. Senang cerita ni nak compare kat Malaysia kita beli satu botol air mineral tu RM1 tapi kat sana nak beli air mineral 100 yen which equal to RM4. Ha, murah ke mahal? Jawab sendiri. Haha.



bag saya satu je, yg tepi tu bag org lain. 

okay ni acah acah mcm org famous tunjuk passport, boarding pass blabla

view from first floor


amik gambar dalam flight dulu..

dah sampai yeay, tengok belakang ada mamat jepun. 
                                     

Dah sampai kat Kansai tu of course the main transport yg kitorang guna ialah train. Huhu, therefore, kitorang pun naik train to Dotonbouri. Sebab we are going to have our night there. Heee. Mostly memang berjalan la dan berjalan sampai huhu rasa macam am I gonna lose more weight afterwards?
Okay tipu jekkk.. 

And sampai je memang terus macam weh nak pengsan. Penat ya amat. Sebab kan dah cakap tadi banyak sangat travel guna kaki. Huhu. So, dh cuci muka semua pastu tidur to gain more energy for tomorrow. 




Okay ni sebab bangun terlampau awal pastu tunggu breakfast from the one yg masakkan for us plus our tourist guide. 

I actually forgot our first place yg kitorang pergi haritu, huhu, tu laaaa peram lagi story ni lama lama. Hmm, if I am not mistaken la, Okayama kot.. Yeay dah igt dah, aah betul la kitorang pergi Okayama Korakuen Garden. Best sangat! Tapi sadly la sebab time kitorang datang tu macam last week on winter and tak masuk spring lagi, so tak sempat tengok bunga bunga sakura kat taman tu, if not, I promised you it will be the most beautiful garden in Osaka. 


muka tunggu makanan sampai. kelaparan melanda. 


SO, TU JE DULU FOR THIS ENTRY. PENAT LA MENAIP. SOON I SHARE LAGI GAMBAR KAT OKAYAMA GARDEN SEMUA. JANJI. HEHE