31 Jul 2016

raya and ralat

Posted by with No comments


Hye, Assalamualaikum.. 

Okay dah tau dah kalau ada entry baru ni confirm lah sebab ada cerita kan. Haha, yes sangat lah banyak cerita ni.. And yaa I would like to share a few things about my raya stuff.

Hmm, and see hows my raya went. Alhamdulillah so far my raya went well. Though with breakouts. 

SS: Wawa?? Are you serious? 
Wawa: Yes, babe pimples are damn a lot on my face. no make up and urgh terrible..

So, yes i tak makeup sangat pun during eid haritu. More on apply area mata je. But so far it went well. So, would like to know why? Because I guess darah kotor. Lepas tu perubahan hormone and of course babe local products. Honestly i stressssssss sangat. Tapi alhamdulillah I manage tu selamba with full of confidence pergi class with pimples on my face and all. Facing people with MULUT JAHAT yes sibuk tanya itu ini. Paling I sentap and abit ralat bila ada seorang hamba Allah ni cakap macam ni kat I. 
"Teruknya muka kau Wa, Habis lah jatuh lah saham."
"Kenapa muka tu? Hmm, habis lah asset tu."
WTH!! Ha, kan dah mencarut. Hahaha. Hey, aku tengah down time tu bukannya nak motivate bagi semangat ke apa. Ni makin nak tears me down. Wuu, me is sad. But sokay, I take it as challenge so that I can recover with Allah's will and yes, yakin dengan DIA, and see Allah grants my doa. So, I am grateful enough. Though, I am not as flawless as before. 

Mesti semua macam tertanya kan, Wawa ni pakai apa sampai jadi okay semula kulit tu. Okay, Wawa share eh my tips. For skincare thingy, Wawa pakai produk MARY KAY. Nak tahu apa MARY KAY all about? Nanti Wawa share infos in another entry eh. Besides, I also comsume DIANZ yang "HISAP HISAP TERUS CANTIK" tu. If you guys nak beli DIANZ, boleh contact my friend ni. Nad(click link). Don't worry about originality, inshaAllah Nad jual yang original. Dia sendiri cosume DIANZ ni before dia jual. So, apa apa boleh terus pm dia k. 

Tu je yang Wawa consume. Anyway, kalau rajin and ada rezeki lebih sikit, boleh kot pi try makan madu. Madu kan makanan sunnah. 

Yea, talking about my raya pulak, haritu Wawa buat open house. Hmm, not really an open house, just ajak kawan kawan datang makan je. Saja kan nak share rezeki. Plus, masa tu mood rajin memasak datang, Hahaha, so, Wawa masak roti jala and ibu buatkan laksa johor, Seharian menjala, penatnya ya Allah. tapi puas hati sangatttt sebab Roti Jala habis jugak at last. 

Ni, Wawa nak tujukan lots of thanks to my friends yang sudi datang and habiskan makanan. You guys terbaikkkk. 

Lepas tu of course, musim raya, memang banyak gila lah jemputan ke majlis rumah terbuka semua. Thanks a lot kepada yang sudi menjemput. Yang Wawa tak sempat singgah tu sorry sangat k guys. Next time Wawa promise inshaAllah Wawa datang eh.  

And guys, sekarang ni kan, Wawa dalam mood gilaaaa bermakeup. Yea, I know before ni pun memang gila tapi this time lagii gila sebab entah sebab dah pandai highlight sendiri. Just my brow part really need a practice. Practice kan makes perfect. 

I guess, sampai sini dulu kot cerita Wawa. Hehe, tadi acah macam banyak ni tetiba sikit pulak. Eh, memang nak kena luku kepala lah perempuan ni haha. Sampai sini dulu lah eh, esok lusa kita story mory lagi boleh? Haha, luls. 

Here, Wawa ada attach my looks after consume MARY KAY and DIANZ.


obviously this is not me sorry okay bye.






PARDON MY GEDIKSNESS and THANKS FOR READING MY ENTRY. :)))))

11 Jul 2016

engineer ke chef?

Posted by with 2 comments
Hye and Assalamulaikum. 
Tak jawab dosa, jawab sayang. K bye. 

Oh, anyway macam biasa, tadi Wawa berblog walking. Dan of course kerana minat yang sangat mendalam dalam bidang masakan, maka laman laman blog yang Wawa jejaki dan lawati haruslah laman blog yang bercirikan perkongsian resepi dan dekorasi. 

Selain itu, kalau nak tahu, Wawa juga suka menjahit. Tak tahulah you macam mana boleh datang minat macam tu, tapi honestly yes. Wawa pernah belajar menjahit and jangan terkejut kalau Wawa cakap Wawa pernah menghasilkan baju kurung sendiri. Rumit ke menjahit ni? Yup sangat rumit. Sebab ni semua skills kan, and bila lama tinggal kita akan lupa. Wawa pun ingat ingat lupa je nak jahit ni sebab dah berapa bulan tinggal tapi inshaAllah masih boleh lagi kot. 

Berbalik kepada masakan, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan, boleh dikatakan minat suka memasak ni datang or diwariskan daripada family sebelah ibu dan juga ayah, makcik Wawa sangat hebat lah masak ni, segala air tangan dia semuanya superb. Terbaik wok. Padahal time dia masak tu kalau Wawa perhati, takde sukatan sangat pun, semua main cecampak je. Dan my own nenek, sangat lah macam chef you. Seorang yang sangat fussy dalam masakan ni, semua kena tip top tak boleh ada salah sikit, lagi kalau tak kena dengan selera, memang BOOM! start lah dia nak potpetpopet. Ibarat ketua chef di hotel 5 bintang. Kadang kadang tu kesian pulak tengok anak and menantu perempuan dia. Diharapkan mak mentua Wawa nanti tak cerewet lah, sebab as you all know I am not a good cook. Masih lagi seorang amatur. Masih lagi bertateh. Malah, ibu Wawa juga merupakan chef terbaik. Semua yang Wawa suka makan, dia tahu je, and setiap kali Wawa cuti, she will cook my fav food. 

Mungkin disebabkan itu, Wawa pun suka memasak. Hm, Wawa memasak bukan untuk meng'impress sesiapa. Lebih kepada kepuasan hati sendiri. Tapi yang Wawa tahu, Wawa akan rasa sangat happy kalau those yang rasa masakan Wawa bagi komen yang memberangsangkan and makan dengan berselera apa yang Wawa masak tu. Itu dah cukup buat Wawa rasa dihargai. Boleh kata terbang melayang semua kepenatan memasak. Tapi disebabkan passion kan, memasak yang mungkin sesetangah orang akan cakap susah, serabut, tapi bagi Wawa, ini lah yang paling best dan boleh menghilangkan stress. Oleh kerana lahirnya Wawa sebagai anak sulung dan satu satunya perempuan dalam family, maka dapur kat rumah tu adalah my territory. Haha. Oven dan perlatan mem'baking pun ayah belikan and hadiahkan untuk Wawa. Boleh dikatakan, oven tu tak berasap pun kalau Wawa takde kat rumah. Hehe. Sebab memang Wawa sorang je yang akan membaking kat rumah tu. 

Mesti semua pelik kan? Macam mana Wawa boleh further study dalam bidang pure mechy. Wawa ada seorang uncle yang merupakan seorang aircraft engineer. Eversince I was a liltle girl, rapat dengan uncle, sebab everytime balik kampung, mesti uncle ada. And ter'mesmerized dengan replika flight dalam album uncle, dengan flight control uncle. Semua lah. Masa tu minat memasak ni takde lagi, yelah masa tu kecik lagi you, takde maknanya nak memasak ni. Makan tahu lah. Thats why lah masa kekecik dulu gemuk gila. Sampai sekarang pun gemuk sebenarnya, Hehe. So, disebabkan terlalu excited dengan flight, bermula lah cita cita nak jadi seorang pilot. Lama Wawa simpan cita-cita tu, bila orang tanya, dengan yakinnya akan cakap, I want to be a pilot. Tapi sayangnya, Wawa bukan datang dari family berada. Wawa bukan anak orang kaya. Lepas habis SPM, Wawa ada risik risik institusi latihan juruterbang. tapi faham faham je lah, yuran kemasukan je dah berapa. Oleh sebab rasa sayang sangat nak tinggalkan flight ni maka, Wawa decide nak jadi engineer macam uncle. Wawa nak jadi aircraft engineer. Tapi bila Wawa share dengan uncle, uncle cakap, awak perempuan Wawa, kerja sebagai engineer aircraft ni sangat tough dan peluang tu lebih banyak dibuka untuk golongan lelaki. 

once again, Wawa buntu and lost gila nak further bidang apa. Wawa tak tahu. Disebabkan uncle dah cakap macam tu. Wawa lepaskan tawaran diploma kejuruteraan mekanikal (aeronautik). Wawa sambung belajar di matriks Perlis. Ada hikmah maybe, lepas first sem je Wawa sangat sukakan fizik. Masa tu belajar pasal mekanik fizik. Wawa score gila gila subjek tu and Wawa terus call uncle mintak opinion lagi nak further bidang apa. This time, uncle suggest Wawa further pure mechy instead of aeronautic. Wawa try tanya semua senior and alumni dalam bidang ni and diorang semua support. Plus peluang pekerjaan sangat luas. Thats why Wawa ada kat UTM ni dalam course pure mechy. Alhamdulillah rezeki. Memang sangat tough, Wawa tak tipu. Tapi disebabkan minat, (tak tahu lah still minat ke tak) kena proceed lah. 

Hmm, until now pun dah tak menahan tough dia tu sampai boleh ajak bergaduh you. Nak habiskan satu sem tu sampai nenangis. Migraine, gastric, apa lagi? semua lah Wawa kena hadap. Daripada tak rabun pun boleh jadi rabun. Sampai hormone pun tak betul. Apa lagi yang Wawa boleh desribe kat uolls ni nak menunjukkan bahawa susah gila course yang Wawa tengah ambik ni. Hmm. 

So anyway tak perasan dah berjela jela panjangnya entry Wawa this time kan. Ni kes dah lama sangat Wawa tak berblogging. Busy lah. Hehe. Wawa harap belum terlambat lah kan Wawa nak wish readers semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sorry guys kalau ada salah silap ke apa apa lah. Sorry sangat k. 
Oh, sebelum tu kalau korang perasan gambar gambar dalam entry lepas lepas kan semua dah hilang!!!!! tak tahu pergi mana. Wuu, sedih nauuu rasa. Mana nak cekau balik gambar lelama tu wuu. 


bila engineer jadi chef/baker 


Thanks for reading this guys.. Stay tuned and byeeeee..