27 Apr 2013

I, You, We

Posted by
Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya

Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu

Tapi harapan makin kabur
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata

Sepi walaupun bila bersama

Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentang bersahaja

Walaupun bibir cuba menafi

Hati tak percaya tanya dengan jujur manakah kita



Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata


Sepi walaupun bila bersama

Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentang bersahaja

Walaupun bibir cuba menafi

Hati tak percaya tanya dengan jujur manakah kita
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata

Sepi walaupun bila bersama

Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentang bersahaja

Walaupun bibir cuba menafi

Hati tak percaya tanya dengan jujur manakah kita




Hye.. Assalamualaikum everyone. Maaflah. Wawa busy sangat sekarang ni. Banyak benda nak kena settle. Mana nak kena urus sambutan Hari Guru, drama, nak ambik lesen memandu, dengan mid year yg nak dekatnya. Nasib pertandingan puisi dan lagu dah berakhir hari Khamis lepas. Kalau tak, mau rasanya Wawa pengsan. Tapi hari tu, masa dekat SHAKS, yelah, jangan nak buat muka pelik kenapa Wawa pergi SHAKS. Okay, memang niat yg sebenar nak jumpa si dia tapi niat berubah sebab bila fikir balik, Wawa just nak release tension. Nak kosongkan fikiran dengan benda-benda merepek ni. Hehehe. Actually, Wawa pergi SHAKS sebab Pertandingan Puisi & Lagu tu lah. Wawa bukan penyajak. Neither penyanyi. Wawa hanyalah penulis lirik. Cewahh. Yelah. Wawa suka buat kerja belakang tabir je. Malas lah nak show off diri kan. Nanti kata berlagak pulak. Wawa memang berminat dengan bidang bidang macam ni tapi Wawa baru mula mengorak langkah. Amatur je pun. Bukannya orang professional macam Edry KRU tu tapi mungkin one fine day, I'll be like him. Who knows kan. Hehehe.

Eh, tujuan Wawa tulis entry ni sebab nak uolls hayati dan fahami lirik lagu KITA kat atas tu. lagu dah ada. Uolls boleh je nak nyanyi sekali. Tekan button play kat bawah tu. Wawa suka sangat lagu ni sebab entahlah mungkin ade relate dengan Ehemhemehememm kot. Hahaha. 

Uolls tahu tak Wawa curi masa nak tulis entry ni. Limited sangat masa. Rasa kalau boleh nak extend lagi masa dalam sehari ni tapi mana boleh kan. Allah S.W.T dah bagi cukup-cukup kat kita. Jangan pernah ungkapkan perkataan 'takde masa'. Memang rasa nak lempang pakai selipar made in Japan. Pandai-pandailah balancekan masa. Cukup sebenarnya. Sangat-sangat cukup. 

Last words lah from Wawa. Thanks for baca, nyanyi, hayati, fahami. See you again in next entry. Bye.

P/s: Few days before Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Kuantan.