29 Mar 2013

Cuti oh cuti

Posted by
Assalamualaikum everyone. 

As uolls know, seminggu ni cuti kan? Okay, memang lah cuti. Tapi Wawa ada banyak benda yang perlu disettlekan. So, cuti tak macam cuti. Seriously stress. Hmm, since from the first day cuti lagi, Wawa dah busy study Add Math. Revise semua subtopic. Lepas tu, ambik alih tempat ibu, jadi chef kat dapur. Setiap hari, ade je benda yang Wawa akan masak. Kalau tak masak for lunch, mesti buat kek. Hari Rabu hari tu, try buat puding karamel tapi kurang menjadi. Haih. Frustnya. 

Yang bestnya minggu ni sebab my dear friends sudi meng'waste'kan masa, study sama-sama. Sweetnya uolls macam madu. Hee~ They are Hana and Suhayl. Kawan since sekolah rendah.  Suhayl tu student of ASIS. Budak pandai tapi nakal. Baik actually sebab dia banyak ajar weolls. Thanks Sue. 

Perasan tak, cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam je start cuti. Hmm. Mid-year exam tak lama dah. Ada 5 minggu lagi. Tolak cuti, makan, minum, rest, tidur. For me, rasa macam tinggal 5 hari je lagi before exam. 

Okay, Wawa pun actually still dalam process menyiapkan kerja sekolah. So, before uolls tekan button colour merah kat atas tu. Meh, enjoy seeing the pictures. 




Nampak tak flow dia. Tengah jawab add math tu. Hahaha. Comel kan Sue. Hehehe. Okaylah, bye. 

P/s: Buat past year questions. Homework entah ke mana.

25 Mar 2013

Cooking Time ~ [Rainbow Cake]

Posted by
Assalamualaikum uolls. 

Hari ni, Wawa buat cake. Hee~ So, Wawa actually tak berapa suka makan cake sebab rasanya yang terlalu sweet tapi Wawa suka buat cake. Suka masak. Suka sangat dengan kerja-kerja dapur. Therefore, disebabkan hari ni cuti. Wawa pun decide lah nak buat kek. Well, actually, program 2 jam di dapur ni dah start since hari Sabtu lagi. Menu untuk hari Sabtu tu simple je. Sayur campur, telur bungkus and butter prawn. Hari Ahad tu Wawa masak Nasi Paprik and today, since pagi tadi menghabiskan masa di sekolah. So, bila balik je tengok ibu dah siap masak. Memang mula rasa macam nak rehat je daripada menyentuh perkakas dapur tapi entah. Rasa macam tak sedap je. That's why, Wawa buat kek. Daripada tak masak langsung, at least, ade juga hasilnya even though setakat kek kukus. 

Nak tahu tak all the ingredients yang diperlukan untuk buat kek pelangi kukus ni?

Okay, jom. Wawa share dengan uolls. 

* 3 biji telur (make sure yang dlm peti ais)
* gula pasir (220 gram)
* ovellate (1 sudu kecil)
* esen vanila (2 sudu kecil)
* tepung gandum (275 gram)
* baking powder (3 sudu kecil)
* susu segar/cair (200 gram)
* butter
* pewarna

Next, cara-cara nak buat.

1- Mix telur sampai kembang.
2- Masukkan ovellate & mix hingga kembang.
3- Masukkan gula. Jangan stop mix.
4- Masukkan esen vanilla. Teruskan mix. 
5- Masukkan tepung + baking powder. Selang selikan dengan susu cair.
6- Mix sampai adunan nampak smooth dan licin.
7- Asingkan ikut warna.

Dah siap semua tu? Okay, now, kukus air. Tuang first adunan dalam loyang and kukus. After 10 minutes, letakkan adunan kedua dan kukus lagi selama 10 minutes. Masukkan adunan yang ketiga. Kukus for another 10 minutes. Before masukkan adunan tu, make sure sapu loyang tu dengan butter sebab tak nak bagi adunan tu melekat pada loyang. Nanti susah pulak nak keluarkan. Kalau nak tahu kek tu dah masak ke belum, texture dia fluffy je. Kalau cucuk dengan pisau, kek tu tak melekat pada pisau. 

Finally.... Ni lah few pictures of Rainbow Cake yang sempat dicaptured.








First time ni buat kek pelangi. Wawa ni amatur je. Hahaha. So, tu je lah yang Wawa nak share dengan uolls. Bye.


P/s: Nak buat chocolate cake pulak lepas ni.

22 Mar 2013

PENGSAN, RESULT SPM, STRESS

Posted by
Assalamualaikum wahai ahli-ahli syurga. Apa motif you all menjenguk laman blog Wawa? Yup! Correct! Excellent! Macam tahu-tahu je Wawa ade story. Hmm, tapi entahlah. Wawa takde semangat nak menaip. Kan best kalau boleh buat vlog. Ehh?

So, emm.. Wawa tak tahu nak cakap apa. Boleh tak nak cakap pasal result SPM. Hmm, semalam kan. batch '95 ambik result kan. So, emm, one of the top scorers who is Kak Hazirah jalan depan kelas 5 Active sebab nak pergi lab physic. And Wawa as usual, bila nampak senior yang awesome + pandai + humble + friendly macam tu lalu depan kelas, memang jerit lah panggil nama dia, lagi lagi bila dapat tahu dia dpt straight A's. Tolong lah faham wahai viewer viewer sekalian. Perasaan apabila melihat slip SPM yang tidak dicemari dengan huruf lain selain A+ dan A. Sangat sangat lah cantik dan suci. Sampaikan bila tengok slip tu, me and my classmates kena histeria. What? Histeria? Yes! We all macam dah tak betul. Terjerit sana, terjerit sini. Yelah, result cemerlang macam tu. 

Ape ape pun, hmm, bukan senang nak dapat result macam tu. Susah sangat. Sekarang ni pun. Wawa and few of my friends sedang bertungkus lumus berusaha nak dapatkan result macam tu. Next week cuti. Kalau before before this, Wawa selalu plan nak hang out dgn friends or pergi holiday dgn family but for this year, no more such things. Wawa nak study. Nak revise semua subjects yang tough tough tu. So, ketahanan mental dan fizikal perlu kuat. Kalau tak, mahu jatuh terjelepok macam semalam. 

SS: Kau jatuh?
Wawa: Aah, jatuh kat Pondok Ilmu.
SS: Awat?
Wawa: Entah, pening kepala. 
SS: Macam mana boleh jatuh?
Wawa: Bangun nak ambik beg. Sedar sedar dah ade atas lantai. 
SS: Hahaha, lawak lah.
Wawa: Senyaplah. -,-

Heh, memalukan actually. Maybe tak cukup energy time tu. Busy sangat minggu ni. So, tu je lah yang Wawa boleh share dengan uolls dalam entry ni. See you again in next entry. Toodles everyone.

Kalau boleh nak sign ni on every exam papers.

P/s: Tahniah kepada semua batch '95


9 Mar 2013

Neelofaaaa! Eh!

Posted by
Assalamualaikum everyone. So, sebab-sebab jariku menari-nari mencoretkan patah-patah kata di atas skrin laptop pinky ni : ~♥my world♥~ (click link)

Dah click link? Dah baca? Belum? Kalau belum baca, uolls takkan tahu sebab-sebabnya. Pergi baca cepat. 

Hmm, dia mimpikan Wawa lah. Motif? Kenapa ye? Wawa dah tanya tapi so far dia tak reply lagi. So, tunggu lah sampai dia reply, baru tahu jawapannya. 

Boleh dikatakan entry kali ni, Wawa tujukan khas for my dear 'Neelofa'. Hahaha, dia pindah SHAKS. Hmm, untunglah kan pindah kat situ. Boleh kenal kenal dengan the one yang join F1 team. *Jealousss

Bolehlah lepas ni kalau akak tanya awak pasal dia? Hahaha! Gurau lah. Belajar betul-betul. Akak doakan kejayaan awak. Mungkin rezeki awak ade kat sana. 

Jawatan awak dah diambil alih pun sebenarnya tapi bukan secara official lagi. Awak homesick? Panglimasick? Akak kat sini memang betul betul SICK! Banyak tugasan. Semalam, akak dah ditawarkan satu tugas dalam pertandingan drama. Nak tolak macam tak sedap pulak. So, akak memang busy sangat. Dengan pengawasnya, study lagi. Ape-ape pun. Setiap cabaran dan ujian yang datang dalam hidup kita ni semua dah ditentukan. Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya. Dia tahu akak mampu hadapi. Same goes to you, Allah tahu awak boleh buat. Jangan kecewakan harapan orang yang menyayangi kita, okay? Ingat lagi pesanan akak sebelum awak pindah? 

Till here first lah, akak banyak kerja nak buat. Bye! Assalamualaikum.

P/s: Kenapa susah nak faham arahan? --'

4 Mar 2013

Belajar lah sangat!

Posted by
Assalamualaikum. Seperti biasa, ayat normal Wawa. Hye uolls! Okay, mood exam masih tak berganjak pergi dari diri ini. Makin parah bila, dah tahu exam tapi tak sedar diri. Tak reti nak study. Jangan kan buka buku, batang hidung buku pun tak tahu kat mana. 

SS: Eh, buku ada hidung? 
Wawa: Shut up youuuu!

Sejak melangkah ke alam upper form ni, baru Wawa mengerti maksud 'fortnight stressed'. 

SS: Apakah?
Wawa: Sila GOOGLE.

Last week punya paper were so so. Boleh lah nak jawab tapi start from tadi. OMG! Oxygen! Oxygen! Okay, faham tak maksud Wawa. Soalan yang terpapar atas kertas colour pink putih tu sangat sangat mampu membunuh. Kalah M16. 

Harini ada 3 papers. First was Math 2 and Math 1. Math 1 ended at 12.05. Hmm, pukul 1.05 pulak ada Chemist. Okay, tolong imagine muka pelajar tak berapa nak cemerlang ni dalam masa an hour nak revise Chemist. Please! Sangat sangat tak membantu. Kalau orang lain boleh dpt dlm 40% but me, not even 0.1% you know. Haih. --'

Dalam masa satu jam tu, buku Chemist memang dah terbuka pun atas meja tapi tak bernafsu langsung nak baca. 

SS: Bagusnya perangai~~
Wawa: Kann, biasalah~~

So, disebabkan virus malas telah merebak masuk ke dalam tubuh dan memonopoli setiap sel badan. 

SS: Ayat kau, kelaasss gittew~
Wawa: I know right. :p

Terciptanya satu sketsa di antara 3 gadis comel who are me, ...

SS: Cehh, perasan! *Hentak kepala guna spanar saiz 17*
Wawa: --' Fine, I tak secomel youuu~~

Menyemak je SS ni kan. Hisy. So,Wawa sambung balik. Terciptanya satu sketsa di antara 3 gadis ______ (fill in the blank) who are me, hana and mimi. Daripada story pasal exam boleh bertukar jadi crush, love, lepas tu jadi gila kejap. Then, turn back. Cakap pasal knowledge. Konon nak study sesama. End up, cikgu suruh duduk tempat masing-masing sebab exam nak start. See! Bagus kan perangai. Hee~ Sila berbangga dengan kami. 

Bila dah dapat paper. Tengok soalan. Dalam hati dah cakap macam ni 'boleh tak nak pengsan?' Serious kalau ada peluang, memang nak bakar je paper chemist tadi. Maaf ye Tan Sri/Puan Sri, Dato'/Datin, Tuan/Puan, Encik/Cik. Saya tak minat subjek Chemist. Tolong lah faham wahai insan comel yang sedang menatap skrin.

SS: Wahh! Thanks panggil I comel.
Wawa: *Muntah hijau*

Akhirnya, Wawa hanya menyiapkan mana yang mampu dan selebihnya mengharapkan bantuan Allah. Semoga jawapan yang ditembak pakai AK47 kena pada sasaran. Aminnn~


Bila lah nak jadi macam ni, all around with books. 

P/s: I want straight A's