17 Dec 2016

You And I See.

Posted by with No comments
Hye Assalamualaikum kawan kawan Wawa dan pengunjung setia blog ni walaupun tau takde pengunjung pun hahahaha. 

Hari ni takde nak cerita apa pun just tadi godek godek youtube tetiba in the mood nak dengar lagu lagu unic. Makanya, haaaaa inilah few videos yang Wawa rasa lagu dia and lirik dia sedap. Bukan UNIC je, Kumpulan lain pun ada. tekan lah button play tu kalau nak dengar. 

Lagipun dulu time kat KMP, Wawa pernah pergi konsert UNIC tau. Gilaaa lah tu fist time pergi konsert. Konsert nasyid pulak tu. Wawa sebenarnya tak suka crowd so tak suka bersesak. Konsert UNIC ni pun pergi sebab kolej yang anjurkan and tak payah nak terkinja melompat semua. Duduk je atas kerusi and layan lagu dia. Best. Lagu pun semua best. 






Thanks for reading this entry guys. Nanti Wawa share story lain okay. =)

P/s: tekan kat button square kat sebelah wod lullaby atas tu utk stop kan music. 

15 Dec 2016

Weekends with Family

Posted by with No comments
Hye and Assalamulaikum dearies. 

Ouh yes sekarang tengah study week. Stress? Definitely kot sebab tu if you could notice, ha bertaburan pimples atas mukaaaaa. Me is sad. Anyway, the point of writing is hmm, saja lah mengada nak menaip sebab bosan. Tak ni adalah penipuan terbesar abad ini kerana, banyak kerja ni nak kena submit tapi muka memang tak boleh blah happy go lucky ya amat blog walking ke sana ke mari. Padahal 28 ni dah start paper.

Oh disebabkan study week dah start, ada juga terfikir nak bercuti. Hmm, tapi kemana ye? Anda rasa mana tempat yang best? Yang rasa rasa macam worth it sangat untuk menghabiskan masa despite kesibukan yang melanda. 

Dalam kepala otak ni ada 2 perkara je. Singapore, tak pun Melaka. So, nak mintak advice dari awak dan awak mana satu yang paling best. Cepat lah, untung untung dapat join sekali. Hmm. Apa apa pun pilihan awak nanti awak inform Wawa through whatsapp eh. 

Okay, sekarang ni kita masuk pulak sesi story telling.

Cerita apa ye? Oh, ni nak bagi tau, Jumaat lepas, parents datang JB. Ya Allah do you know how happy I was sebab ibu dengan ayah dengan adik datang. Dah lah baru lepas habis test memang happy kuasa 100. Before ibu cakap nak datang tu memang Wawa dah siap request macam macam sebab hahaha ni nak bagi tau rahsia yang wawa sekarang on diet. Therefore, memang control sangat eating habits. Nasi memang dah sebulan tak sentuh. Pastu minum air masak je setiap hari memang no air manis. Sebab nak cut sugar intake. The result is? Weh, turun 5 kilo k. And bila ibu cakap nak datang, memang hahaha happy lah at last dapat juga lah merasa makanan yang sesedap. Not that I nak cakap makanan kat JB ni tak sedap tapiiiiii tak mampu lagi nak lawan masakan ibu lah. Hahaha. 

So haritu ibu masakkan daging dendeng, ikan masak merah, ayam goreng kunyit and ada ulam ulaman. Adui diet memang entah kemana lah. And ibu bawak nasi jugak. Ibu cakap. harini kena makan nasi. nak tak nak kena makan lah. Tak sampai hati nak tolak apa yang ibu masak. Eh, jap bukan tak sampai hati eh memang tak mampu nak tolak lah sedap sangat ya Allah time menaip ni bila ingat balik pun kecur air liur. Dah habis makan semua tu, dah habis borak borak pastu keluar jap pergi Angsana, pergi beli kek adik sebenarnya sebab haritu birthday adik tapi tak celebrate dengan Wawa lagi. Memang cerita dia aku jelajah habis lah secret recipe tu pilih kek paling sedap. And ibu suruh belikan few types of roti yang ada jual kat kedai roti Seasons tu. End of day 1.

Esoknya, pepagi lagi pergi breakfast. Wahh, the best part in life is breakfast. Sebab? Dapat makan banyak banyak tanpa mengira kalori. Tapi still no nasi. Nasi dah makan semalam. Haha. Strict sangat kan. Eh, takde sebab baru perasan banyak baju yang tak muat. So, kena dapatkan perfect body shape balik. Supaya baju baju kesayangan tu tak terbuang begitu saja.

Tengahari tu pulakkkkkk guys do you know I pergi mana???? Ouh supposedly nak pergi Pasir Gudang rumah my uncle but uncle kerja pulak. Makanya, Wawa bawa ibu pergi City Square. Hahaha, memang ada udang di sebalik mi. Sampai je kat City Square tu, Wawa terus ajak ibu masuk H&M. Oh, actually ibu yang cakap ibu nak shopping. So, ibu asked me where is the best place to shop? and I brought her there. Kat dalam H&M tu, Ibu dah sambar few blouses and shirts. Lawa semua rasa macam nak juga but sokay lah dah banyak shirts tu semua buat apa beli lagi kan. Wawa pun jenjalan ke sana ke sini and terpandang satu baju ni mak aiii lawanyaaaaa. Terus tengok price tag. Memang lah aku tak mampu nak membeli adui harga dia, sakit jiwa dan raga. Then ibu tanya tak nak beli apa apa ke. Sangat tak logik okay her one and only daughter ni tak beli baju sebab Wawa ni gilaaa shopping. Lagi kalau baju, sampai ayah cakap, kat wardrobe Wawa tu dah terlalu banyak baju. hehehe, hmm then Wawa pun tunjuk baju yang Wawa nak tu and ibu cakap ambiklah ibu belanja. Haaa, rasa nak melompat bila ibu cakap macam tu. OMG thank youuu ibu. At last baju yang lawa gila tu dah jadi milik Wawa. Yeay. 

Lepastu the next day tu hmm, ibu nak balik dah. Ala sedihnyaaaaa. Sumpah sedih gilaaa. Adik pulak nangis masa hantar Wawa kat Kolej. Ha dengan aku sekali nak nangis tengok adik nangis. tapi control lah. taknak lah kang banjir kilat pulak utm ni. Hehe. 


Awak kalau nak propose saya mintak restu ibu dengan ayah saya dulu k. Hiks!

Eii, ada orang tu merajuk sebab kakak tak ikut dia balik Kuantan.

Hmm, dah pandai selfie hmm. 

hmm, dalam toilet je ada cermin besar macam ni. :p