11 Aug 2016

extra pedas

Posted by with No comments
Assalamualaikum. jawab sayang tak jawab dosa. 

Oh, okay harini nak straight to the point. Perasan tak recently ramai sangat yang post pasal samyang ramen challenge whatsoever. Okay, Wawa ni category noob sikit sebab lambat gila nak try benda yg famous tu. I dah tahu lama pasal tu just baru nak try hari selasa lepas kot kalau tak salah lah. Tak pun Rabu. Okay, nothing to do with the day. 

Just apa yang I nak bold kan kat sini. Babe, it was damn freakin PEDAS! PEDAS kuasa 2!. Serious ni bukan macam pedas tomyam ke pedas sambal belacan ke yang biasa makan tu takkk, ni macam extra pedas terlampau. Wawa makan sikit je pastu macam k surrender sebab tak boleh tahan kuasa pedas tu. T_T

Pastu ada lah sebelum makan tu saja tanya someone ni, kira macam cakap lah nak makan benda alah ni pastu dia kata try ahh kalau berani. And Wawa macam curious gila lah kan, weh pedas sangat ke. Pastu pulak kena cabar haa, memang makin eager lah nak try. Pastu pulak cakap pasal experience nanti boleh cerita kat anak-anak. Aah, nanti anak aku gelak je weh kalau story pasal ni. Tapi sokay lah, Wawa pun try lah, baru 2 3 suap macam tu dah macam beruk ke apa tah berlari cari air weh ya Allah pedas dia tak terkata. 

Effect dia macam pergh, bibir rasa macam pakai lipstick 3 inci weh. Serious, pedas! tapi satu lah nak bagi tips, jangan follow perangai Wawa yang kalut sangat. pi selamba rembat air dalam peti ais. Memang lagi pedas lah baqhangg. Patut minum air suam so that lagi dapat reduce pedas tu. efficiently gittew. Hmm, tapi macam kalau bebetul nak buat challenge, jangan minum air selagi tak habis ramen tu. Wawa pun memula kononnya nak buat macam tu lah tapi hampehhhhh, mana nak tunggu sampai licin, makan sikit je baru dah tak tahan dengan tahap kepedasan dia. 

Pastu macam geram gila lah dengan semorang yang macam suruh Wawa try kan, Ain Farah beria suruh try. Pastu senior sekolah tu siap cakap ceni, "Tak sado lah kalau tak try". Cis, tercabar gak ahh. Bukannya nak halang, nak aniaya lagi ada. Sedih pulak ite. Ada tu siap tu cakap sbb nak tengok reaction. T_T... Takpelah benda dah jadi pun makanya marilah kita sesama pasrah dan redha. 

Ni ha steps steps nak buat benda alah ni. Padahal macam makan maggi je, rajin sangat nak share steps. LOL



Ni lah rupa Samyang Ramen tu makesure ada logo halal eh. 


Memula rendam. Ni step by step ni nak tunjuk.


Pastu toskan. Maksudnya buang lah air rendaman tu. Hehe

Ni dah kena gaul dengan perencah.


Pastu apa lagi, melompat lah cari air sebab pedas gilaaa. 

Kesimpulannya, kalau tak tahan pedas jangan gegatal nak makan. Kang buat marathon keluar masuk toilet je. Hehe. Okaylah, sampai situ je lah dulu ye anak anak. Nanti Wawa share pasal benda lain pulak. Bye! 



2 Aug 2016

[cooking time ~ Choc Chips Cupcakes]

Posted by with No comments
Assalamualaikum. 

Gengkideska?

Ha jawab lah.. 

Okay, guys hari ni Wawa nak share resepi. Hmm, resepi apa? Okay, sebab semalam buat lawatan ke sekolah so, Wawa buat lah cupcakes sebab takkan pergi sekolah tangan kosong kan macam tak best pulak. 

Seronok pergi sekolah ni dapat mengimbau nostalgia ketika menjadi seorang pelajar sekolah dedulu. Pastu dapat jumpa cikgu yang cecomel semuanyaaaa. Berborak sakan dengan cikgu Rozaida walaupun dapat C+ Biology dulu. Fuhh, gigih tau tak study tapi rezeki cuma setakat itu. Lepas tu, jumpa pulak dengan my English teacher who is Miss Koh. Ni cikgu yang paling comel. Dia ajar I masa form 2 and form 3. Masa tu sedih sebab tak pernah dapat A English. So, I worked hard. Sangat sangat hard kot sampai lah at last dapat A fuhh achievement sangat bila dapat A tu. Yang best time tu sebab Miss Koh selalu buat games dalam kelas, we played around semua and we got our quality time together. Macam budak tadika pun ada time tu despite we're in form 2/3. Yelah time tu sememeh je awak. Mana pandai nak bergaya macam sekarang ni. Habis berborak dengan Miss Koh, jumpa pulak cikgu Sejarah. Cikgu paling baik. Tak pernah pun marah Wawa tidur dalam kelas. Padahal masa sekolah dulu memang lah pantang kelas sejarah mulalah mata kuyu je. 

Habis sejarah jumpa cikgu disiplin pulak, cikgu Norela. Borak borak apa semua, nampak Bonda Norhana. Tak sempat nak berborak sangat pun sebab cikgu ada hal. Singgah kat tempat cikgu Julisa. Share memories jap sebab dulu dia follow sesama pi jalan kat USS. Hahahaha. Then jumpa lah dengan Cikgu yang ajar kimia. Siapa lagi kalau bukan cikgu Nanee, and of course bila nampak je muka Wawa, dia akan terus panggil Mek Gabra. K gelak lah gelak. Hahaha, sebab dulu masa sekolah, cikgu Nanee assign jadi fasilitataor untuk subjek Kimia and wawa masa tu macam gabra gila sebab woi, kau ingat senang ke Kimia tu, nak nangis tau belajar. Punya lah susah nak dapat A. Pastu nak ajar orang, memang lah aku gabraaa gilaaa nak mati. Hahaha, pastu lepas habis borak pi jumpa ustazah Siti. Ustazah yang suka buat lawak. dalam kelas dia memang aku tak pernah mengantuk weh walaupun kelas yang sebelumnya nak mati punya tahan mata tak bagi terlelap. Magic kan.

Fuhh, banyak gila Wawa membebel kat atas tu. Ha, jangan nak skip eh, mohon baca semua. Diary lawatan ke sekolah tu. Kbye.

Okay, ni  Wawa attach resepi nak buat cupcakes ni. Yang tersangat lah senang gila. 

Bahan-bahan

  • 1/2 cup of caster sugar
  • 1 biji telur
  • 1/2 cup of corn oil
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 cup of fresh milk
  • 1 small teaspoon of vanilla essence
  • 2 cups of flour
  • chocolate chips


Blend semua bahan kat atas tu kecuali chocolate chips. Lepas dah siap blend tu baru gaulkan dengan chocolate chips. Dah blend semua boleh masuk kan dalam cup and susun atas tray and bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degrees. 

Simple kan?

So, pasni semua boleh lah try buat. Tapi Wawa double kan semua ratio bahan tu sebab nak dapatkan adunan yang banyak. Hehehe. 

Haaa, ni lah hasilnyaaaaa. 
fantasticious tak cukup sorang.. 

Okay semua tu je nak share harini, nanti sudikan lah lagi melawat lama blog ni eh. Hikhik. Thanks for reading guys. Bye.