26 Sept 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN)

Posted by with No comments
Hye and Assalamualaikum.

Hmm, boleh tak Wawa hold dulu story kat Osaka tu. Wawa nak sambung story trip to Hatyai. Sebab baru last month kan, so dalam kepala tgh segar bugar lagi kenangan kat sana. Hehe.

So, meh la sini wawa share itinerary 3 hari 2 malam ke Hatyai. Dah la baru habis intern petang tu, malam pukul 9 dah naik bas. Memang dalam bas aku bantai tidur je. Huhu. 

Tiket bas to Kangar around RM69.00 (one way) bas bertolak ke Kangar pukul 9 malam. Bas daripada Kangar bertolak pukul 6.45 ptg. Yang ni boleh book tiket sesiap takut tiket bas habis. 

Pastu once sampai Kangar mohon bergerak la ke Stesen Keretapi Padang Besar around 45 minutes from Kangar. Kaunter bukak dalam pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tapi time peak hours mcm Wawa la pergi time Merdeka beratur pukul 9 pastu tiket train habis. Hmm, musnah harapan aku nak feeling Bollywood naik train takde aircond.

Pastu sebab tiket train habis, next plan is naik van. Van from bus station Padang Besar jauh jugak la dekat 1 km. Persiapkan kaki ye nak jalan jauh. Tips from Wawa, bawak la beg galas instead of beg roda, jenuh aku nak  menarik sepanjang 1 km tu dengan kepanasan yang boleh goreng ayam. T.T

Sampai kat situ nak cop passport ni hampeh tak guna punya immigration Thailand, kena bayar RM1 pulak dah. Kejadah sangat, tak pernah pergi memana negara yang polisi kastam cekik duit macam ni. Puihh. Naik van pulak harga dalam RM20. ni maybe sebab peak hours, korang nanti nego la harga sampai dpt murah lagi. Sib baik vannya selesa bangat ada aircond. Perjalanan 45 minutes tu wawa tidur je sebab kiri kanan tkde apa pun. Pastu van tu pulak hantar kat common building which is Lee Gardens Plaza. Huhu, tempat ni pernah kena bom tau dulu. So, hati-hati ya buk. 

Once sampai, terus pergi terjah 7 eleven beli simkad, macam biasa hidup di era ini tak boleh hidup tanpa internet, maka, Wawa terfikir macam mana orang travel sebelum wujudnya google map sekian sekian ni. mesti kena banyak bertanya blabla. Sebab tu wujudnya pepatah 'Malu bertanya sesat jalan'. Sebenarnya boleh je nak praktikkan tanya menanya ni tapi hello, sepatah haram tak faham dia cakap apa. I am using simple English kot. takde bawak keluar slang british ke apa. Tanya soalan pasal nak beli simcard pun punyalah susah wawa cuba untuk memahami apala yang cuba untuk disampaikan lagi nak tanya jalan ke nak tanya arah nak pergi hotel ke apa, hmm sejam kot amik masa. Akhirnya beli la simcard with 8 days unlimited internet 3 Gb max speed brand DTAC huhu.  So far brand ni okay and internet dia laju la, puas hati.Harga 299 Bath. Okay ni yang bagusnya staff 7 eleven tu tolong daftarkan segalanya. maka hulur je apa yg diminta. Passport dia nak, pastu di nak amik gambar kau sekali maka buat je apa yg dia suruh. Tapi fikir logik la takkan kalau dia suruh minum beer yg takde kena mengena dengan daftar no phone kau pergi follow, boleh slow slow terjun bangunan kot. 

Dah settle urusan beli simcard semua tu, gi jenguk air yg jual kat belakang tu sedap gilaaa bakhanggggg, campurkan air espresso dengan ovaltine choc malt wuu sis nak nangis, sedap sangat pastu mengeluh kenapa kat malaysia takde. self service tau, cawan paling besar 24 bath je. puas hati minum, siap boleh share dengan kengkawan lagi. 

Dah siap semua maka bermulalah pengembaraan mencari makanan yang halal untuk dimakan, wawa dah lapar gilaaa time tu. So, kitorang pergi ke kedai yang sangat famous dalam kalangan orang malaysia or sesiapa la yang mencari makanan halal. KAI TOD DECHA. Kat sini, bukak menu memang sepatah haram aku tak faham. T.T tapi sebab ramai org makan Wawa makan nasi dengan ayam goreng je. Huuhuh based on observation Wawa kalau makan daging macam ayam tu mahal sikit la, maybe sebab susah kot nak cari makanan halal. Tapi bila makan Shrimp Fried Rice murah je dalam 50 bath sepinggan. Makan nasi putih dengan ayam tu dekat 65 bath. Plus air semua total 95 bath. Nak rasa air teh yang dia tarik pepanjang tu bolehla order kat kedai ni nanti. 

shrimp fried rice. nampak je macam sedap tapi entah lah rasa dia so so je

Dah habis makan tu, Sumpah dah penat berjalan, So, weolls decided naik tuktuk pergi Merridian Hotel Hatyai nak check in. Hotel ni tempah online 1 month before okay. RM74 per night la lebih kurang. Tak berapa nak recommended sebab dia mintak passport and kept it till check out. Wuish sangat bahaya, buatnya kena tahan takde passport tak ke jadi pendatang tanpa izin. So, better cari hotel lain ye. 


Dah siap mandi, solat, rehatkan diri, petang tu weolls jenjalan pergi Lee Gardens Plaza, KimYong Market dan Asean Night Market. From hotel too Lee Gardens Plaza jalan kaki je, Pastu pergi KimYong Market pun jalan kaki je from Lee Gardens Plaza. Tapi nak pergi ke Asean Night Market yang quite jauh tu surrender la jalan kaki, weolls amik tuktuk dengan bayaran 100 bath for 3 people. Sepatutnya 20 bath pun dah cukup dah. Tapi takpelah takde choice, terima je la. 
Asean Night Bazaar

payung gambar sikit


So, boleh shopping kat 3 tempat tu. Pandai-pandai la survey harga mana paling murah and boleh nego sampai dapat murah. Basically, harga lebih kurang je semua. tapi kat Lee Gardens Plaza tu so far haga murah jugak. 

ni pun wawa try jugak tp hmm tak sedap. serious tak sedap. 

jalan pastu amik gambar, tp tak beli pun huhu. sumpah ada trust issues

yang ni favorite weh, sumpah yakmat sedap nak mati. 

dip and dip versi hatyai. tak sedap pun hahahaha sbb mmg tak suka 

nak beli coklat ni sbb ada huruf comel gila boleh buat nama sendiri pastu bila kematangan melanda hmm tak beli pun. 
udang besar tapi i got trust issues, kat rumah ayah beli saiz lebih kurang macam ni jugak tp mahal knp dia jual murah?? 


Sampai kat Asean Night Market, boleh borong casing phone. murah gilaaa and cantikssss semuanya rasa cm menyesal tak borong banyak banyak. Harga around 100 bath je.  Baju pun murah juga, semua okay la kat sini, menarik and best. Panasla tapinya sebab bersesak ramai orang dah la takde aircond. Disebabkan jiwa traveler kan memang datang untuk shopping maka tak kisah sangat pun. Dinasihatkan untuk minum air yang banyak jangan sampai dehydrated ye anak-anak. tempat makan kat bahagian atas tau. tapi for me tempat makan dia bebiasa je tak sedap sangat pun. 

tulisan thai tu mcm ada gaya eja nama wawa kan. maksud nama wawa dlm thai, entrance ke. sedih gila

Lepas dah puas shopping and had our dinner in Asean Night Market, weolls bergerak ke Central Festival Mall, ni tempat shopping orang kaya. Huhu, Ada Victoria Secret, UNIQLO, H&M, CathKidston, Swatch and many more la kedai yang branded tu. Tapi kat luar tu macam ada bukak gerai gerai tu semua, so seronok la jugak cuci mata. Dah habis cuci mata dalam mall, sebenarnya nak aircond je huhu, amik grab balik hotel. 

Masa dalam grab tu, kami melamar pemandu grab yang dikenali sebagai (Bird). Hahaha, melamar untuk jadi our tourist guide for 1 day esok ke tempat tempat menarik di Hatyai dan Songkhla. Maka, selepas nego sana nego sini, 1500 bath total for one day in which dia ambik kat hotel pastu bawak gi jenjalan to few places yang kitorang dah decide tu pastu send us back to the hotel. Okay, so untuk kitorang bertiga consider as 500 bath sorang, murah la tu. huhu. dah ambik no dia semua pastu deal okay, malam tu kami tidur dengan lena. 

OK kawan kawan, nnti wawa sambung dlm second part ea. tidur dulu. bye. 


0 compliments:

Post a Comment