2 Aug 2016

[cooking time ~ Choc Chips Cupcakes]

Posted by with No comments
Assalamualaikum. 

Gengkideska?

Ha jawab lah.. 

Okay, guys hari ni Wawa nak share resepi. Hmm, resepi apa? Okay, sebab semalam buat lawatan ke sekolah so, Wawa buat lah cupcakes sebab takkan pergi sekolah tangan kosong kan macam tak best pulak. 

Seronok pergi sekolah ni dapat mengimbau nostalgia ketika menjadi seorang pelajar sekolah dedulu. Pastu dapat jumpa cikgu yang cecomel semuanyaaaa. Berborak sakan dengan cikgu Rozaida walaupun dapat C+ Biology dulu. Fuhh, gigih tau tak study tapi rezeki cuma setakat itu. Lepas tu, jumpa pulak dengan my English teacher who is Miss Koh. Ni cikgu yang paling comel. Dia ajar I masa form 2 and form 3. Masa tu sedih sebab tak pernah dapat A English. So, I worked hard. Sangat sangat hard kot sampai lah at last dapat A fuhh achievement sangat bila dapat A tu. Yang best time tu sebab Miss Koh selalu buat games dalam kelas, we played around semua and we got our quality time together. Macam budak tadika pun ada time tu despite we're in form 2/3. Yelah time tu sememeh je awak. Mana pandai nak bergaya macam sekarang ni. Habis berborak dengan Miss Koh, jumpa pulak cikgu Sejarah. Cikgu paling baik. Tak pernah pun marah Wawa tidur dalam kelas. Padahal masa sekolah dulu memang lah pantang kelas sejarah mulalah mata kuyu je. 

Habis sejarah jumpa cikgu disiplin pulak, cikgu Norela. Borak borak apa semua, nampak Bonda Norhana. Tak sempat nak berborak sangat pun sebab cikgu ada hal. Singgah kat tempat cikgu Julisa. Share memories jap sebab dulu dia follow sesama pi jalan kat USS. Hahahaha. Then jumpa lah dengan Cikgu yang ajar kimia. Siapa lagi kalau bukan cikgu Nanee, and of course bila nampak je muka Wawa, dia akan terus panggil Mek Gabra. K gelak lah gelak. Hahaha, sebab dulu masa sekolah, cikgu Nanee assign jadi fasilitataor untuk subjek Kimia and wawa masa tu macam gabra gila sebab woi, kau ingat senang ke Kimia tu, nak nangis tau belajar. Punya lah susah nak dapat A. Pastu nak ajar orang, memang lah aku gabraaa gilaaa nak mati. Hahaha, pastu lepas habis borak pi jumpa ustazah Siti. Ustazah yang suka buat lawak. dalam kelas dia memang aku tak pernah mengantuk weh walaupun kelas yang sebelumnya nak mati punya tahan mata tak bagi terlelap. Magic kan.

Fuhh, banyak gila Wawa membebel kat atas tu. Ha, jangan nak skip eh, mohon baca semua. Diary lawatan ke sekolah tu. Kbye.

Okay, ni  Wawa attach resepi nak buat cupcakes ni. Yang tersangat lah senang gila. 

Bahan-bahan

  • 1/2 cup of caster sugar
  • 1 biji telur
  • 1/2 cup of corn oil
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 cup of fresh milk
  • 1 small teaspoon of vanilla essence
  • 2 cups of flour
  • chocolate chips


Blend semua bahan kat atas tu kecuali chocolate chips. Lepas dah siap blend tu baru gaulkan dengan chocolate chips. Dah blend semua boleh masuk kan dalam cup and susun atas tray and bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degrees. 

Simple kan?

So, pasni semua boleh lah try buat. Tapi Wawa double kan semua ratio bahan tu sebab nak dapatkan adunan yang banyak. Hehehe. 

Haaa, ni lah hasilnyaaaaa. 
fantasticious tak cukup sorang.. 

Okay semua tu je nak share harini, nanti sudikan lah lagi melawat lama blog ni eh. Hikhik. Thanks for reading guys. Bye.

0 compliments:

Post a Comment