2 Oct 2018

3D2N TRIP TO HATYAI (from KUANTAN) - Part 2

Posted by with No comments
Assalamualaikum, 

ye semua dan marah Wawa lambat gila sambung story. ye ye baik nak sambung lah ni. Cuba bawak bersabar anak anak. Adui. 

Okay the next day seperti dalam episode lepas dah bagi tahu kan dah hire pemandu grab tu untuk jd tourist guide so aah dia pun datang la amik kitorang pagi tu. Siap pakai baju mcm bodyguard lagi. Nasib baik sis dah ada boyfriend. Huhu, tak ni gurau je, by kalau you baca ni serious I gurau je hehee jangan marah ea. 

And the first place seperti yang kitorang dah ckp kat dia, nak pergi Municipal Park dulu. biasa diorang tak faham kalau cakap municipal ni, cakap je nak naik cable car. dia tahu la nak bawak kau gi mana. Huhu, yang menariknya permandangan dia la huhu memang kaw kaw la photoshoot nak upload kat ig. Pastu harga cable car tu 200 Bath. Kalau rasa nak naik, silakan, taknak pun takpe takde orang paksa. And ye wawa tak naik pun sebab entah bosan naik cable car. Dah pernah naik yg kat Genting and Langkawi. haha. Bersabar je lah Hatyai dapat tourist macam wawa ni. tak menjana pendapatan negara langsung. haha. 

kan dah cakap scenery cantik. Huhu model pun cantik kan. :p

Dah puas bergambar pastu kami pun bergerak lah ke samila beach yang terletak di wilayah Songkhla. Pantai dia tak dinafikan sangat sangat cantik. Tapi ya ampun cuaca dia panas nak mati. sumpah rasa boleh blackout tetiba kat situ. Nak berjalan ketengah pantai where there is a mermaid statue pun surrender. 


photoshoot ala ala AsNTM tak. ?

pastu kat tepi tepi ada kedai jual jual, suggestion wawa. go through the whole kedai pastu baru start shopping. jangan jadi mcm wawa, masuk kedai first dah borong semua benda, pergi kedai second rasa menyesal sbb ada yg lg cantik. And jangan lupa untuk try ice cream kelapa kat sini okay. Takdelah sedap mana tapi worth la to try. 

Sangkaya
Selepas berpanas dan menghitamkan muka kat Samila Beach ni, kitorang pun called la si Bird tu suruh amik kitorang pastu bawak pergi Floating Market. tapi sebelum tu kitorang singgah kat Masjid Songhkla. Ala, kalau nak tau yang pakat cakap kahwin lari kat Siam tu, haaa kat sini la diorang nikahnya. Masjid ni lah yang menjadi bukti wujudnya masyarakat Islam di Songhkla. Lepas dah habis tour tour masjid tu(Still under construction kat area depan tu so tak fully siap lagi). pastu next baru la Floating Market. Okay what i am trying to say here is, this is the best place in Hatyai.  

Macam nak tiru Taj Mahal kan design dia. sangat cantik.

Nampak tak tu deretan perahu tu.. 
amazing nya tempat ni diorang berniaga dalam perahu k. serious wawa rasa macam wow gila. Dia boleh angkut segala tong gas semua letak atas perahu tu aku risau terbalik je perahu tu huhu. Pastu part nak hantar makanan kat kita tu, dia guna bakul sangkut pd buluh macam tu nanti dia letak makanan dalam tu and kita pun amik makanan and jangan lupa pulak bayar. just put your money inside the small basket tu tau. Okay ni lagi dia serve makanan tu not only dalam bekas yg mainstream je tau (read: paper bowl). ada yang air tu dia letak dalam buluh, letak dalam bekas tanah liat yg ada memacam bentuk. Comel gila and seronok sangat tgk dia berjual. P/s: Floating Market ni open hari Jumaat, Sabtu and Ahad je tau. Pastu pukul 3-6pm je. so plan betul betul percutian anda. Must try: tomyam, air teh dalam buluh, potato spiral, and banyak la lagi. haha Pastu kt belakang tu pun ada kedai yang jual jual macam macam jenis baju, cenderamata and lots more la. 


Yang tak bestnya kat sini, anjing merata-rata tau and berkeliaran macam kucing, haa risau gila dia datang gesel gesel badan kat kaki, satu kerjaaku nak samak. pepandai la ye anak anak, nak hidup kat sana. Wawa spend dalam 1 hour and a hald jugak kat Floating Market ni. Lepas dah beli semua benda yang rasa macam nak beli, pastu kitorang pun ajak la si Bird ni balik. Huhu. sampai kat hotel seperti yang dijanjikan, kitorang pun bayar la THB 1500 kat dia. Huhu, dia pun sempat jugak la ajar few perkataan dalam bahasa Thai ni. Seronok dapat interact dengan dia. dia pun tak pandai sangat cakap Bahasa Inggeris, maka aku rasa macam nak belajar bahasa Thai pulak so senang nak ajak dia borak nak tanya pasal Thailand ni asal kena bom dulu kat Lee Garden tu. Based on readings kan, katanya puak pemisah Thai yang tak puas hati dengan apa tah. Hmm, tah la nak. 

Pastu petang tu balik hotel macam biasa, mandi, bersihkan diri rehat and malam tu pergi jenjalan lagi kat area Lee Garden huhu menghabiskan sisa sisa duit yang masih ada. Oh lupa nak bg tahu, masa di Thailand adalah lewat 1 jam ye anak anak. So rasa macam lewatnya masa berlalu. 

Keesokan harinya yeay nak balik Malaysia dah. Huhu, maka kami pun bangun awal pagi jugak la naik tuk tuk pergi ke Hatyai Railway Station untuk membeli tiket pulang ke Padang Besar. Harga tiket balik dalam 50 Bath je and sebab masa pergi tu terlepas peluang naik keretapi yang tkde aircond tu, excited sangat nak naik this time tapi hahahah yes pengalaman yang menarik. tak bestnya sebab ramai orang so sesak sikit la dah lah panas nak mati. Hmm. Haha, kuatkan hati nak menjiwai pengalaman travel, so harung je la panas ke apa. And it was a nice experience sebab kat Malaysia dah takde kan keretapi tkde aircond ni. Ada la fefeeling cerita bollywood sikit. sikit je. Takde main lelari dengan SRK pun. 

Nak balik dah time ni, tunggu keretapi ni gerak je. 

So itu lah saja catatan semasa berada di Hatyai Thailand. Stay tuned on next destination. Plan macam nak pergi Jakarta.

Thanks for reading.